Assalamualaikum.
Dah lama tak update blog kan. Semua busy je lately ni.
Aku mula mengemari bihun soto ni, masa aku belajar di segamat Johor. Ada satu kedai soto yang sedap kat sana. Bila dah habis belajar, kadang kadang teringat bihun soto ni. Nak ke segamat, bukan nya dekat kan. So untuk menghilangkan kerinsuan terhadap soto, maka aku belajar cara cara nak buat soto. Ni adalah cara aku. Yang aku rasa sedap ikut tekak aku lah. hehhee
Jom aku kongsikan macam mana aku masak bihun soto.
Seekor Ayam dipotong empat. aaku hanya ambil 2 bahagian isi sahaja. Rebus sehingga empuk. Air rebusan jangan dibuang. Kita kan gunakan untuk buat kuah soto
Bahan blend.
bawang merah
bawang putih
halia
lengkuas
buah keras
Bahan tumis (hiriskan)
bawang merah
bawang putih
kulit kayu manis
rempah 3 sekawan
cara cara nak membuat kuah soto
bahan bled campur kan dengan rempah soto (aku beli rempah timbang dekat pasar tani) so far, ni rempah yang sedap aku guna. aku pernah guna rempah soto di pasar raya, tapi tak umph.
mula mula.. tumiskan bahas hirisan tadi sehingga naik bau dan garing
masukkan rempah soto dan bahan bend tadi. Ingat.. rempah kena masak sampai garing. nanti tak sedap. makanan ada bau rempah yang kuat
ok. ingat tak air rebusan ayam tadi? jangan buang.. kita masukkan rempah yang kita goreng tadi kedalam air rebusan ayam. rebus sehingga mendidih. season kan ikut tekak memasing. letak garam dan gula. aku tak pakai ajinomoto.. tak reti pon nak bezakan.
maka.. siaplah kuah soto!. Aku terlupa nk snap gabar bihun soto aku yang dah siap. terus ngap je.
yang ni pulak adalah cara cara nak buat bergedil. aku tengok macam macam cara orang buat bergedil ni.
cara aku adalah.
ketang- goreng. tumbuk sehingga hancur
hiris bawang nipis2
daging/ isi ayam
daun sup
garam
black paper
gaulkan semua sehingga sebati.cukup rasa. bentukkan bulat, petak, segitiga.. terpulang
telur, dipukul.
celupkan bergedil dalam telur. goreng. jangan asik terbalikkan kan. sebab nant terbuarai isi kentang tu dalam kuali. tungu dia dah ready baru terbalik kan.
siap.
Makan dengan bihun sup dah sambal cili yang berapi.. Meletop weh. Aku dok taip ni pon, dok telan ayaq liuq.
Love :
Cik Kuntum