Assalamualaikum.
Tarikh 27th February 2014, aku genap 26 tahun.. Huaaa !! lagi 4 tahun 30!!
Rasa macam baru semalam habis SPM. cepatnya masa berlalu
Sempena birthday aku, macam biasa geng kak piuh ( nanti kalo ada masa aku cite, kenapa nama geng aku, geng kak piuh) akan planning tuk celebrate birthday kami kami ni.
Selalunya kitaorg akan tempat yang best untuk celebrate birthday.. bila da nak dekat birthday seseorang tu, whatsaapp n we chat akan penuh dengan cadangan2 nak g mane. survey sana sini. haha.
Untuk Birthday aku, Nana, Pjote n Faizah da book kat Flora Cafe Ampwalk. Restaurant masakan melayu yang sangat cantik dengan deko bunga2, flora2 gitu.
From my tab camera: quality pic tak cantik. sedih.. tapi orang dalam pic cantik!
Alia & Nana
group picha
Ok, kat bawah ni adalah set yang kami order. Untuk 4 orang, tapi dia buat 2 hidangan. Maksudnya, 1 hidangan kongsi 2 orang.. Portion dia banyak tauu.. Actually, 1 hidangan tu nak makan 4 orang pon boleh.
sayur
ayam goreng berempah
daging masak kicap. sedap
sambal udang
Asam pedas ikan
bubur kacang ni paling win. Sedap. macam mak masak kat rumah.. Rasa dia complete. sedap! thumbs up!
Teheeee... This is my Birthday Cake :)
Siap ada hadiah lagi tu.. Maceh kawan kawan. I is terharu
Flora Cafe dr luar
us
Big Girl. Happy Face
I love this picture
banyak sangat gambar yang diambil pada hari kejadian. Aku upload separuh je la. nanti ada pulak yang jeles. hahahahaa...
Oh ya, staff kat sini sangat sporting.. korang kalo nak tangkap gambar takyah malu2 .
..Alia..
No comments:
Post a Comment