Cerita Kami: BILA HATI BERBICARA- fallen in love with Badri

Tuesday, December 16, 2014

BILA HATI BERBICARA- fallen in love with Badri



Assalamualaikum,

tumpang lalu, kak peah nak story sikit pasal drama ni... kak peahh suka sangat tengok cerita ni.. suka sebab Badri aka Hafreez Adam belakon.. admired gilaa lah dekat laki hensem nie.. ohhhh mau nya kalau depan-depan pengsan kejap.. cehwahhh.. 

ok let me story uollls mengenai cerita ni, awal-awal kak peah x brpa nak tengok.. dah msuk mngu kedua baru lah nak melekat kat depan tv. 

kalau nak diikutkan cerita di adaptasi dari novel. tentu pembaca tegar novel tau cerita nie. kak peah bukan peminat novel. bagi komik boleh lah.. hehee

lupa lak nak story nape suka sangat kat hafreez adam nie, maybe sebab watak dia sangat-sangat menjadi, sedih gak lah. tapi apa kan daya drama semata-mata.. apa-apa pun gud luck untuk hafreez adam dan rakan-rakan

nie Novel nya


SINOPSIS
Mengisahkan tentang percintaan antara dua insan yang berasal dari latar belakang yang berbeza. Emir Qasya (Syafiq Kyle) seorang pemaju hartanah yang berjaya dan amat mementingkan darjat dan keturunan manakala Tania Katsura (Atikah Suhaime) pula seorang gadis biasa yang tinggal di kawasan setinggan dan sentiasa berkerja keras untuk mengejar cita-citanya.

Apabila syarikat Emir ingin membeli kawasan setinggan tempat Tania tinggal untuk dimajukan, dia mendapat tentangan hebat daripada penduduk-penduduk di situ yang diketuai oleh Tania. Demi mengambil hati Tania supaya dapat memujuk penduduk-penduduk itu menjual tanah kepada syarikatnya, Emir telah menawarkan kerja kepada Tania.

Selepas mengenali hati budi Tania, Emir mengakui bahawa Tania ialah seorang gadis yang amat istimewa. Namun, Emir menafikan dirinya telah jatuh cinta pada Tania kerana dia merasakan Tania tidak sesuai untuk menjadi isterinya kerana perbezaan darjat.

Emir memperkenalkan Tania kepada sahahat baik yang juga pembantunya, Badri Fathul (Hafreez Adam). Badri tertarik dengan perwatakan Tania dan ini telah menyebabkan Emir rasa cemburu. Akhirnya, Emir telah memerangkap Tania supaya berkahwin dengan dia selepas tercabar dengan Badri yang juga mahu menawan hati Tania.

Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik (Azwan Kombos) terhadap Tania Katsura. Taufik berdendam kerana tidak dapat memiliki Tania. Bekas teman wanita Emir, Babe (Raja Ilya) juga berpakat dengan Taufik untuk merosakkan hubungan Emir dan Tania. Apakah yang akan terjadi kepada Emir dan Tania? Adakah kasih sayang dapat menyatukan cinta Emir kepada Tania?

info 

btw before kak peah lupa lagu-lagu dalam drama ni tersangat lah sedap, asa nak makan-makan je.. nak kak peah belanje korang lagu k..










pelakon Bila Hati Berbicara

Atikah Suhaime - Tania Katsura

Hafreez Adam -Badri fathul

Syafiq Kyle - Emir Qasha

azwan Kombos -Taufiq

Raja ilya - Baby


No comments:

Post a Comment