Resepi minggu ni adalah sambal paru.
Resepi yang simple mimpel.
Rebus dulu paru ye . Masa 1st time masak paru ni, Terus saya potong tanpa rebus. Lepas tu, mak jengok kat dapur, tanjat dia. Kena rebus dulu la cik kak oi. Hehe.
Lepas rebus, baru senang nak potong. Lumurkan garam dan kunyit, dan goreng. Terpulang la nak goreng garing atau biarkan kenyal kenyal gitu.
sementara nak tunggu paru siap digoreng, boleh blend semua bahan diatas:
cili api
cili merah
bawang besar
( rumah saya pakai bawang besar je untuk semua masakan.. senang .)
belacan (ikut suka nak letak ke tak)
Halia
Hiris kan bawang, tumis sampai garing, Masukkan bahan blend tadi, season kan ikut selera masing masing. Jgn lupa masukkan sekeping dua asam keping.
Masak la sampai masak.
Selamat Mencuba!
Love,
Cik Kuntum
No comments:
Post a Comment