Cerita Kami: 2017

Friday, November 3, 2017



Hai hai hai.

Jom hiking. Manja2 jer.

Kami ambil kesempatan cuti awal muharram yg jatuh pada hari jumaat untuk beriadah bersama sama (fuh ayat..skema).

Kali ni kami lepak bukit gasing belakang rumah je. #lepaklakonon.

Belakang rumah? Meaning? 

Bukit gasing ni dekat je dgn rumah weols. Area pantai dalam, bangsar... mmg dekat sangat la. Starting point kami dekat pusat komuniti pantai hill park. Kami start dalam pukul 9. 

Masing masing muka suci di pagi hari. Sementara tunggu Faizah dr Ampang, selfie duluan.


Lets go. 

Cuaca yang sangat cantik.


Nampak tak budak kecik tu? 
Yeay.. Zacho pon join sekali. Happy je dia. 

Cak! Kakpiuh in da house.


Sapa kat bukit gasing tu manja2 je. Dia mmg hebat la. Untuk iols yg baru2 ni... boleh tahan jugak weh. 3 hari jugak la sakit kaki. Sila warming up ye sebelum naik

Jambatan gantung yang di cari2. Zacho sangat excited nak naik.. siap di jomkan auntie2 dia. Lepas dah lalu jambaatan ni, boleh pulak dia nak lalu lagi.  Menangis2 nak lalu lagi. Sibb baik dady dia ikut. ๐Ÿ˜….


Settle 1st track. 

Kami try track yg kedua, iaitu misi mencari sungai.

Yg ni ok sikit dr yg 1st tu. Kiranya ni mcm manja2 je. 


  Akhirnya, setelah tanya beberapa org, jumpa jugak dengai sungai ni. Ada seorg uncle ckp, ni bukan sungai. Tp, ada jugak budak2 mandi. Budak2 apa nak di kesahkan .

Misi utama adalah, makan nasi lemak! 
Hahahaha

Ko mampu?

Dah hilang beberapa kalori, lpas tu makan nasik lemak pulak kan. Sia2 je... tsk tsk



                        Ni la sungai yg di cari2 tu.


Masa nak balik, kami ikut jalan lain. Waduh2. Bayangkan dengan kenyang nasik lemak!.

Mmg mencabar. Balik kami tersilap pintu keluar. Nasib baik jumpa uncle2 otai bukit gasing.

Chinese girl 2 org tu sesat jugak. Uncle2 ni tolong kitaorg sampai dekat pantai hill park punya exit. Thanks uncle. Next time kita ju.pa lagi..

Lepas turun je dr bukit gasing, kitaorg tambah lemak lg. Pekena teh ais. Lepas tu, balik rumah, Zzzz tdoq.

Ok lah. Tak reti nak cerita dah. Mood nak memgarang ayat takde. Babai

Saturday, August 12, 2017

After work


Assalamualaikum

Kali ni kak piuh spend time after work. Semuanya adalah kerana Bingsoo. 

Bingsoo atau kami panggil ABC Korea. Tak dapat p korea, makan ABC dia pon boley la.

So, we decided to meet after work. After solat maghrib we meet up at Avenue K, KLCC. Sebelum pekena Bingsoo, isi perut dulu.

Kami lepak di Ah Cheng Laksa. Dekat Avenue K jugak.

Masa order semua nak. End up, kekenyangan sampai tak boleh masuk dah.

Kami order asam laksa, mee kari, nasik lemak rendang ayam & pan mee. Belum termasuk side dish, kopok lekor & cucur udang.

Konsep kitaorg makan, sharing is caring. Setiap org kena order lain dr yg lain, then kena test semua food. Hehe

Nasi Lemak ayam rendang dia sedap ๐Ÿ–’๐Ÿ–’.
Cukup semua rasa.



Eiiii budak comey ni. Geram sangat. Suka buat muka comel.

Lpas makan, kenyang, suka hati... maka misi Bingsoo di tetap di teruskan sebab itu tujuan utama perjumpaan kali ini.. ceh, perjumpaan ko.

Lupa nak snap gmbar kedai Bingsoo ni. Nama kedai dia Snow Ball.

Disebabkร n kami masih kekenyangan, maka order 2 je Bingsoo



Bingsoo Mango. Sedap sangat weh. Rasa fresh je. Tak cukup untuk dikongsi. Lpas ni kena order sorg satu walaupon masih kekenyangan.

Bingsoo Oreo. Ok lah, tp x se'umppph' manggo

Ok , next adalah upacara wajib setiap "perjumpaan". Selfie, wefie, swafoto, semuaaa laa.

Alia & Faizah


Nana & Pjote 

 Kebetulan jumpa, weols celebrate bday Mummy Faizah sekali.  Bday dia masa hari raya hr tu. HAPPY BIRTHDAY FAIZAH.. 

