Cerita Kami: Vacation
Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Wednesday, March 30, 2016

Samsuria Beach Resort and Residence- Bercuti sambil beriadah


Cakk!!
rasanya macam lamanya cik nana x menuliskan
ok just nak share sikit experience cik nana masa pergi Pahang 
kira trip Bekerja sambil melancong lah


cehhwahhhh ayt kak nana (ketawa besar)

ok lets start my story mory k.

1st day aka hari sabtu tempat pukul 8 pagi semua dah kena ada dekat office. seperti biasa lah cik nana agak kelewatan  sedikit. nasib baik tak kena tinggal ok. ok dah cukup semua orang moh lah kita bergerak.

almost 100 hundred gak lah yang join this trip. 

tadaa.. haha kasut pun nak snap kn. lets begin our journey

untuk accommodation akk bagii 4 Bintang dr 5 Bintang ok..
sebab nya tempat dia tersangat lah selesa terasa macam tak nak balik.


untuk rate dia Korang boleh lah pergi  website Samsuria Beach Resort.

ada 4 Type bilik yang korang boleh pilih:-
1. One Bedroom Suit - RM258 and above
2. Two Bedrrom Suite - RM398 and above
3. Three Bedroom Suite - RM498 and above
4. Penthouse - RM1500 and above


hah korang pilih lah sendiri mana yang korang asa mampu milik,.(hahaha)
bagi akk bilik kecik tak pe janji akk selesa.

jom tengok Bilik Kami.

master Bedroom ada bath tab ok

tada ni lah dia... syok ohh. 

our ruang tamu. wat kenduri pun cukup ni. balkoni pun ada jugak

hows that.. bestkan

ok ni bilik i. i tido dengan kawan i. chinese. abaikan barang2 cik nana ye

another room. this room dia link dengan my room. so we all share 1 bath room. 

ni dapur dia. luas sangat

dapur lagi

hah ni pulak meja makan. 

ni lah roommate i. malam ni buat keja gila sikit. almaklum lah siang tadi sibuk ngan treasure hunt. 

sesi mandi manda..

before going back

hah ramai x.... hehee


so apa pendapat korang dengan resort ni, best x? hehe for me untuk yang berkeluarga sangat ok. breakfast pun ada. tapi yang problem nya, kedaii dia tersangat lah jauh untuk korang kuar beli barang. kalau jalan kaki mau berjam-jam ok. so before nak pergi sini so pastikan korang sediakan makanan yang banyak siap2. tapi rasa nya naik keta xde masalah kot.

ok bye. sampai ketemu lagi. kalau ada pertanyaan jangan segan2 untuk komen k. pasti d balas.


adios

assalamualaikum

Wednesday, March 11, 2015

pakej Murah Medan day 4


hari last di Medan. 4 hari di Medan x terasa.. bangun pagi, mandi n siap2 untuk check out hotel, before check out kami g sarapan dahulu di hotel. sarapan yang biasa-biasa kalau di bandingkan dengan hotel yang sebelum ni kami pergi sepanjang di Medan. Rezeki jangan di tolak

lepas habis makan kami semua d bawak ke kedai kain untuk mencari kainn(misi balas dendam) al maklum lah smlm masa tidak begitu ckup. so Pak Yudi bawak kami ke kedai yang ada jual kain. alhamdulillah misi berjaya. tq Pak Yudi sebab tunaikan permintaan kami before Balik. 

malam sebelum kami balik, Pak Yudi bertanya kepada kami jika mau beli bika ambong sebagai oleh-oleh. so kami decide untuk beli, dan esok nya dorang hantar Bika Ambong yang masih panas ke Hotel. wahh delivery je ek.. canggih2. Btw nak kata bika ambong ni sedap x gak lah. sebab x kena ngan selera i. i prefer kek kukus from Bandung.. (melelehhh dah ni airrliuhh) pleasee siapa2 yang ke bandung bagi tau.. hahaha

ok kek dah de d tangan baju semua dah dapat. so moh kita pulang.. 

flight kami 1.30 ptg. pukul 11 kami sudah berada di Airport.. haha awal bebenor.. takot x dpt naik flight tu yang semua awal. so lpas check in brg2 smua kami duk2 dluu. lepak2.  Airport Kuala Namu ni agak besar. tp utk services Toilet nya i bg 1 Bintang je. sorry 4 tht.. huuhuhu

sesi manja2 before pulang


dalam flight pun jadi

bye Medan..


