Aku gerak dari kl pukul 12..perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam.. so, sampai sana dalam pukul 4pm.. By the way, kitorang stay kat legend hotel..
Tadaaa..inilah bilik kami
View dari bilik
Dah check in, lepak2 jap, luruskan kaki sbb dah 4 jam drive dari kl kan..lepas ni nak keluar jalan2 lagi..
Pantai teluk Mak Nik
Lokasi pertama kami di Pantai mak nik..Pantai ni lebih kurang dalam 15 minit dari hotel kami. Kalau dah datang ke cherating ni, mesti singgah ke sini.. pantai ni sesuai utk beriadah petang2 dgn family..
Angin tepi laut
Taman permainan pun ade
Peace..
Seronok kat pantai mak nik ni..macam2 aktiviti ada..boleh main layang2, ada atv utk budak2..ada taman permainan..pendek kata semua ada kat sini..
Makan malam @ D'cherating
Di restoran ni banyak pilihan makanan. Ada seafood, nasi lemak dan goreng2..
Credit: google
Lauk pilihan
Untuk makan malam, kitorang makan siakap tiga rasa,sotong goreng tepung, kailan ikan masin, telur dadar, nasi putih 3,air tembikai 3. Total semua RM 64.. Bagi aku murah la sebab ikan siakap tu agak besar.. memang terlebih kenyang malam tu.. Oh ya, btw restoran D'cherating ni terletak betul2 opposite hotel the legend..dah kenyang terus balik hotel untuk berehat..esok nak mandi pool pulak..
Hari kedua
Hari ni dah janji dengan sumayyah nak mandi pool..pagi2 lagi dia dah bangun ajak turun swimming pool.. sebelum tu kitorang breakfast dulu, tp makan pon tak tenang sebab si kecik ni dah tak sabar nak mandi.
Swimming pool
Ambik mood jap..
Mak ngah pon terjebak main air
Lepas da puas mandi pool..kitorang pergi pantai pulak main pasir.. tapi kat pantai ni tak boleh mandi..masa tu air pasang..so,kitorang main kat tepi2 je la..pantai ni kat belakang swimming pool je..jalan sikit dah sampai..
Sumayyah dengan nenek
Hai
Santuari penyu
Kalau dah sampai Cherating ni jangan lupa singgah Santuari penyu.. Boleh la tengok penyu live depan mata..
Replika penyu pun ada
It's all about penyu
Masuk sini free je..tak kena bayaran pon..Banyak benda pasal penyu boleh belajar kat sini. Sumayyah pon seronok 1st time dapat tengok penyu live..
Keropok lekor dan satar
Datang sini wajib beli keropok lekor dan satar bawak balik kl.. boleh la buat ole ole untuk kawan-kawan.. aku beli kat kedai cap delima..kat sini boleh makan terus keropok dan satar..makan panas2 memang terbaik la..
Keropok fresh dari kedai
View depan kedai
Credit : google
Dah selesai shopping keropok, marilah kita pulang ke KL.. walaupun short vacay 2h1m tapi aku sangat happy sebab dapat spend time dgn mak n sumayyah.. InsyaAllah, kalau ada rezeki, next time boleh repeat lagi..
Bye Cherating.. See u again
No comments:
Post a Comment