Day 2
Pagi hari ke 2 agak kecoh ye. Sebabnya air tak ada dan periuk nasik buat hal! Hahaha.. Dugaan betui la nak ke Disneyland
Subuh kat Hongkong dlm pukul 5 lebih dah masuk. So kami mmg dah bangun la. Lagipon mmg plan nak pergi seawall mungkin.
Plan hr ni untuk breakfast nak masak nasik goreng je, sebab senang. So mlm semalam ya kami mmg dah masak nasik siap siap la. Pagi ni, bila nak masak, induction cooker tak leh guna!! What??
So amek initiative untuk masak dlm rice cooker je nasi goreng (org Malaysia selalu buat mcm ni) kah kah. Mungkin rice cooker tu dah lama, tunggu masa je, nak di jadi kan cerita tgh goreng nasik, rice cooker tu terpadam lampu cook tu & tak leh guna langsung!! Oh Em Gee. Camnooo ni.
Tgh kecoh kecoh kat dapur, Air pulak tak ada!!!!
Mcm mana nak mandi ni?
Dah lah Seharian nak p Disneyland, tak kan tak mandi???
OK, Google public bathroom (ko ingat ko ada kt Korea????) hahaha. Lantak la, tak Google tak tahu kan. Bila Google jumpa public toilet je. Tak nak la malukan Malaysia kan. Nnti keluar headline berita gossip, "sekumpulan warga Malaysia mandi di public toilet Hongkong kerana berjimat!" Kah!
OK, bertenang semua.. Try call tuan rumah. Tunggu almost sejam kot, baru la air ada balik 🙄
Induction cooker & rice cooker apa cerita? Apa terjadi dgn nasi goreng separuh masak tu? Hahaha. Masa ni, mmg doa je dlm hati, semoga Allah permudahkan segala urusan kami. Antara doa yang mustajab adalaah Doa org bermusafir.
Tiba Tiba dapat ilham, cuba tukar periuk lain.. Dang! Boleh wehhh.. Induction cooker tu boleh detact periuk lain tu😂. Aduh kg.com betui la. Air back to normal dan kami dapat terus kan masakan dengan gembira. Lalalaa.. Hahahahaha
Inilah Rupa nasi goreng kabut kami. Garam tak bawak ye... Hahaha.. Nasib baik ikan bilis dah masin. Lol
Dah kenyang, dah wangi, dah sukahati, Jom la mulakan perjalanan kita!
Hari 2 ni kami akan ke Disneyland!
Kami akan spend the whole day kat sini. Seharian? Tak penat ke?
Jom kita tgk, penat tak penat!
Planning nya nak gerak seawall yg boleh untuk mengelakkan bertembung dgn org kerja. Tp aturan Allah tu lg cantik. Kami gerak dr rumah dalam pukul 9 lebih, train dah x ramai org dah.. Masing2 dah smpi tempat kerja.
Train tak ramai orang. Boleh duduk lagi
Untuk ke Disneyland kena tukar line ke Sunny Bay
Dah tukar line ke Sunny Bay, terus tukar naik train mickey ni. Excited weh naik train ni. Jakun kalan budak budak
And the best thing is
TAK RAMAI Orang!!
(so pergi lah time orang tgh protest)
Tgk... Tak ada orang kan.
(pergilah waktu tgh protest)
Ni lah rupanya train khas ke Disneyland tu.
Welcome to Disneyland!!!
Never dream to be here. Tak pernah! Sebab, tahu tak mampu. Kecik kecik tu mampu tgk je, cuma dlm hati berkata bestnyaa.
So, tak bermakna bila kita rasa tak mampu, kita tak mampu selamanya kan. Have have to work for it. Rezeki Allah tu luas, Insha Allah ada rezeki tu tak kemana. Alhamdulillah
Yeayy.. Kami dah sampai Disneyland.
Masa first dorang ajak pergi Hongkong tu, mcm 50-50 jgak. Best ke Hongkong? Ada apa kat sana? So, mana mana tempat travel yang kita pergi tu, tak kira jauh ke dekat, mesti best punyalahh.. OK, melalut panjang.
Hey Mickey
Hajat kitaorg nak pakai cekak ni. Alhamdulillah Hajat termakbul.
...... Walau pon.......
Perarakan kereta berhias.
Free ice cream sebab kami beli combo meal
Boleh choose ice cream atau popcorn.
Agak terkilan sebab tak beli waffle mickey tu. Sebab time tu masih awal & still kenyang. Haha
Yang ni, pernah berangan nak naik. Hehe
Opah & Shaqir
Alynnn
Aliaa
Zatyy
Small world.
Asyik sangat. Apa yang penting, tak payah beratur OK!
Team gigirl
Iron Man di Tomorrow land
Toy Story land
Opah & Auntie Alia lepak sini jaga akir & arfan sebabbbb....
Mereka sedang bertarung nyawa di sini. Hahhahaha
Dah penat berjuang dan bertarung nyawa di sini, Solat jgn dilupa kan. Lepas tu, baru rasa lapar.
Untuk Solat ada disediakan Quite Room di Mystic Restaurant. Apa tah nama dia, lupa la. Kitaorg Solat jamak dulu kat sini. Lupa nak snap gmbr Quite Room ni
Untuk makanan, kami dah beli siap siap meal coupon melalui Klook. Pakej tiket Disneyland include meal + snack
Ada 2 restaurant Halal di Disneyland Hongkong
Ni adalaah salah satu restaurant Halal di Mystic Point
Kami terus dinner kat sini
Meal combo. Kalau nak cawan Minnie tu cuma tambah HKD35 je. Kalau beli cawan tu je, tak silap Dalam HKD75 mcm tu. Kalau x silap la ye.
Combo meal ni harga makanan yang boleh di tebus HKD 130 Dan ke bawah. Kalau lebih, xda masaalah, cuma tambah je duit.
Dan Solat & kentang, sukahati jom la balik
Bukan boleh balik begitu sahaja ye. Setiap lokasi wajib tangkap gmbr. Hehe
Three of us. Missing Has. Next time make sure, Has kena join.
Makngah with her nephew
Masa ni ada pertunjukan Halloween .
Tp yang sedihnya, dah setahun pertunjukan bunga Api tak ada. But it's OK babeh.
Bye Disneyland. We had so much fun here. Tak habis pushing sehari tau. Kalau you guys ada extra money, pls spend 2 days here. Heheheh
Alamak, gelap sikit. Hehe
Alhamdulillah, Day 2 survived!
P/s : I gurau je (pergilah time protest)
Apa apa keputusan, nak pergi ke atau tidak atas tanggung jawab sendiri, tak ada kena mengenai dgn hidup atau yang mati
P/s : I gurau je (
Apa apa keputusan, nak pergi ke atau tidak atas tanggung jawab sendiri, tak ada kena mengenai dgn hidup atau yang mati
Pss : Kerajaan dah keluarkan notice untuk tangguhkan perjalanan kurang penting ke Hong Kong
No comments:
Post a Comment