Cerita Kami: November 2014

Thursday, November 27, 2014

CAMERON HIGHLAND - PART 3

Assalamualaikum

Cerita Cameron part 3 ni agak lambat nak update. Lepas balik dari cameron sangat busy. So tak ada masa nak curi curi update. So, entry ini adalah hari terkahir kami di cameron highand.

Cuaca sangat cantik waktu kami nak balik. Tak hujan langsung. Panas sepanjang hari. Senang nak soping dekat Kea Farm. 



gambar kami di beranda hotel sebelum check out . Belakang kami ni hotel titiwangsa


Ok. belakang ni, Parkland Apartment


Bye bye Iris Hotel.

Kami check out awal. Letak barang dlm kereta, breakfast, dalam 10 pagi, kami check out. Misi hari ini adalah cactus point dan kea farm.


Cactus Point


Rambang mata betui nak pilih cactus.






So kami pilih yang buy 5 free 1 RM10. Oklah buat kenangan.

Lepas puas pilih cactus, kami pergi Kea Farm! Yeay soping time!
Dekat Kea Farm tak ada tangkap gmbr pon sebab semua busy soping. Borong jagung banyak. sampai penuh tangan ni tak tebawak. Ingat nak letak dalam kereta and soping barang for second round tapi.........

Kereta kena saman !

What!

Saman? Hari Ahad?

so mood second round soping terus padam. Dinasihatkan kalau nak soping dekat kea farm, jangan park tepi jalan ye. Nanti kena saman macam kami. 

Untuk mengubat hati , kami pergi makan ice cream strawberi lagi!!

nyum nyum .

Kami pergi Raju Farm lagi. (sayangsangatdenganuncleraju)


Muka gembira lepas dapat makan ice cream. 

Lepas makan icecream baru  balik. Nanti sampai rumah tak adalah teringat ingat.

Alhamdulillah kami selamat pergi dan pulang.

Lepas ni pergi mana pulak ye? 

Da...

Monday, November 24, 2014

p-jote brother wedding

Assalamualaikum n selamat soreh

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang
Diatas pelamin sama bersatu

berpantun pulak kita. apa-apa pun kami geng kak piuh nak ucapkan selamat pengantin baru. semoga perkahwinan ini akan kekal sampai ke jannah. aamin. 

wedding ni di adakan pada hari ahad 23hb Nov 2014
dekat Dewan Komuniti Pantai Hillpark
dewan yang agak selesa, ada aircond. so bagi siapa-siapa yang tengah duk pikir nak buat majlis perkahwinan kat mana , so kita org boleh suggest kan korg cuba dekat sni. parking pun ok. semua lah ok. 
nak di panjangkan cerita. ak and alia dah datang pagi tu untuk settle kan kerja yang patut di siap kan. apa lagi kalau bukan tin bunga. pukul 9.30 kami dah de dekat dewan komuniti nie. siap kan apa-apa yang patut. settle kerja balik rumah siap2 untuk pergi kenduri.. second round.. hehe makan pun second round gak. sorry gambar makanan x sempat nak snap. sebab ke kurangan masa di sana. so cik nana nak belanja korang gambar sekitar majlis perkahwinan nie berlansung

memori bersama pengantin

peach color


geng kak piuh... that guy sila abaikan.. itu husband faizah.. 




faizah, alia , nana



sesi berkaraoke- pilih lagu yahhh ibu-ibu

para penontonnnn bapak-bapak ibu-ibu semua nya


ala sweet2 gitu.. faizah n yahya






Tin Bunga-today Diy


TIN BUNGA

Assalamualaikum

Ok hari ini nak ajar awak2 semua buat tin bunga.. senang n mudah. bahan-bahan pun tak banyak..

tin susu yang telah di cat warna putih

Pisau untuk potong kertas

reben color gold (depend pada color yang korang rasa ok)

kertas pembalut color gold (boleh pilih apa-apa jenis kertas)

 double tape untuk di lekatkan pada kertas dan tin susu

gunting digunakan untuk memotong reben

ini adalah hasilnya- Tin Bunga

sentuhan yang terakhir sudah semestinya fresh flower- kami  pilih rose merah n peach

cara nak membuat tin susu kepada tin bunga

1) korang kena ada tin susu. korang buang kertas-kertas yang ada kat tin susu tu. lepas tu cat dengan warna yang korang suka. or korang boleh spray je. kalau nak kerja senang lah. saya gunakan cat minyak.

