Medan!
Percutian kami kali ini ke Medan,Indonesia.
Ini adalah percutian kami berempat yang pertama keluar dari Malaysia.Selalunya kami cuti2 manja manja dalam Malaysia je.
Faizah adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan hal hal berkaitan tiket, luggage. Thanks to Faizah kerana sudi layan kami punya schedule. Kami dapat harga tiket untuk 5 orang pergi dan balik
RM894.00 (RM178.80 seorang)
Nana pulak, orang yang banyak deal dengan tour tour agensi untuk compare harga mana yang berpatutan dan berbaloi untuk percutian kami selama 4 Hari 3 Malam. Hasil carian maka kami dapat harga yang sangat berbaloi baloi,
Pakej yang disediakan:
Tour Guide (pak supir)
Hotel ( 3 jenis hotel)
Makan ( 3x sehari)
tiket masuk ke muzium
tiket untuk mencuba baju traditioonal dll
tiket masuk ke muzium
tiket untuk mencuba baju traditioonal dll
Kami hanya perlu bayar RM470 seorang!
P/S: siapa yang berminat nak dapatkan pakej murah dan berbaloi-baloi
boleh lah Hubungi cik Insyirah or Whatapps kat no : 017-536 7426
or
boleh follow Insta cik Insyirah ni.
melancong_murah_baloi
P/S: siapa yang berminat nak dapatkan pakej murah dan berbaloi-baloi
boleh lah Hubungi cik Insyirah or Whatapps kat no : 017-536 7426
or
boleh follow Insta cik Insyirah ni.
melancong_murah_baloi
Bagi aku sangat berbaloi sebab sampai Medan, tak perlu fikir apa apa lagi. Makan, Hotel, Trasport semua dah settle. Bawak duit untuk Shopping sahaja. Aku suggestkan untuk ke Medan, better ambil tour, sebab perjalanan ke satu satu tempat jauh dan banyak menghabiskan masa di dalam kereta. harga pakej bergantung pada berapa ramai orang. kalau anada mungkin 2 org seorang ke myb harga dia akan lebih mahal berbanding berkumpulan. so rancanglah percutian anda
Aku dan pjote, tukang google info untuk di kongsi bersama je. hehe.
Ok. Untuk tidak banyak mengomel, jom aku kongsikan pengalaman kami berempat + yaya (berlima) bercuti di Medan.
Kami bertolak pada 26 February 2015 (Khamis). Flight pukul 8.30 pagi. Pukul 3.30 pagi aku dah kejut Nana n Pjote, Haha. Excited sangat tuh. Adik Nana, Linda hantar kami ke KLIA 2. So kami gerak dalam 430 pagi macam tu. Awal kan! Tapi seawal awal kami sampai KLIA tu, kami tetap marathon kat sana. Nanti aku cerita.
Kami sampai KLIA 2 awal. So, sementara Pjote pergi solat, aku dan Nana test gopro dulu.
Lepas settle solat, kami pergi breakfast sementara tunggu Faizah n Husband (Yahya)
Pagi pagi buta makan dinsum. Dah lama teringin nak makan. Tetiba kat KLIA 2 ni ternampak pulak restaurant ni. Muslim Friendly. Apa lagi.... dinsum la kita.
Bihun ni nampak sedapkan. Nampak orang sebelah meja makan bihun ni, nak order tatau nama. Haha. Masa waiter tu ambil order, kitaorg tunjuk sambil cakap slow 2 "kitaorang nak bihun mcm meja sebelah tu" . Hahaha
Time ni Faizah belum sampai.
Lepas settle makan, kenyang, suka hati.. Faizah pon sampai. Time ni dah pukul 7 pagi. So, kami beratur tuk check in luggage. Agak lama, sebab ramai orang. Bila sampai turn kami.. Jeng Jeng.. Staff tu cakap, check in luggage bukan kat kaunter ni!. What? Dah la beratur lama.. So, selepas argue2, dapat jugak check in luggage kat situ, tapi masa tu dah hampir pukul 8 pagi! Our flight pukul 8.30! Gate tutup pukul 8 pagi. Apalagi , kami semua Marathoooon laa. Jauh kot nak sampai kt area menunggu tu. Sampai je tempat menunggu tu, semua muka penat je. Haha. Sian. Selalunya orang check in 2 jam awal.. kami 5 min je. Bila kami sampai tempat menunggu tu, duduk tak sempat panas kerusi, dah boleh masuk . Yeay. Ta payah tunggu lelama kan.
