Assalamualaikum
DAY3
Pagi ni bangun pagi ada air. Hihi
Risau tak ada air, so lps subuh je terus siap siap mandi Dan siapkan breakfast
Egg and tuna mayo sandwich pedas & tak pedas.
Breakfast simple je today, sebab lunch nak makan besarrr 😁
Hari ni plan nak ke :
1. Yick Fatt Building
2. Toy Street
3. Masjid Ammar Islamic Canteen
5. The Peak
Agak pack itinerary hr ni.
Marilah kita mulai perjalanan dgn Bismillahirrahmanirrahim
Bangunan area penginapa kami. Bersih tau Hongkong ni.
Dr penginapan kami ke Austin MTR Station, tak sampai 5 min pon jln. So easy.
Dari MTR Austin, Untuk ke Yick Fatt Building atau transformer Building tu, kami perlu turun ke MTR Taiko
Uiyoo muka kembang betui tudung biru tu.
Taiko kecik
Tinggi kan escalator dia.
... Cuba bayangkan escalator rosak...
.....Cuba bayangkan sekali lagi...
Keluar je Dr MTR Taiko tadi, ambil kiri. Jln terus jumpa sekolah Shaqir ni. Hahah
Bakal sekolah Shaqir
Jln je terus smpai jumpa McDonals.
Better guna Google maps uols, untuk mengelakkan sesat.
Building tu di celah celah ni. Korg akan nmpk org jual ikan depan dia, masuk Lorong tu
1st building kami sampai. Salah building sebab building sebenar ada colour merah.
Then, kami keluar balik, dia sebelah sebelah je.
Finally jumpa jugak
Ada la jugak dua Tiga group yang tgh snap gmbr kat sini
Nampak tak pagar tu. Tu tempat untuk posing sebenarnya. Nak dijadikan cerita ada tourist jatuh kat situ masa tgh syiok posing. So bulan 9 hr tu, dorg dah pagar tempat tu. Kalau nak ambil gambar, kat bawah je 😅
OK, misi bergambar kat sini accomplished
Let's move to the next destination, toy Street!
Kali ni, kami nak Cuba naik ding ding tram pulak.
Excited tau. Maklumlah tourist kan. 🤭
Ada jenis jenis dingding tram gak yang boleh naik untuk ke Toy Street.
Kami bernasib baik sebab ada auntie yang sangat baik, bg tahu which tram yang boleh naik untuk ke toy street
As a tourist, of course la kena duduk atas kan.. Kann. Kann
Sempit jugak ding ding tram ni uols. Masa naik, ikut pintu blakang tau. Boleh guna octopus card jugak. Masa naik, tak payah nak touch octopus card tu. Karang nak turun, ikut pintu depan, kat situ baru touch card.
Korang kena alert tau kat mana nak turun.
Tai Yuen Street atau Toy Street.
Kalau naik MTR, turun dekat Station Wan Chai.
Kat sini macam pasar pagi.. Tepi tepi banyak toys shop. Pilih dan sediakan duit je. Kat sini, kami tak spend sangat. Sekadar lihat lihat sahaja.. Gitew
Tak lama ponn kat sini, sebab x tau nak beli apa.. Lol
Jom la ke next destination.
Next is Masjid Ammar and Islamic Canteen
Dari toy Street ke Masjid Ammar Jalan kaki je around 10-15 min, bergantung pada speed masing masing ye. Perjalanan agak mendaki sedikit. Sikit je. Don't worry.
Target kami kat sini, untuk makan Dimsum and lunch sekali, then boleh terus Solat jamak.
Make sure Korang sampi before pukul 3 ptg kalau nak makan Dimsum ye
Antara yang di order
Ni ayam.. Nak order Dimsum lainn sebenarnya, order tunjuk gmbr je, ni la hasilnya. Hahaha. Sib baik sedap
... Banyak nye order..
Ni baru 1st batch OK.
😁
2nd Batch
Ayam setgh ekor. Kenapa order ayam ni?? Sebab nafsu. Kah kah!
Kalau ikut kan nafsu makan yang memberontak ini, nak order sekor sebenarnya 🤣
Selesai makan, kami Solat Jamak di Masjid Ammar. Toilet dekat canteen tak ada air tau. Hampeh tui. Tp dekat tempat wuduk ada air.
Suasana area Wan Chai
OK. Dah Solat, dah makan, dah kenyang, mari la ke next Destination.
Seterusnya Kami akan naik Tram ke The Peak atau sky terrace
Tiket kami dah beli siap siap melalui Klook.
