Cerita Kami: Percutian ke Lombok 2018 - abeltakeslombok Day 2

Saturday, February 3, 2018

Percutian ke Lombok 2018 - abeltakeslombok Day 2


Day 2

Seawal 5 pagi kami dah bangun uols. Sebab nak kejar semua tempat dlm tentative yg dah di susun. Semalam je dah rugi 1 hari, xdpt p mana2. Mata semua separuh buka/ sepet je. Hahaha
Sesi warming up. Haha
Jom makan dulu.

Tudung kami tak siap lg. Hantar laundry untuk iron, tour guide kami sampai pon, tudung tak siap lagi. Bila cakap dekat tour guide, sorry ye kami lambat sebab tudung laundy hantar lambat, tour guide cakap balik "biasa,perempuan". hahahaha

Whats on my plate? Selalu kalau breakfast kat hotel , 10 kali ai pusing, try all the food. X rugi bawak saya p buffet tau. Tp pagi ni, ni je sempat. Breakfast buffet dia agak menarik. Ada banyak variety of food. 
A cup of coffee. 
Sumber kekuatan ku. Hahahha.


Checkout Holiday Resort - 9am.
Sob sob sob. 
Hotel cantik, tak habis pusing, tp dah kena check out.


    Alamak, jauh nau si made ni tangkap gmbr. Rasa mcm syok sendiri lak jauh2 tu.


Ni tatau eka ke made yg snap ni. Terima je la nok


Made bawak kami sepanjang di Lombok.
Nak details dia, tinggalkan email, nnti I email uols no abg made, eka. Nnti apa2 deal dgn eka dulu.

Caption x leh blah kan. Bener juga apa yg dikatanya ya. Hahha

First stop kami adalah Rumah Pohon. Sampai je sana, hujan rintik2. Org pon dah ramai kat spot2 yg menarikk. Kami lepak dulu bawah pondok. Lepak punya lepak sebab semua spot ramai, hujan pon turun dgn lebatyaa 😑

Tp, hikmah di sebalil hujan lebat td, org yg ramai semua dah cabut, tinggal la kami je berkuasa di situ. Hahahh





Salah satu spot yg cantik kat rumah pohon. Banyak yg cantik2 , tp takkan nak upload semua kan. Simpan sikit.


Lepas separuh hari di Rumah Pohon, made bawak kami lunch di Rinjani Lodge. Cantikkk tempat dia. View nice sangat. Tp x tangkap gmbr sangat sebab rushing nak p ayaq terjun pulak

Eh

Jom p ayaq terjun.
Kami pergi air terjun tiu kelep & sendeng gila. Dari Rinjani Lodge td , jalan kaki je.

Untuk ke air terjun ni, made x ikut, tp tour guide lain yg bawak kami. Tak payaj bayar dah, sebab semua dah masuk dlm pakej #gitew

Masa ni hujan. Nasib baik mmg dah ready baju hujan dr Malaysia. Sebab kami dah jangka hujan time kat Lombok nnti

Sweet kan gambar ni. Holding hand with each other. Auuuch  😚😚😚


Jalan licin. So berhati2 ye uols. Pakai seliper je, takkan nak pakai kasut kan. 

Perjalanan ke air terjun pertama dlm 10-15 min je. X terasa pon. Kejap je, eh dah sampai.

Tp, perjalanan ke air terjun ke 2 tu, 
Masya Allah.... capek. Hahaha

Kena lak hujan, licin & air deras. Bahaya sikit tau. Sila berhati hati.

Tp bila sampai cantikknyaa 😍

Sampai jugak. 
Bila tanya Leo (tour guide untuk air terjun)
Berapa lama lagi smpai, dia akan ckp tak lama, sekitar 8 min.. lepas tu tanya lagi, bila nak sampai ni.... lagi 12 min mbak. Adoiii. Tatau nak ketawa ha ha ha atau nangis.

Alhamdulillah, berjaya! 
Nak turun balik tu pon separuh nyawa. Banyak nye tangggaaa. Sapa cipta tangga ni!! 

Tp tak rugi pergi, melihat keindahan ciptaan ilahi #gitew

Lepas settle je p air terjun, kami terus gerak ke Teluk Nara. Waktu tu agak ptg, tmbah ngan cuaca x berapa cun sgt. Risau gak. Tp made kata, biasa aja. So, tak jadi la nak risau . Hahaa. Kami amek speed boat untuk ke Gili Trawangan. Kami akan stay sana untuk 2 malam. Oh ya, speed boat pon termasuk pakej ye. Retun tau. Xyah pening2 nak cari atau pikir dah. 



Ada 3 jenis boat untuk ke Gili Trawangan
1. Public boat
2. Speed boat ( kami naik yg ni)
3. Fast boat

Untuk public boat, rasanya bukan naik dekat teluk nara. Macam kena naik dekat Bangsal kalau tak silap la (sila google) . Public boat murah sangat dah semestinya nama pon public, so akan naik ramai2 la.

Kami naik speed boat. Harga x pasti pulak, sebab dah masuk dalam pakej. So feeling *ongkaya* havehave la kejap kan. Haha

Sampai jeti dah nak maghrib, so terus ke hotel check in dulu

Memandangkan hotel kami terletak paling hujung, kami "ter" paksa menggunakan cidomo sebagai penggangkutan rasmi masa kat gili trawangan. Huhuhu

Jauh weh nak menapak tarik luggage p Ombak Sunset yg jauh di hujung sinun. Perjalanan naik kete kuda dalam 20- 30 min kot. Lebih kurang la. 

Dr jetty ke Ombak Sunset Hotel = Rp 150k

Sampai hotel, turun kete kuda, terus yeksaited nak tngkp gmbo. Haha. Sampai guard yg tolong check kete kuda, ada tak barang tertinggal -perempuan 😑

Kami menginap di Ombak Sunset Hotel untuk 2 malam di Gili

Sampai2 terus check & and dorg pon sediakan welcome drink & tuala basah.

Ingat kan bg marshmellow. Lol

Nape tenung air saya tu wak.




Check in je bilik, kami guna room servise je order makanan. Masing2 bateri dah out, kaki krem sebab p ayaq terjun td. Order & bersila makan dlm bilik je.  

The end day 2. 

Day 3 to be continue




3 comments:

  1. assalamualaikum...bole bg detail utk supir ke lombok tue x? email :only_mine87@yahoo.com.tq☺️

    ReplyDelete
  2. Cantiknya air terjun tu. Boleh mandi ke dekat air terjun tu sis?

    ReplyDelete