Cerita Kami

Thursday, December 4, 2014

Penang (Pulau Pinang) - Day 1, 2, 3




Malam ni mood throwback.

Percutian kak piuh ke Penang (Pulau Pinang) 3D2N.


Penang : Day 1 

penang here i come!!! moh kita ke penang. kali ini nya trip seperti biasa 4 orang tntu kena ada, alia (cik kuntum) pjote (cik mawar) faizah (cik cempaka) nana (cik tulip)

sebelum nak pergi ke sana, macam-macam persiapan lah kami buat, dr pengangkutan, penginapan,makanan, dll. kira semua kne complete lah sampai sana. kalau nak di ikutkan kami de tentatif untuk trip nie. tapiiiii x ikut pun... untuk ke penang kami sewa kereta persona. so 3 hari rm 300..

untuk trip kali ni bajet untuk setiap seorang adalah rm400. include semua sekali. dari hari pertama sampai lah hari last kami di cameron. dan yang paling bagos nye trip beramai-ramai nie sudah tentu lah kepuasan dah budget yang ada akan sentiasaaa berlebihan.. dan duit yang ada tu akan digunakan untuk cuti-cuti yang akan dtg.. hehee..

geng kak piuh- cik nana snap pic

kami tiba di Penang agak lambat. Sekitar Jam 4 ptg kalau tak silap.
Untuk percutian di Penang ni, kami akan menginap di 2 hotel yang berbeza.

Hotel yang pertama adalah Heritage Hotel 1926. Faizah dah book siap2 dari KL. So, kami just check in bila sampai penang. Lokasi hotel ni senang je, sebab ditepi jalan. rates untuk hotel ni dalam RM250 untuk 1 malam. harga pun agak ok dah bilik yang selesa. 

Lepas je check in, kami rest rest dulu. Yang penting bg driver rest la. Sebab malam ni kami ada misi jalan jalan cari makan. Tapi, tak rest sangat la sebab nye, wifi hotel ni laju, sooooo... masing masing dalam dunia sendiri, layan tepon. Hahaha. Sabar je la.

Semua dah cukup rest, freshen up ,solat maghrib, maka misi jalan jalan cari makan bermula!
Yey.. saya suka kalau bab makan.

Kami pilih untuk makan di Gurney Drive.
Banyak sangat kenderaan yang parking tepi jalan. And ada jugak abang abang pembandaran (kalau kat KL mcm bandaraya la) berkeliaran. Maka kami was was nak parking kat mana. Memandangkan banyak je kereka park sana sini, kami pon ikut la, parking tepi jalan, yang penting tak ganggu orang dan lalu lintas.



Sampai tempat makan, adoii ramainya orang!.

Bersabarlah , tunggu turn. Itu pon nasib baik kami gerak lepas maghrib. Kalau lambat, lagi lama menunggu.

Datang Penang, kita mesti cuba pesemboq dia 

Ambik tu, ambik ni, Nah ambik ko, sepinggan besar pasemboq, RM30. 
berbaloi la sebab kongsi 4 orang. Selain tu, kami order char kuey tiaw.

Selesai makan, usha kereta kejap, kot kot orang block ke apa ke kan. So, tengok ok. Maka, marilah cuci mata dalam Gurney Plaza. Disebabkan kami smpai around 9 lebih, banyak kedai yang dah tutup. Tak jadilah cuci mata kat situ. Jom cari tempat lain. 

Bila sampai kereta!

jeng jeng jeng!

KENA SAMAN!

Hello!!! Malam kot! Hari Minggu Kot! (asalkautakwarningawalawal?)

Kami Pasrah!


Muka lepas baru kena saman. Happy je. Hidup mesti diteruskan. Kami sambung cuci mata lagi. Tempat ni saya lupa nama dia(maaf). Kami tak lama kat sini, sebab malam + ramai lelaki lepak + kami semua manis manis. Hahah.

Then, Balik hotel. Tidur.

Penang : Day 2

Hari Ke 2. Sesudah suboh, mcm biasala tidur balik (bercutikan)

Kami turun breakfast dan jalan jalan dekat pool. Oh, Pool dia memangil manggil. So, nana dan faizah terjun, saya dan pjote,macam mak mak la, tengok je anak anak mandi. hehe.

Dalam 12 tgh hr, kami checkout.

Misi hari kedua adalah Jalan Jalan cari makan d Nasi Kandar Line Clear.



Kedai ni boleh dikatakan dicelah lorong. Kalau sekali pandang, mesti tak perasan. 2, 3 kali jugak la kami pusing. Nasib signboard dia jelas. Orang ramai itu sudah pasti sebab hari minggu. Dalam kereta, kami bincang, kalau tade parking atau tempat duduk, kita just tapau, nnti makan tepi laut kat Batu Feringgi. Alaaa... I is sad. I nak feel betul betul makan nasi kandaq ni. Kalau bungkus, takda feel.