Perjalanan ke Medan tak lama ye Tuan dan Puan. Dlm 45min gitu je. So tak perlu lah nak order makanan bagai. Tapi kalau nak merasa apa salahnya kan. Sila bawak Pen, sebab kita kena isi 1 borang ni. Bila siap je isi borang, flight pon dah nak landing. Sekejap sangat terbangnye.
buku merah jangan lupa bawakkk moga2 belum tamat tempoh!!!
Setibanya kami di Airport Kuala Namu, kami di sambut oleh Pak Yudi. Tak sempat nak snap pic kat sana sebab kami orang Terakhir keluar. Hehehe. Kami terus memulakan perjalanan kami di Medan bersama Pak Yudi. Tempat pertama kami singgah ialah Tempat Makan!. Lunch dulu.
Cik Pjote
ni kereta yang kami naiki sepanjang 4 Hari di Medan.
Singgah makan dulu.
Original Ayam Penyet from Indonesia.
i suka sangat this ayam
i recommend you all try this nasi ayam penyet.. sedapp sangat.
Selesai makan tengah hari kami teruskan perjalanan dan singgah di kedai Paten. Kedai yang Famous. Wajib singgah jika datang ke Medan. Aku tak beli banyak pon. Sekadar ambil syarat katako. Hihi
Suasana dalam kedai.
paten yang famous d medan. ada lebih 5 jenis paten yang korang boleh pilih
Dah settle membeli.. Jom sambung perjalanan kita ke Perapat. Perjalanan yang jauh ni tak terasa sangat sebab, lebih kepada perasaan teruja.
View sepanjang perjalanan ke Danau Toba.
hotel tempat kami menginap untuk hari pertama
Kami check in di Hotel Danau Toba Cottage. Cuaca disini panas. Tapi dingin je. Dalam bilik tak ada aircond atau kipas ye. Harap Maklum. Jom tengok bilik
boleh dikatakan bilik yang bersih dan luas la. Yang best sangat pasal bilik ni adalah, bukak je pintu dan tingkap bilik, terus boleh nampak Lake Toba. Cantiiikkk Banget
Boleh layan perasaan kat kerusi kuning ni sambil menikmati keindahan Lake Toba.
aktiviti memancing pun ada di sediakan.. santai dan tenang
en yahya husband kepada faizah
pn faizah wife kepada yahya
Cantikkan. Keluar je bilik, akan dapat lihat permandangan ni,
geng kak piuh (x psl2 kekal lak this name)
Selepas mandi mandi, segarkan badan, kami pusing pusing sekitar hotel. Misi utama adalah cari wifi dekat lobi je.
Masing masing busy lepas dapat internet . Lupa kawan jap. Ni masa kami tunggu Pak Yudi untuk bawak kami Dinner.
menu for tonight.. sedap jugak
muka kelaparan.. pakk bisa cepat makanan nya dihidang enggak?.. haha
Alahai, teringat pulak kat tempe dan kentang goreng rangup tu bila tengok gambarr ni. (tertelan ailio saya)
Acara wajib sebelum makan.
ni kedai makan yang halal sekitar lake toba
Lepas makan, kami dibawa jalan jalan sekitar parapat. Ada banyak kedai kedai menjual cenderamata dan baju baju. So, sempat lah sambar seluar selai dua. Nak beli lagi sebenarnya, tapi cuba tenangkan diri dan ingat, esok masih ada untuk soping. Takkan nak habis kan duit 1 malam je kan? Dan berjaya psycho kan diri sendiri.,
muka org tengah excited shopping.. nasib i x terpengaruh
tempat untuk beli cenderamata- harga bisa tawar. orang- orang dia ok
Lepas dinner Pak Yudi bawak kami lepas di swimming pool. Chit Chat sikit sebelum balik ke hotel
Muka masing masing suci selepas terkena panahan flash camera.
So Far, malam pertama kami di Parapat berjalan lancar. Balik hotel, bersihkan diri dan tidur tak sedarkan diri, Selamat Malam. To be continuee..