Kami ambil pakej round tram ride + sky terrace. (without guide). Rm47.
Kami x masuk Madame Tussauds, sebab nak cut cost 😁. Lgpon byk yang kami tak kenal pon. Rasa rugi byr mahal. Uols nak masuk, Terpulang ye.
.. Cantik kan candid ni..
Untuk the The Peak Tram kena turun di MTR Central.
Dr MTR Central ikut kanan, nanti akan ada signboard to The Peak Tram.
Perlu pendakian sikit tau ke sana. Agak berfeluh la nak sampai sebab mendaki. Anggaran masa Dr MTR Central cuma 10 - 15 min je. Mcm biasa anggaran masa, ikut speed korg. Hehehe
The Peak Tram
Disyorkan duduk sebelah kanan untuk view yang wow. Kalau duduk kiri, korg dpt View yang krik krik sambil tgk org belah kanan, sedang asik melayan view
Madame Tussauds kat luar je. X masuk dlam pon. Hehe
. Us.
Pemandangan dr Sky Terrace
Ahli rombongan. Hari ni kami pakai denim theme. Semua Biru
AliaNorHasmiZaty takes HongKong2019
Turun dr sky terrace ada banyak kedai souvenir. Ada HardRock shop jugak kat sini. Shopping Mall pon ada. So boleh la shopping Apa2 yang berkenann kt sini
Kami baca satu blog, suggest suruh beli souvenir dekat sini sebab harga sama dengan Ladies Market. Maka kami pon all out la mencari souvenir. Tapi menyesal keesokan hari nya, sebab ladies market lagiiiiii murahhhh sebenarnya!!!!!
Cth eh :
Fridge magnet 2 pack HKD100
Dekat ladies market = 10 pack HKD100!!!
Korg nmpk tak perbezaan dia?
Aduh, kitaorg rugi kot kt sini 😭
Kami lepak kat sini sampai Maghrib la jugak. Lps Maghrib baru turun.
OK, lepas ni cerita suspend sikit..
Jeng jeng jeng
Tunggu tram untuk ke Central.
Kami plan untuk ambil teksi je Dr tram Station ke MTR Station nanti. Sebab tak larat nak menapak dah. Kaki semua dah longgar, sebab hr ni banyak mendaki.
Bangunan tinggi di Central.
Kami Nampak teksi banyak, tp tak berhenti.. Dorang ada ikut satu laluan ni. Laju je semua. Masa ni rasa pelik je. Tak fikir apa lagi.
Teksi tak ada di laluan kami nak pergi tu, so kami Jalan je la ke MTR Central Station. Masa ni dah nmpk ramai orang. Apa ni.. Ada concert ke? Tp dorg semua pakai hitam dan pakai Mask!! Ahhhh.. Sudahh..
PROTEST NI!!!
Adu du du.. Bahagian lain pulak, nmpk wartawan tgk interview protestor ni. Dorg baru berkumpul la. Belum start lgi. Time ni berdebar weh.. Laju gile kitaorg Jalan ke MTR. Satu je risau, kalau dorg dah start protest, MTR Station boleh tutup. Mcm mana nak balik kan? Dalam hati memang berdoa jee sepanjang Jalan. Sampai MTR, nmpk segerombolan polis tgh standby. Elok je kita org masuk MTR polis polis ni dah berselerak dah. Dorg dah ready. Nak di jadi kan cerita, kami kena tukar line untuk ke MTR Austin. Dr Tsim Sha Shui kami tersilap exit. Hahhahaa. Neves punya pasal. Tp org Hongkong mmg membantu, kita org manage sampai rumah dengan selamat. ALHAMDULILLAH
Sampai rumah semua penat. Td seharian berjalan dan mendaki. Malam kena Jalan laju pulak. Takut punya pasal. Itu lah antara risk yg kita org ambil bila decide untuk pergi ke Hongkong masa tgh protest ni. Kami Cuba elakkan jln malam la. Tu la sampai ke hari ke 3, kami x sampai lagi ladies market. Huhu
Menu malam ke 3.
Rice cooker kan rosak masa hari ke2. Makanya kami masak guna induction cooker. Mmg tak reti la nak masak nasik guna induction cooker ni. Kg.com kann. Hahaha
Hasilnya nasi mentah 😭.. 10 kali renjis air. Hahaha. Last2 makan je la uols. Nasib baik tak sakit perut.
DAY 3 Survived!
Alhamdulillah