Gambar tak ikut susunan. Ni masa jalan jalan cari Jeruk Pak Ali. Semua brong berplastik plastik.




Alhamdulillah, dapat parking dan yang penting dapat meja! So, baru la feel makan nasi kandaq kan. Agak mengecewakan, time kami makan ni, nasik dia agak lembik. Tapi tak pe, at least, kita dah try makan kat sini. Misi hari ni dah settle.

Untuk hari ke 2, kami tak book apa apa hotel. Kami gunakan konsep redah je. Haha

Hotel Pilihan pertama. 


Hard Rock Cafe Hotel. Kau mampu?

Mak tak mampu nok.

Semalam, 7++ tu pon takde brakfast.

Oklah. Fine!

Tak dapat stay, kita snap gambar pon cukup la ( sadis betul)

Kesian. hahaha


bergambar je free kat sini. Haha

Maka, percarian hotel bermula. Boleh dikatakan Hotel di area Batu Feringgi ni fully booked. Kalau tak penuh pon, harga lebih dr kami budget. So, cari sana sini, akhirnya kami dapat bilik di Corpthrone  Hotel. Harga berpatutan dan view cantik. Cuma agak jauh dr area havoc Batu Feringgi. Tak kisahlah sebab kami bukan naik bas. Naik kereta (ayat sedapkan hati)

Ada hikmah hotel lain penuh. Sebab, hotel ni view cantik. Lepas check in, kami jalan2 sekitar hotel. 


yang ni view dari Pool Corpthorne hotel.

Oh ya, masa nak keluar bilik, kebetulan bilik depan pon keluar sekali. Maka sempat lah bertembung dengan jiran bilik depan. Sampai di Lif, kami berpecah, ikut tujuan masing masing.


Ambil angin petang, ambil feel bercuti sikit.


Jom layan perasaan.


Hotel ni ada wifi, cumanya a, hanya sorg je boleh guna dalam 1 masa.


Settle ambil angin petang, kami siap siap solat maghrib untuk jalan jalan dekat batu ferringgi untuk dinner malam. 


Masa masing masing sibuk bersiap, ada orang ketuk bilik kami.
Kami semua berpandangan la. Sapa yang ketuk? Kami tak terus bukak. Biarkan kejap,. Lepas tu ada nota bawah pintu.


Loh! rupa rupanya jiran bilik depan yang kami terserempak petang tadi. 

Amboi, sempat ek korang. Ajak dinner bagai. Kami reply (biarlahrahsia). Lepas siap siap nak keluar, kami slow slow keluar bilik, (dah macam buat misi rahsia), letak note reply bawah pintu jiran, then terus laju pergi lift. 

Sebagai anak gadis yang sopan santun ( ececeh) kami kena jaga diri, Tak boleh sewenang wenagnya keluar dengan yang bukan mahram. Parent bagi kepercayaan untuk bercuti dengan kawan kawan.So jangan rosakkan kepercayaan itu.




Oh, dalam percutian ni takda Nana ke? Ada. Dia lah juru foto kami. kui kui kui. Cik Nana kebaya, jgn marah okey.

Jalan Jalan Malam di Batu Ferringgi. Kami nak cari souvenir . Aku beli beberapa ketul FM.


Yang selebihnya nak makan. Mee Udang


Laksa



Sotong Kangkung. 

kami makan di food court saja. Bagi aku, makan malam tu adalah biasa biasa sahaja


suasana malam di Batu ferringgi. 


Beli sorang satu sebagai kenangan kakpiuh




Penang :  Day 3

Hotel ni tak menyediakan breakfast. bagi sesiapa nak breakfast, boleh order dari menu yang disediakn di setiap bilik, dorg akan hantar dan charge berlainan.

Kami breakfast , makanan yang kami sempat bungkus masa jalan jalan di ferringgi malam semalamnya.

Pagi pagi, kami bersiap untuk checkout sebab kami nak pergi bukit bendera pulak.



Bukit Bendera

Agak ramai juga pelancong yang datang. Harga yang dikenakan untuk warga negara dan bukan warganeraga adalah berlainan






view dr bukit bendera.. cantik sangat.. saya suka





cik kuntum


cik cempaka



cik mawar




Jalan agak jammed masa nak pergi ke bukit bendera ni. 

Sebelum turun dari Bukit bendera, kami lunch dulu diatas sana. 

Kami gerak pulang agak awal. Dari Penang dalam pukul 2 pm. 

Dan....

