Assalamualaikum.
Entry kali ni, adalah tentang percutian aku ke Cameron Highland. Tapi kali ni geng kak piuh (cik cempaka, cik melur and cik mawar tak join) Kali ni kita pergi dengan geng lain pulak :)
Trip kali ni memang planning since tahun lepas. Tapi tak jadi sebab banjir dan tanah runtuh dekat cmeron. Bayangkan, esok nak pergi, semua hotel dah book, baju dah kemas and kami dapat berita cameron banjir teruk. My God. kecewa giler time tu. terpaksa cancel atas nasihat ibu bapa.
So, tahun ni kami planning lagi nak pergi Cameron Highland. Asalnya dalam bulan 9.Tunda punya tunda, bulan 11 jugak baru semua org free. Kali ni kitaorg decide tak nak excited sangat discuss pasal trip ke cameron highland sebab takut tak jadi macam tahun lepas. Topic ni hanya boleh dibincangkan seminggu sebelum kkitaorg bertolak je. Semua setuju. tak nak discuss apa apa. zip...
Tibalah minggu yang dinanti. Kami akan bertolak hari Jumaat pagi dan balik Ahad. Malam Khamis bukak facebook. , istagram, internet...
Jeng jeng jeng....
Cameron BANJIR!
YA ALLAH!.
Terus whatsapp geng nak pergi cameron ni. MACAM MANA NI? TAKKAN NAK CANCEL LAGI? HOTEL DAH BOOK!! KERETA DAH SERVICE!
kitaorg semua tak nak bg apa2 statement sebab dalam hati semua memang nak sangat teruskan percutian ni. Apa yang merisaukan kami adalah our parent. Kali ni dorg akan bg kebenaran ke?
Masing2 cuba pyscho parent . siap keluarkan peta, cakap tempat yang banjir tu tempat lain... bla ... blaaa.. blaaa...
Prosess pujuk memujuk ibu bapa tu, mmg kami lalui dengan Debar. hahah (poyo).
Atlast, Parent kitaorg semua bagi pergi!!!! yeahoooo!!! (mungkin dorg tau kita da cancel last year). SEMUA HAPPY! Tapi, kami tak mau excited.
So, pagi yang ceria, aku jumpa zaty kat kl sentral and terus ke sri rampai, tunggu alin pickup kami
dalam train. (macam kat obesi kan? berangan!)
aku bawak 2 beg je.
Semua da berkumpul, so kitaorg gerak dan masuk cameron ikut simpang pulai. Masa dekat highway cuaca cantk sangat. Tapi bila dah nak naik cameron, hujan mula turun. Time tu agak berhati hati sangat. Alhamdulillah, kami selamat sampai.
Keluar je dari kereta... SEJUK. nyamann.. lepas hujan kan. hehe
Sampai je cameron Highland, Isi perut dulu sebelum check in. Kami choose Old Town White Coffee untuk lunch .
Nasi lemak ayam kari. saya punya
konon2 fefeling sejuk. So order Hot Honey Lemon. Pahit.
Lepas semua kenyang, kami check in hotel .
Kami choose to stay at Iris House Hotel.
Total stay 3 hari 2 malam untuk 4 org = RM 628.20 (termasuk breakfast)
Kami pilih family room, because we are family!. haha
So, aktiviti pada hari jumaat siang adalah santai2 je. Bg driver rest and others (include me ) Zzzz..
Aktiviti kami malam jumaat adalah STEAMBOAT!
Datang cameron, mesti lah kena makan steamboat, baru la percutiam complete. (haaha.. ngade)
mangkuk saya
Kami pilih stemaboat di Hotel Rosa Passadena
Staff restaurant tu suggest us untuk ambil stemboat for 3 person which is (RM25per person) and try their best Nasi goreng kampung (RM18)
Ada lagi 1 pinggan for mee, sayur2 and telur, tatau gambar p mana.
Memang berbaloi2 dan sedap untu tekak saya. Total kami makan malam tu RM103.
Lepas kenyang perut, suka hati, kitaorg pergi Pasar Malammm..
Jalan2 cuci mata dulu. Esok baru soping.
Yang paling penting, kena try strawberry choclate dengan jagung bakar. Manisss sangat.
End for day 1. Malam tu ingat sejuk, tidur siap pakai sweater bagai, tp i panas. hewhew.
Good Night.
No comments:
Post a Comment