Tuesday, March 10, 2015

pakej bajet Medan -Days 3


hari ke-3 bermula di pasar Berastagi. dekat pasar Berastagi ni. pelbagai jenis buah korang boleh dapatkan. strawberry, avacado n lain2. (fresh fruit tu)

MARI BELI MARI BELI. MURAH!!!




pasar buah ni jugak ada jual baju-baju n cenderamata bagi pelancong yang datang tempat dorang. harga bisa tawar jangan takot. orang2 di sana sangat peramah. 




selepas check out dan sarapan di hotel kami menuju ke Medan. sepanjang perjalanan ke Medan, kita boleh lihat keadaan di Medan, cara hidup mereka. boleh saya cakap, keadaan ekonomi mereka tidak lah begitu mewah. 

sebelum sampai ke Medan, Pak yudi singgah di Kedai Durian untuk sesi makan-makan. own expenses ok awak2 smua. durian Indonesia kalau nak di ikutkan sama macam durian kampung di Malaysia. harga pun lebih kurang sama je.. so kami makan 3 biji, karang x psl2 dalam kete habis bau durian


settle Durian. trus shooot ke Istana Maimon Medan


ada satu story nak citer kat sni. sampai je istana maimon en Yahya kita ni d ajak interview oleh budak-budak sekolah. so yahya pun ok lah. kami sempat rakam mcam mana interview itu d jalankan. tapi tngu d lain entry saya masuk kn k, 





dengan pak Yudi aka supir. tq Pak yudi sebab lyanan yg baik....

king & queen

ok bagi yang nak mencuba baju traditional raja- raja ni boleh di sewa dengan rp 10000 shaja. tapi kami nya pakej dah include smua. so kami datang sana pakai je baju yang ada dan selfie. ada macam-macam kaler baju yang korang boleh pilih, nak kuning ke, hijau ke, merah ke, biru ke or others color sila pilih. xde mslh untuk itu,,, so selamat mencuba bagi yang nak datang ke medan ni











habis melawat istana Maimon kami ke toko untuk membeli belah. ada kisah sedih di sebalik membeli belah ni. 

 kisahnya begini (nak kasi gempak sikit) jeng-jeng.. ok lepas ke toko telekung dan kain-kain sulam kami ke Pasar Ikan (kedai kain) untuk shoppng.. tapii yang sedihnya 1 jam je untuk shopping, OMG whats going onn here.. 1 jam r u sure? muka bengang dah kuarr so paham2 jela. semua barang yang i beli semua macam silap je. nak pilih pun x tenang ohh..

supir yang ikut kami ke Pasar Ikan bukan Pak yudi tapi anak buah dia. Hassan. satu je sikap hassan ni. dah lah snyap x banyak cakap, muka dia tuu buat kita lagi stress.. so kami ada 3 group. si Hassan ni d tugaskan oleh Pak Yudi untuk jaga kami semua. so dia ni cm cancing kepanasan.. asyik bangun duduk. bangun duduk. yang kita orang nak membeli pun jadi x syoklah. so timbul rasa x puas hati di sana. so kuar dari Pasar Ikan dengan perasaaan yang sedihhh...

sampai je dlm kete cakap ngan Pak yudi mengapa shoppng di pasar ikan 1 jam aja. enggak ckup dong. Pak yudi Ckp napa x cakap dekat hassan. kalau cakap tentu dia tunggu, kitaorg mana lah tau kan. dah hassan tu tercegat je kat depan kedai,. tu aja problem nya. yang lain ok je. so bagi siapa2 yang datang ke Medan untuk Shopping, pastikan korang ckp kat supir korang yang korang nak stay lama kat sna.

kalauu x.. jadi macam kes kami lah..


habis Shoppng kami check in Hotel Madani Medan. ramai yang suggest ke hotel ni. maybe sebab ramai pelancong dan berdekatan dengan masjid dan bandar dorang. recommend for backpacker...opss lupa nk bagi tau.. this Hotel hanya benarkan Pasangan Suami Isteri untuk menginap dlm 1 bilikk, bagi siapa2 yang x Kahwin lagi tuuu so sila book 2 bilik ok. (biasa sgt tu nk stay 1 bilik)

hari terakhir di teruskan.....








Monday, March 9, 2015

Medan : Day 2




Perjalanan Kami untuk hari ke 2 diteruskan.

merenung ke luar jendela

Bangun solat subuh, terus bukak tingkap besar besar. Masih gelap. Nak fefeling sebelum bersiap. Aku siap rekod video lagi konon konon nak moment sunrise. Tapi, aku letak camera salah position. Makanya no sunrise video. Sedih. Dapat rekod dlm memori je la keindahan pagi di Lake Toba.


view masa sunrise dah naik 

 Cantikkan? Subhanallah !

its me. nana. 