Sesi bergambar dgn kek tak banyak sebab zacho sangat teruja dgn kek comei itu..


Borak punya borak, sambil tangan ceduk Bingoo. Walaupon kekenyangan pada awalnya, Bingsoo ttp boleh dihabiskan. 




Sekian dari kakpiuh sekalian. Jumpa lagiiii

Wednesday, July 12, 2017

Shell Out Desa Pandan



Happy wesak day!

Halo halo!! rasanya macam dah lama sangat geng kak piuh x update blog kan. alahai sedih lak. hahaha rilex wat peace. 

Kak piuh ambil kesempatan public holiday ni untuk berjumpa jalan jalan cari makan sambil bergossip. Last jumpa bulan 2 hr tu. 3 bulan jugak la tak jumpa. Tahun ni kak piuh x berkesempatan lagi nak travel sama sama. Semua full schedule. Bz nooo masing masing.

Bila sesekali berjumpa, kami akan cuba try new food. For this time nak try shell out. Banyak kedai shellout kat luar sana. So, pilihlah yang berkenan di hati.

Kami pilih shell out di G Village desa pandan. Mula2 ingat nak reserve meja takut full, yelah, public holiday kan. Tp takut x sure pulak sampai kui berapa. So redah je la nok.


Tarraa...kami pilih combo B. Tambah nasi 2 lagi & food tuk baby zacho



Nampak sikit. Alhamdulillah cukup tuk kami ber 4

Ada gak sos2 tambahan.. tapi kami x guna pon.


Ada 3 pilihan kepedasan. 
1. Biasa je
2. Mild
3. OMG - ada cili potong

Kami try mild je la.. so tahap kepedasan under control. Hahaha.Lepas tu request extra cili OMG. Mmg OMG la kalau tergigit cili potong tu. Haha

Alhamdulillah, licin


Next : desert - Baskin Robin



alahai akk geram sangat ngan si zacho ni. comey sangat. x sabar untuk next plan utk geng kak piuh. so korang kena follow kami lah. sambil-sambil tu boleh cuci mata sekali kan. hahaha jahat nya. 

jumpa next entry

Friday, March 3, 2017

Suki-Ya Pavillion - Another bday celebration


Hi semua!

Kakpiuh in the house!

Lama betul kak piuh2 sekalian tak berjumpa. Kalau tak silap masa birthday Nana bulan 9 last year. Lama tu.



Tahun ni, last Kak Piuhs akan menyambut bday untuk 2 series. Tahun depan 3 series . Huyooo... kejap je masa berlalu.

Rasa mcm baru je habis sekolah. Baru je habis SPM.


    Akhirnya, rabu lepas dapat jugak kami jumpa. Lpas kerja kami gerak p pavillion. At first nak p Tony Romas . Tetiba rasa nak makan steamboat pulak , moh la kita ke Suki-Ya.

Walaupun hari biasa, kami still kena beratur untuk meja.



Sebelum ni kami pernah makan kat BBQ town MV. Konsep daging free flow dia sama je mcm Suki Ya ni. Cuma bezanya sukiYa xda grill. Tapi Bbq Town boleh grill.

Ada 2jenis sup. Kami pilih kimchi soup.. satu lagi lupa pulak nama dia

Lamb. Nyum nyum

Sushi pon ada.

Faizah & Nana

Alia & pjote

Green Tea ice cream


Kak piuh in the house.


Cak




Makan makan sembang sembang, rasa kejap je. Tak habis sembang dah kena balik.. 

Nanti kita jumpa lagi ye uols.

Amber Chinese Restaurant - Birthday celebration.

Assalamualaikum.

Lama tak menulis. Last update, bercuti di Hatyai Dec last year. Lama tunggu story Bali & Langkawi Nana update. Semua BZ. Akhir tahun, awal tahun memang bz je.

Alhamdulillah, diberi peluang bernafas di muka bumi ini.

Happy Birthday to me. ๐Ÿ˜˜

Kebetulan pulak, birthday sama dgn jiran. Apa lagi.. moh la kita celebrate sama sama.

27 Feb, bday aku & kak Intan. Esoknya 28Feb, birthday Wanie pulak.

Setiap tahun kitaorg plan nak celebrate sesama, tp tak pernah jadi. Tapi tahun ni, akhirnya dapat jugak.

Kami pilih Amber chinese restaurant , Nexus Bangsar


Kami order ala carte je. 
Mee tarik pelbagai rasa..



Chinese tea ke namanya?


Ajak jugak Kak Julie join kitaorg. Lagi ramai, lagi best..


Wanie & Kak Intan.



Birthday girl. Happy Birthday to us !

Dinner kami ditaja malam tu. Thanks wanie... murah rezeki. 

Tahun depan kita celebrate lg ye.