Perjalanan Kami untuk hari ke 2 diteruskan.
merenung ke luar jendela
Bangun solat subuh, terus bukak tingkap besar besar. Masih gelap. Nak fefeling sebelum bersiap. Aku siap rekod video lagi konon konon nak moment sunrise. Tapi, aku letak camera salah position. Makanya no sunrise video. Sedih. Dapat rekod dlm memori je la keindahan pagi di Lake Toba.
view masa sunrise dah naik
Cantikkan? Subhanallah !
its me. nana.
Tenang je rasa. Waaa. tetibe rindu (ngada)
masa untuk pulang. no no.. belum lagi.. 3 harii lagi
Selepas semua bersiap, kami breakfast dan check out! Bye bye Danau Toba Cottage. Selepas check out, kami akan pergi ke Pulau Samosir. Dari Parapat ke Pulau Samosir mengambil masa kira kira 40 min sahaja. Sebelum feri berlayar, kami dihiburkan oleh anak anak batak. Sedap gak suara dorang ni.. lpas hbs nynyi. dorang akn pergi kepada setiap penumpang yang naik kapal ni dan mintak derma. Bayaran menaiki feri ni , Pak Yudi dah settlekan. Kami naik je.
pasar basah bagi penduduk lake toba
cik kuntum dengan cik pijot
cik kuntum mula beraksi
Ni feri yang membawa kami ke Pulau Samosir. Kami duduk di bahagian atas.
suasana dalam feri
sebelum sampai ke tomok island.. sesi bergambar
so sweet lah dorang ni
perjalanan 40 min tak terasa, sebab sibuk bergambar dan fefeling sikit. Haha.
alhamdulillah selamat mendarat
Horas! Kata kata selamat masyarakat di Tomok Island.
suasana sekitar tomok island
Beli jangan tak beli. Tapi ! Berhati hati ye, Pak Yudi dah pesan kat kami semua, supaya pandai tawar. Jgn terpedaya dengan harga yang dorg tawarkan. Sebab, dia akan cakap "kakak, mari kakak, murah saja. RM5 saja. Jangan Takut Kakak". Tapi, bila kita dah pilih pilih, dia tukar harga. So be careful di situ ye.
sebelum masuk ke makam raja batak ni, dorang akan bagi kain selempang yang akan di letakan di bahu
penerangan bermula...
Disini kita boleh melihat makam Raja Sidabutar. Raja batak yang memperkenalkan agama Kristian kepada masyarakat Batak.
Muzium Batak. Dalam muzium ni banyak sangat replika cicak. Maksudnya, cicak ni ibarat orang batak. Ada di mana mana, seluruh dunia.
barangan yang terdapat di muzium batak ni. boleh d beli
masa untuk pulang
Dalam feri, perjalanan pulang
Kami kembali ke Parapat, dan makan tengahari sebelum teruskan perjalanan ke Berastagi
menu kami for today
Selepas lunch kami bertolak ke Berastagi. Perjalanan ke Berastagi akan mengambil masa 4 jam. Berastagi merupakan kawasan pergunungan , so udara sangat segar dan sejuk. Sometime kami akan cakap kat Pak Yudi, tak payah pakai aircond. Udara luar sudah sejuk.
biji kopi
pemandangan sepjang perjalanan
sesi kegedikan bermula
simarjarunjung. tea time
Kami berhenti di Simaranjunjung untuk minum petang. Kami minum teh dan setiap set teh, percuma pisang goreng. Kami tambah order, ubi manis.
Sedap sebab makan panas panas dalam suasana sejuk
Angin sangat kuat dan sejuk. Boleh dikatakan, tempat ni mcm Cameron Highland la.
Seperti biasa perjalanan yang jauh tak terasa sebab kami akan berhenti di beberapa tempat untuk tangkap gambar. lagi.. Selain pemandangan cantik, sepanjang perjalanan dapat lihat kebun kebun sayur, buah buahan dan jugak bunga. macam cameron la.,. Tapi yang tak best nye, tengah fefeling , nampak orang tgh golekkan babi panggang tuk dijual. Potong betui.
Cantiikan
perjalanan di teruskan lagi. Kemuadian kami berhenti di Air Terun Sepiso Piso yang ketinggiannya 110m. Kenapa nama dia Piso Piso? Sebab tajam seperti Pisau.
kedai yang ada di air terjun sepiso piso
Lepas singgah di Air Terjun Piso Piso, kami teruskan perjalanan ke hotel. Agak lewat check in hotel, sebab jalan agak jammed. Untuk hari ke 2, kami check in di Hotel Green Garden.
Aku rasa hotel ni agak lama. toilet tak berapa best.
Lantai dia, mak aih.. Sejuk weh. Macam biasa aircond takdak, tapi mmg sejuk laa. Nak mandi, air panas buat hal lak. kalau panas tu siap berasap asap lagi. Takut lak aku tengok. Last2 redha je mandi ayor sejuk. Gigill.
Malam tu kami Dinner di Mexico Restaurant.. aku ingat makan steak la kita mlm ni. Nama je Mexico, makanan, Indonesia mari. Tapi sedap la. kena dengan selera kami. Mlm ni sejuk gile. Kat restaurant ni dia hdangkan air minum panas. Sedapnyaa..
Lepas Dinner, ingat nak lepak lobi, cam biasa cari Wifi.. tapi lobi penuh! Semua dok cari wifi. Hehehe... So, lepak kejap depan swimming pool. Bosan, cari signal wifi takdak. Masuk bilik Zzzzz...
Tamat malam ke 2 di Medan.
Nunite
salam..kami menyediakan ground pakej ke medan dengan harga yg murah dan paling penting sangat puas hati :) just bwak duit shopping je :)
ReplyDeletewhatsapp: 0126047593
instagram : @giadolairiscollection
Nice write up 😉😉😉
ReplyDeleteterima kasih kesudian menggunakan perkhidmatan kami,
0175367426 Insyirah
Fb: melancong murah baloi
Ig: melancong_murah_baloi
tq awak
DeleteAssalammualaikum puan / tuan
ReplyDeletemohon maaf kami numpang promotion
kami salah satu agency promotion medan,menyediakan paket tour medan dengan harga berbaloi dan service yang memuaskan hati.
Sila call/whatspp/line: +628116409899 Ayu
+60196433949 Nassaruddin
email:ayumenik89@yahoo.com
instragram:ayu_gendhis89
BBM:D0D92CF0
waalaikumsalam
Assalammualaikum puan / tuan
ReplyDeletemohon maaf kami numpang promotion
kami salah satu agency promotion medan,menyediakan paket tour medan dengan harga berbaloi dan service yang memuaskan hati.
Sila call/whatspp/line: +628116409899 Ayu
+60196433949 Nassaruddin
email:ayumenik89@yahoo.com
instragram:ayu_gendhis89
BBM:D0D92CF0
waalaikumsalam