Tenang je rasa. Waaa. tetibe rindu (ngada)

masa untuk pulang. no no.. belum lagi.. 3 harii lagi


Selepas semua bersiap, kami breakfast dan check out! Bye bye Danau Toba Cottage. Selepas check out, kami akan pergi ke Pulau Samosir. Dari Parapat ke Pulau Samosir mengambil masa kira kira 40 min sahaja. Sebelum feri berlayar, kami dihiburkan oleh anak anak batak. Sedap gak suara dorang ni..  lpas hbs nynyi. dorang akn pergi kepada setiap penumpang yang naik kapal ni dan mintak derma. Bayaran menaiki feri ni , Pak Yudi dah settlekan. Kami naik je. 

pasar basah bagi penduduk lake toba

cik kuntum dengan cik pijot

cik kuntum mula beraksi



Ni feri yang membawa kami ke Pulau Samosir. Kami duduk di bahagian atas.


suasana dalam feri




sebelum sampai ke tomok island.. sesi bergambar

so sweet lah dorang ni

perjalanan 40 min tak terasa, sebab sibuk bergambar dan fefeling sikit. Haha.

alhamdulillah selamat mendarat 

Horas! Kata kata selamat masyarakat di Tomok Island. 








suasana sekitar tomok island

Beli jangan tak beli. Tapi ! Berhati hati ye, Pak Yudi dah pesan kat kami semua, supaya pandai tawar. Jgn terpedaya dengan harga yang dorg tawarkan. Sebab, dia akan cakap "kakak, mari kakak, murah saja. RM5 saja. Jangan Takut Kakak". Tapi, bila kita dah pilih pilih, dia tukar harga. So be careful di situ ye. 

sebelum masuk ke makam raja batak ni, dorang akan bagi kain selempang yang akan di letakan di bahu



penerangan bermula...

Disini kita boleh melihat makam Raja Sidabutar. Raja batak yang memperkenalkan agama Kristian kepada masyarakat Batak.







Muzium Batak. Dalam muzium ni banyak sangat replika cicak. Maksudnya, cicak ni ibarat orang batak. Ada di mana mana, seluruh dunia.





barangan yang terdapat di muzium batak ni. boleh d beli

masa untuk pulang








Dalam feri, perjalanan pulang






 Kami kembali ke Parapat, dan makan tengahari sebelum teruskan perjalanan ke Berastagi

menu kami for today


Selepas lunch kami bertolak ke Berastagi. Perjalanan ke Berastagi akan mengambil masa 4 jam. Berastagi merupakan kawasan pergunungan , so udara sangat segar dan sejuk. Sometime kami akan cakap kat Pak Yudi, tak payah pakai aircond. Udara luar sudah sejuk.

biji kopi 

pemandangan sepjang perjalanan

sesi kegedikan bermula

simarjarunjung. tea time


Kami berhenti di Simaranjunjung untuk minum petang. Kami minum teh dan setiap set teh, percuma pisang goreng. Kami tambah order, ubi manis.




Sedap sebab makan panas panas dalam suasana sejuk


 Suasana dan pemandangan dekat kedai ni sangat cantik. Kalau boleh nak upload semua gambar kat sini.. Nanti entry panjang berjela sebab gambar je pulak. So, jom la layan beberapa gambar kami disini..








Angin sangat kuat dan sejuk. Boleh dikatakan, tempat ni mcm Cameron Highland la.





Seperti biasa perjalanan yang jauh tak terasa sebab kami akan berhenti di beberapa tempat untuk tangkap gambar. lagi.. Selain pemandangan cantik, sepanjang perjalanan dapat lihat kebun kebun sayur, buah buahan dan jugak bunga. macam cameron la.,. Tapi yang tak best nye, tengah fefeling , nampak orang tgh golekkan babi panggang tuk dijual. Potong betui.



Cantiikan


perjalanan di teruskan lagi. Kemuadian kami berhenti di Air Terun Sepiso Piso yang ketinggiannya 110m. Kenapa nama dia Piso Piso? Sebab tajam seperti Pisau. 

kedai yang ada di air terjun sepiso piso


















Lepas singgah di Air Terjun Piso Piso, kami teruskan perjalanan ke hotel. Agak lewat check in hotel, sebab jalan agak jammed. Untuk hari ke 2, kami check in di Hotel Green Garden.


Aku rasa hotel ni agak lama. toilet tak berapa best.


Lantai dia, mak aih.. Sejuk weh. Macam biasa aircond takdak, tapi mmg sejuk laa. Nak mandi, air panas buat hal lak. kalau panas tu siap berasap asap lagi. Takut lak aku tengok. Last2 redha je mandi ayor sejuk. Gigill.





Malam tu kami Dinner di Mexico Restaurant.. aku ingat makan steak la kita mlm ni. Nama je Mexico, makanan, Indonesia mari. Tapi sedap la. kena dengan selera kami. Mlm ni sejuk gile. Kat restaurant ni dia hdangkan air minum panas. Sedapnyaa.. 

Lepas Dinner, ingat nak lepak lobi, cam biasa cari Wifi.. tapi lobi penuh! Semua dok cari wifi. Hehehe... So, lepak kejap depan swimming pool. Bosan, cari signal wifi takdak. Masuk bilik Zzzzz...

Tamat malam ke 2 di Medan. 

Nunite