Cerita Kami: May 2016

Saturday, May 28, 2016

Trip to LEGOLAND!


Assalamualaikum..

Lagi seminggu umat Islam akan menunaikan ibadah puasa. Jumaat 27.5.2016 last budak budak bersekolah sebelum cuti pertengahan tahun selama 2 minggu bermula.

Memandangkan cuti sekolah dah bermula, sebelum menyambut Ramadhan, mari lah kitaerehatkan minda, meletihkan badan dengan bercuti di LEGOLAND! 😄

Jumaat aku ambil AL. Kami gerak ke Johor selepas anak anak balik sekolah dan para para lelaki sudah solat Jumaat.

Kami berkumpul di Shell tol Sungai Besi dalam pukul 3 lebih. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masaa 3 jam, bertukar menjadi lama sebab accident trailer terbalik.. punya la lama jammed. 

Kami sewa homestay di Kulai. Sampai homestay jam 9 malam. Semua dah kelaparan. 


Nasib baik bawak bekal dari rumah. Sampai je homestay, terus makannn.

Then Zzz..

Esoknya kami bertolak ke Legoland pada jam 9 pg. Perjalanan mengambil masa setengah jam dr homestay kami.


Dari parking ke Legoland kenaa berjalab jauh jugak. Kalau pihak Legoland buat perkhidmatan tram/train dr parking ke Kaunter tiket kan bagus. Sian kat org tua dan anak2 kecik nak menapak jauh.


Perjalanan dr parking ke kaunter tiket.
Parking RM10 per entry.

Yeayy.. Akhirnya sampai jugak di Legoland. Legoland ni tak ada dlm wish list aku sebab tiket dia mahal. Tp Alhamdulillah, berpeluang untuk kesini.

Sila datang awal kalau tidak mahu beratur panjang.. Kami yang awal ni pon dapat masuk pukul 11 pg.

Ni hotel Legoland. Sapa duk sini senang la nak pergi waterpark dan theme park. Jalan kaki je.

Selfie sementara tunggu ticket.

Yeayyy.. combo ticket for waterpark dan theme park.

At first we decided untuk ke theme park dulu, baru main air. Ye la, dah pakai cantik2 nnti nak tukar lg. Hehe.

Tapi cuaca agak mendung. Takut hujan, tak dapat main air... rugi la kan.. so jom main air dulu!



Syok sendiri



Di pintu gerbang waterpark.

Dekat waterpark tak adaa banyak sangat gambar sebab semua sibuk main air. Hp semua simpan locker. 

Yang best sebab mandi sambil main block lego dalam air. Terasa diri ku seperti budak kecil. Hahaha..

Selepas beberapa jam di waterpark, moh la kita g theme park pulak. 

Tukar2 baju, lunch... kami masuk theme park dlm pukul 4 ptg. 

Masuk theme park apa lg, selfie selfie, snap sama sini smpai bateri habis.

Sampai je theme park, nampak train lego nii... yeksaited nak naik sebab kecik2 dulu kita built train dr lego kan... sekarang kita boleh naik train yg kita pernah built masa kecik dulu... hehehee



Tempat tunggu train .

Train akan bawak kita pusing pusing theme park sambil explain aapa yg ada dsebelah kiri dan kanan kita.

Lepaas settle naik train, kami pergi tempat dimana dorang bina replika bangunan dengan lego... kagum... nmpk real.




Sangat detail. Mcm mana la nak buat dengan lego kecik kecik tu. Aku buat pistol dr lego boleh la. Tp lego yg besar.


Cantik


Great Wall China


Taj Mahal








Happy Faces!!

Banyak lagi gambar sebenarnya. Kalau nak upload semuanya, menyampah pulak org nak tengok kan. Ehhehe

Then, kami tengok movie star wars lego. Ala.. 5 min je pon.


Lepastu kami naik roller coaster legooo!! Mula mula nmapk cool je. Dalam hati bestnya sebab mcm relax je roller coaster ni. 

Lepas naik.. mak aih! Gugur jantung jap. Scary jugak bagi org penakut mcm aku ni.

Adik aku siap naik 2 round lagi sebab tak puas.

Lepas settle ronda2 theme park, singgah kedai legoland. Konon konon nak beli fridge magnet. Tp mahal sangat untuk seketui FM yang kecik. So, tak yah la beli.

Jom balik! 