Kami Singgah di Cameron Highland!. (ni memang takda dalam tentatif)

akibatnya, kami sampai rumah masing masing dalam 2 pagi!(amek ko)

Nway, percutian yang best. makanan best. Geng kak piuh akan repeat lagi cuti kat Penang ni. Stay tune. Nunine. 

                                                                                                                LOVE,
                                                                                                               cik kuntum







RESEPI - Roti Telur Cheese meleleh

Ha.. tajuk gempak sangat kan. 

Meh tengok cara cara nak buat roti telur cheese meleleh ni. Senang sangat


Roti gardenia (atau apa ju jenis roti) , potongkan bahagian tepi sekali (kalau tak nak potong, terpulag)


Letakkan cheese di tengah tengah 


potongkan roti kepada 4 bahagian. kalau nak potng 2 pon boleh, 14 pon boleh. takde hal.

celupkan roti yang telah diapit oleh cheese tadi ke dalam telur.


Akhir sekali greng!. See. senang kan. Tapi mana cheese meleleh? Jangan salah paham ye. Cheese meleleh tu nama resepi je. haha

Sangat mudah bagi orang malas macam saya ni. sedap di makan ketika breakfast mahupon minum petang. nak nguyah2 time snack2 pon boleh. tak ada masalah.

Selamat Mencuba!

Thursday, November 27, 2014

CAMERON HIGHLAND - PART 3

Assalamualaikum

Cerita Cameron part 3 ni agak lambat nak update. Lepas balik dari cameron sangat busy. So tak ada masa nak curi curi update. So, entry ini adalah hari terkahir kami di cameron highand.

Cuaca sangat cantik waktu kami nak balik. Tak hujan langsung. Panas sepanjang hari. Senang nak soping dekat Kea Farm. 



gambar kami di beranda hotel sebelum check out . Belakang kami ni hotel titiwangsa


Ok. belakang ni, Parkland Apartment


Bye bye Iris Hotel.

Kami check out awal. Letak barang dlm kereta, breakfast, dalam 10 pagi, kami check out. Misi hari ini adalah cactus point dan kea farm.


Cactus Point


Rambang mata betui nak pilih cactus.






So kami pilih yang buy 5 free 1 RM10. Oklah buat kenangan.

Lepas puas pilih cactus, kami pergi Kea Farm! Yeay soping time!
Dekat Kea Farm tak ada tangkap gmbr pon sebab semua busy soping. Borong jagung banyak. sampai penuh tangan ni tak tebawak. Ingat nak letak dalam kereta and soping barang for second round tapi.........

Kereta kena saman !

What!

Saman? Hari Ahad?

so mood second round soping terus padam. Dinasihatkan kalau nak soping dekat kea farm, jangan park tepi jalan ye. Nanti kena saman macam kami. 

Untuk mengubat hati , kami pergi makan ice cream strawberi lagi!!

nyum nyum .

Kami pergi Raju Farm lagi. (sayangsangatdenganuncleraju)


Muka gembira lepas dapat makan ice cream. 

Lepas makan icecream baru  balik. Nanti sampai rumah tak adalah teringat ingat.

Alhamdulillah kami selamat pergi dan pulang.

Lepas ni pergi mana pulak ye? 

Da...

Monday, November 24, 2014

p-jote brother wedding

Assalamualaikum n selamat soreh

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang
Diatas pelamin sama bersatu

berpantun pulak kita. apa-apa pun kami geng kak piuh nak ucapkan selamat pengantin baru. semoga perkahwinan ini akan kekal sampai ke jannah. aamin. 

wedding ni di adakan pada hari ahad 23hb Nov 2014
dekat Dewan Komuniti Pantai Hillpark
dewan yang agak selesa, ada aircond. so bagi siapa-siapa yang tengah duk pikir nak buat majlis perkahwinan kat mana , so kita org boleh suggest kan korg cuba dekat sni. parking pun ok. semua lah ok. 
nak di panjangkan cerita. ak and alia dah datang pagi tu untuk settle kan kerja yang patut di siap kan. apa lagi kalau bukan tin bunga. pukul 9.30 kami dah de dekat dewan komuniti nie. siap kan apa-apa yang patut. settle kerja balik rumah siap2 untuk pergi kenduri.. second round.. hehe makan pun second round gak. sorry gambar makanan x sempat nak snap. sebab ke kurangan masa di sana. so cik nana nak belanja korang gambar sekitar majlis perkahwinan nie berlansung

memori bersama pengantin

peach color


geng kak piuh... that guy sila abaikan.. itu husband faizah.. 




faizah, alia , nana



sesi berkaraoke- pilih lagu yahhh ibu-ibu

para penontonnnn bapak-bapak ibu-ibu semua nya


ala sweet2 gitu.. faizah n yahya