Assaamualaikum.
Sempena cuti sekolah akhir tahun ni, bawak lah budak budak ni berjalan. Aktiviti tak dirancang sebenarnya. Kebetulan nak pergi beli buku sekolah adik , so akan lalu depan muzium negara.
Sebut pasal muzium ni, dok ulang alik depan dia, tapi tak masuk masuk. Last masuk, dulu laa.. kecik sangat.
Maka, cakap kat mak , jom lah bawak budak budak ni pergi muzium. Kita yang dah besar ni pon dah lama tak masuk. Parking dekat muzium ni RM3.
Muzium Negara dibuka setiap hari dari jam 9 pg hingga 6 ptg, kecuali hari pertama Raya Aidilfitri dan Aildiladha. Harga untuk dewasa warganegara, kalau tak salah RM2 sahaja.
Farisha dan haziq. Haziq excited sungguh nampak keretapi lama. Tak sabar sabar nak naik
Muzium Negara
pelamin perkahwinan dulu dulu. Mak aku cakap, orang sekarang mana ada pelamin macam ni. Aku cakap kat mak, nanti akak kahwin, akak buat pelamin ni. Hehehe.. Verangan.
Anak kecil ni sungguh active!
Penat, duduk lah kejap.
Kak cik dah macam cikgu tadika. Bg penerangan pada anak murid.
cara nak mengait buah kelapa
menoreh getah.
Bawak anak anak kecil kat muzium ni bagus. Sebab nya, mereka boleh tahu bagaimana kehidupan orang dahulu/kampung. Tambah tambah anak bandar sekarang ni. Apa nak, order je, ada depan mata. Mereka tak tahu bagaimana susahnya kehidupan orang dahulu
Haziq memang suka sangat apa apa yang berkaitan keretapi. Thomas katanya.
aku tanya haziq: Abang, ni apa?
Haziq: Layang layang
Ni Wau la abang. walaupon dia baru berumur 2 tahun plus, tapi bagi aku dia sangat bijak. heeee :)
Alif Be Te.
Tetiba teringat scene pendekar bujang lapok
Jom Balik.
Akhirnya dapat jugak naik keretapi. Walapon hanya bergambar.
belanja sekeping gambar akak selebet ni
Aktiviti seterusnya disambung dengan pergi buku sekolah adik. Disebabkan sekolah adik aku, dekat dengan lake garden, maka lepas je selesai urusan beli buku sekolah, aku bawak budak budak ni lepak dekat lake garden. Kita main kejap. Kesian, asik terperuk je dalam rumah. Hari, kita bawak main kat luar pulak, dengan 100 % pengawasan.
Macam biasalah, kalau bawak budak budak main, mest tak nak balik pnya. So, mak aku promise dorg nak bawak naik train. Maka, tanpa rela hati, terpaksalah meninggal kan taman permainan.
Seperti yang dijanjikan, nak naik train. Aku park kereta dekat Nu Sentral. Ambil Lrt dr Kl Sentral ke KLCC. Nasib kami baik, sebab pergi dapat coach panjang. Aku bawak haziq pergi depan sekali.
Aku cakap kat dia, "Hari ni abang bawak train ok"! Dia angguk. KEmain excited mamat kecik ni. Kusyuk betul dia tengok rail keretapi. Bila keretapi berhenti, Haziq akan buat bunyi tus tus . tanda keretapi nak stop. Hehehe. Bijak.
kapten Haziq tgh memandu train
Ok. the best part is, bila turun je dari keretapi, haziq meronta ronta nak naik lagi. Adoii.
Nasib baik jenis yang senang dipujuk dan kejap je nangis.
Lepas naik train (ulang alik kl sentral - klcc, klcc- klsentral), kami sambung cari barang sekolah kakcik dekat Nu Sentral. Cari beg dan kasut sekolah.
Deko Xmas Nu Sentral
Selesai cari barang kakcik, kami pon pulang . Belum pon separuh perjalana, si kecik tu dah pengsan. Zzzzz... Untuk lunch, kami just bungkus makan kat rumah. Sampai kat rumah, selalunya bila angkat, sikecik ni akan jaga. tapi kali ni, nyenyak betul dia tido. Penat sangat la tu.
\
Nway, I and mak plan nak bawak budak budak ni main dekat lake garden lagi. kali ni nak bawak anak jiran sekali. Kita picnik kat sana. best best.. Kalau jadi , nanti aku up entry. Hewhewhwe.
Love,
Cik Kuntum
No comments:
Post a Comment