Tp No no no... kita pergi...

JPO dulu.
Johor premium outlet. 
25 min dr legoland.

Kami sampai JPO pon dah mlm. Masing masing dah penat. Maka gmbar di JPO tak ada sangat.

Settle soping, semua muka seposen sebab penat jalan. Jom la balik. Sebelum tu jom dinner dulu.


Kami dinner di area homestay je. Pusing pusing, jumpa kedai ni... boleh la try.

Not bàd jugak. Sedap la jugak.


Muka gembira jumpa makanan


Dah makan kenyang suka hati. Balik. Tunggu turn bilik air sampai tertido2. Aku punya turn dapat kui 12 pagi! Huhu.. nak tak nak kena mandi jugak. Badan dah gatal semacam ni. 

Lepas mandi semua, masih belum boleh tidur... kena mendobi dulu... senang nnti balik KL takyah nak sibuk2 basuh baju.



Aku siap bawak bekal kopok smbil tunggu baju siap. Nasib baik kedai makan sebelah je. Order teh ais 1!! Hahhahaa..

Skang ni aku still kt dobi. Jam pukul 1.51 pg. Tunggu baju x siap2.. nasib baik ada wifi free lagi laju, maka aku sempat update entry legoland ni sampai habis.

Enjoy! 

Zzzzzz... ngantuknya. Bila la mesin ni nak settle kering. 

Zzzzzz..

Thursday, May 26, 2016

Trip Bajet Aceh Last Day

Last day no Activity loh kita. pagi-pagi dah kena bangun, sebab flight pukul 9 pagi tu beb, awal bak hang. hehehe

ok kol 6 dah breakfast n siap-siap untuk ke airport













Alhamdulillah selamat mendarat. Yeah Rindu KL, Rindu mak ayah rindu masakan mak ku. hehehe




semoga Ukhwah yang terbina ni akan sampai bila-bila. best kot dapat kenalan baru. hehehee




Trip Bajet Aceh Day 3

Aktiviti kita untuk hari ni apa ye???

1. Taman Puteri Gunungan 
2. Kubah Terbang
3. Shopping





ni lah di pangil gunungan tempat bermain bagi puteri. n u know what bangunan ni diperbuat daripada putih telur. ohhhhh my guccci

Makam Puteri




kata orang yang jaga tempat ni, Puteri Gunungan ni berasal dari Malaysia. dan ada jalan rahsia yang dia boleh gunakan untuk sampai ke sni. wow terbaik beb. 



Next Destination Pleaseee... hehe Kubah Terbang

Why orang Aceh Panggil Kubah Terbang. ini di sebabkan Masa berlaku tsunami 2004. kubah ni di bawah arus dari Kampung sebelah sejauh 5km dah Ketinggan pada masa tu setinggi Pokok Kelapa. korang boleh bayangkn bertapa tinggi nya air masa tu. 

ok Nak Ke Kawasan Kubah Ni korang boleh jalan kaki or naik speda just bayar je buk. hehe for me i tumpang buk2 d sana aja dong. bayar je brpa yang ko asa nak bayar. best n syokkkk

kanak-kanak riang





penerangan dari penduduk di sini














Makan time. Perut dah berdondang sayang. kemana kita. ke Wong Solo





ok perut dah full. alhamdulillah. so kita balik hotel dulu sebab  orang laki mau pergi masjid solat jumaat. n kebanyakkan kedai di sini akan tutup awal untuk sembahyang jumaat. so kita kuar balik lpas solat lah ye buk-buk sekalian.

mod Kita jalan- jalan kota Aceh. 




Kalau Korang nak tau. Dekat Aceh ni banyak sungguh masjid. setiap berapa km korang akan jumpa masjid. so no reason lah untuk orang x g solat k. 


Shopping time....




kita minum ice kacang dulu yah. hahaha

ok mintak cuci mata k. so pandai-pandai lah korang tawar menawar. 4 me ada kedai yang mahal n ada yang murah. 




ok dah berjaya sambar 1 psg kain untuk raya. hehe










ok terjumpa qi indonesia tu wey. sama gila muka

ok Misi untuk today berjaya dengan jaya nya. Malam tu repeat lagi shopping kat area hotel. naseb lah cik nana dah beli siap-siap. malam just tinggal untuk jalan-jalan n mkan shaja

ok SELAMAT MALAM BANDAR ACEH