Cerita Kami: family
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Sunday, May 17, 2015

LANGKAWI- FAMILY TRIP



selamat pagiii Malaysia,
selamat pagi warga Blog!!

nak share sedikit mengenai trip family yang cik nana n family buat baru-baru ni. Tempat yang kami pilih ialah Langkawi,. masa beli tiket flight AA tgh buat promosi. so why not beli tiket n bercuti. 

Tiket pergi balik kami RM78 seorang
x include luggage, insurance n makanan. (korang boleh add on sendiri)

Trip bermula pada hari Khamis 14hb May 2015 - 16 May 2015 (Sabtu) tiket pergi adalah pukul 1.55 petang. dan kami keluar rumah sekitar pukul 9 pagi. 2 jam awal before fly. actually agak awal tp xpe lah. at least x terkejar-kejar. KLIA2 tersangat lah besar.. pukul 9 pagi kuar rumah menuju ke KL Sentral untuk menaiki bas. samapai di KLIA2 sekitar pukul 10.30 pagi. 

Sampai di KLIA2 kami sarapan dahulu dan baru lah check in. 


untuk penginapan di langkawi, transport semua, ak just gunakan perkhidmatan Insyirah. lagi sekali ye. sebab malas nak pikir nya pasal

hahaaha

total 6 person include, transportation, accommodation, island hoping insyirah cas kami RM690. 
so sorang hanya perlu bayar RM200 (Include makan sekali) total yang ada RM1200. lebihan di situ yahh.. hehehe so kami just perlu bawak duit shoping n aktiviti yang memerlukan duit je

KL SENTRAL 

before check in 

our flight.. plss be nice with uss oh flight.. hehehe Bismillah

alhamdulillah selamat sampai ke destinasi

6 of us. 

my dad, abang , n adik sorang lagi x dapat nak join this trip. so hanya kami berenam sahaja. kami stay di kedawang , view sawah padi. 


wift my cousin- Nizam (budak yg paling excited)

lepas samapai je di Airport, ambik kereta semua kami terus gerak ke Makam Mahsuri. sorang perlu bayar RM5 








selepas tu kami trus check in rumah.. lepas siap mandi, solat n rest semua. malam kami kuar semula. lokasi nya PANTAI CENANG. happening giler dekat sini,. mak suka jah.. hahaha. so lepak sana. tgk mna yang berkenan n sambar lah. lepas habis shopping moh kita makan. perut pun dah lapar ye iddak. lpas mkn bru lah boleh balik tdoo...

..........................................


 DAY 2

ISLAND HOPING pulak kita. standby untuk mandi ye.. harga untuk island hoping ni insyirah bagi RM29 seorang. ok lah. sebab harga dah naik kan. semua harga naikk oh sekarang. Untung lahh Malaysia masihh aman. (hahaha) 


menunggu en boat mari

lokasi pertama yang akan kami pergi Tasik Dayang bunting. yang x naik duk bawah jela kan. apa boleh wat. dah nasib naik boat kongsi. so tunggu jela


tasik dayang bunting







lokasi ke-2 bagi makan Burung helang (sory gmbr xde)


helang x berapa nak clear. hahaha


Lokasi ke-3 Pulau Beras Basah







with my younger brother. dah besar dah dia ni


lepas habis island Hoping kami balik ke rumah untuk mandi dan siap-siap untuk kuar semula. lokasi seterusnya Cable car.

Before sampai di cable car kami singgah dahulu di Telaga Habour untuk snap pic. hehee x sah kalau x snap gambar



settle moh kita naik cable car

ada cerita di sebalik cable car ni. masa nak buat pembyaran di kaunter , nak ambik pakej skycab+ muzium 3D. n i may RM150 ok. n pakej yang kami nak ambik tu seorang RM47. so total patutnya dalam RM180 cmtulah. so aku bagi jela RM 150 dahulu. dapat je resit n tiket ak trus naik atas untuk naik cable car.dan tengok balik tiket tu. rupanya orang kaunter tu salah amabik pakej kitaorang. dan dia key in RM 100 Je amount yang kami bayar. ini tidak adil bagi kami. so i decide untuk complain dan turun ke kaunter semula untuk berjumpa cashier tersebut. n dia boleh cakap amount yang kami bagi mmg RM100 dan xde lebihan di situ. sbr jela. x puas hati so kami decide untuk check CCTV

Habis masa untuk hal yang x masuk akal je. so kami pergi bilik CCTV. kami check semua. yang problem nya CCTV dorang tersangat lah kabur. ko asa boleh nampak ke. bengang jugak kot..

lepas check CCTV kami ke bilik management pulak. dan berjumpa lah dengan manager dorang. cerita kejadian tu macam mana. dan point dia nampak sangat dia nak menangkan staff dia. n dia ckp x pernh terjadi kes macam ni. ini semua POYOOO!!. so sad bagi kami yang bukan rakyat negeri Langkawi lah. so manager tu suruh kami tulis report tu semua. sampai ke la ni xde apa-apa berita. ko ingat kami ni budak-budak nak tipu lah. mmg lah RM50 tapi kalau pengurusan korang sangat lah teruk siapa x bengang kan. so moral of this stories please check back ur amount before pay. n kalau boleh duk dekat bawah CCTV at least kalau kena tipu CCTV ada sebagai bukti kan.


 selamat mencuba. hahaha

so kami decide untuk naik cable car keesokan harinya. dah malas n xde mood nak naik. n kami terus shot ke Beras terbakar untuk shopping kain batik. hehehee

gambar x berapa nak ado. maaf ye kawan-kawan.

dah habis shoping kami singgah ke Ayer hangat untuk rendam kaki. yahooo. syok2. suka view dia. awesomme tu. dorang rendam kaki i apa lagiii. 









habis merendam kami ke Pantai Cenang untuk makan malam. Ikan bakar marii

SEDAPPP!!!


Licin kot..


.................................
DAY 3

Cable Car. naik jelakan. kita dah bayar kan. so naik lah kami















lepas turun dari Cable car kami ke Muzium 3D- sorang RM30. mahal semua nya. hahaha tapi berbaloii kot. dalam Muzium ni semua jenis lukisan nampak real. gambar nati ak masukan ye. 

habis muzium kami shot ke HIG haji ismail group for shopping. Actually malam ke-2 tu kami dah shoping separuh pun. heheh takot terkejar-kejar kan. 

Flight kami Pukul 8.30 malam. so kami kena ada dekat Airport 2 hours before balik. 6.30 kami dah smpai airport,.

Bye LANGKAWI. next time nak dtg lagi. myb datang dengan kawa-kawan or honeymoon ke? hahahhaa
pun boleh 

ok jmp di next Entry



Thursday, January 1, 2015

Singapore - Wedding


selamat datang 2015!!!

cepatnya masa berlalu.. cam x caya je ni..hehee

ok today nak story mengenai singapore, bukan untuk jalan-jalan tapi sebab ada kenduri kat sana makanya cik nana n the family kena lah turun padang. actuallty wedding ni tahun 2014 tapi disebabkan kekangan masa terpaksa lah diupdate lambat..(ampun2).

wedding cousin cik lily ni dibuat pada bulan october 2014 (lamanya). ok before nak ke sana the 1st thing i'm gonna do is... buy a ticket.. bukan ticket flight tapi ticket bus. almaklum lah tiket flight time tu agak mahal sikit so no choices we all decide beli tiket bus Nice. 

harga tiket untuk pergi dan balik sekitar RM168 ringgit Malaysia. untuk maklumat lanjut korang semua boleh pergi ke laman web dorang.


kami gerak dari rumah dalam pukul 7 pagi. sebab bas akan bergerak dalam pukul 8 pagi. korang x perlu risau nak sarapan kat mana semua k. Nice sedia kn sarapan untuk korang.. kalau agak kelaparan lagi korang boleh lah makan di RNR yang dorang akan berhenti tapi peruntukan masa sekita 15 minit sahaja.











sesi berkaraoke

purple theme

simple n sweet

sista, untie, cousin

toilet- for wedding only

suka sangat this cake

bangunan di singapore

terbang tinggi--yayy

my family - Malaysian n Singaporian

ok lets talk about food.. hehee makan dorang tersangat lah banyak ok. korang makan lah sampai korang asa korang boleh makan.

favrot i off coz cream puff. sedapp sangat. sampai berpinggan-pinggan lah sangup cik nana ambik. kisah lak. lagi pun umah mak cik sendiri kan.. tq2.

ayam goreng rempah --Delicious 

ikan (sory x ingt nama)

pisang goreng -desert

blueberry cheese -desert

desert

kek -desert

cream puff

kek lapis

wajik

desert

desert

actually terlampau banyak sangat makan. ada yang x dapat nak snap. xpe tngu untuk entry yang seterusnya. cik nana cerita mengenai makan-makan. yah2..

love 
cik nana