2) settle mengecat so korang semua boleh lah ambik kertas pembalut untuk korang potong n buat ikut kreativiti korang kat luar sana. dah siap potong kertas tu. korang lekatkan hujung kertas tu dengan double tape. n korang lekat kat tin susu yang telah di cat tu.

3) untuk langkah ketiga pula, korang potong reben ikut panjang yang korang suka. mana tau korang nak buat kelainan sikit ke. so depend pada korang nye creatif lah. saya suka benda yang simple.. lepas potong reben semua korang lilit dekat atas pembalut kertas yang kita dah lekatkan tu. senang kan?

4) korang kemas kan lah tin susu tu. kasi lagi cantik2. mana yang x ok korang betul kan. diy awal nie senang je. x perlu kan masa yang lama untuk siap kan dia

5) sentuhan terakhir adalah bunga. bunga korang dapatkan kat mana-mana tempat kedai bunga. saya beli dekat petaling street. kat sana ada pelbagai jenis bunga. tinggal pilih je..harga kat sana pun agak murah sikit dari tempat lain. saya gunakan bunga ros. sebab rose kan cantik. 

40 tin siap di gunakan- thank you Cik Pijot untuk tempahan

bersama tin n flower2 ku

ini geng saya-cik alia (without u x siap lah kita punya tin nie)

geng kak piuh- opss quota x cukup.. faizah tiada di hari kejadian

Thursday, November 13, 2014

CAMERON HIGHLAND - PART 2


Good Morning!

Misi kami untuk hari kedua adalah mencari ice cream strawberry dan ladang teh boh.

So, kami bangun dan bersiap agak awal sebab kalau lambat, tempat2 tarikan ni mesti ramai orang. Tambah tambah weekend kan.



Lepas semua siap, kami turun breakfast dalam pukul 9. Untuk hari sabtu, breakfast kat hotel ni tak ada buffet. Cuma ada nasi lemak dan roti bakar je. Itu pon, dia akan hidangkan . Kalau 4 org, 4 nasik lemak la. So, tak ada pembaziran kat sini. Mungkin sebab sabtu jarang ada guest ramai. Selalunya ahad ramai guest. 



Kami mulakan day 2 dengan melawat lavender garden. Lavender la sangat kan. Entry masuk untuk dewasa RM5 dan kanak kanak RM3 sahaja. 


Kat sini ada pelbagai jenis bunga. Colorful and sangat cantik. So apa lagi, camera sana sini la posisinya. Hehehe :)






Bunga ni tak silap boleh petik. RM5 sekuntum kot. Kami just pose sana sini je. Tak beli apa pon kat sini. 

Our next destination is Boh Plantation Sg Palas. 


Masa dalam perjalanan ke Boh Plantation ni cuaca cantik, cuma agak gerimis. Dinasihatkan supaya org yang mahir je drive masa datang sini sebab jalan yang sempit, sometimes muat satu kereta je. 


Sampai je kami di ladang teh boh ni, hujan pon turun agak manja. tak lebat sangat, tak renyai sangat. So no choice, berpayunglah kita.


Kami park kereta kat bawah dan jalan kaki untuk sampai ke restaurant dan kilang pemprosesan teh (tatau nama)


Dekat kilang ni, ada ditunjukkan proses pembuatan teh. Dari daun hingga jdi serbuk teh



antara mesin mesin yang digunakan




Selepas meredah hujan, haruslah makan dulu.


Kami order cheese cake, chocolate melt and scones. 


Caramel tea

Makan dan minum sambil fefelling sikit. hahha





bergambar wajib walaupon berpayung. Prop namanya.





Puas hati dapat sampai sini. Berbaloi la kami punya debaran masa nak naik ke sini. Pemandangan dia memang cantik. 

Dah puas tangkap gambar dan dah kenyang, misi seterusnya adalah ice cream strawberry!.

Perjalanan pulang agak scary since dah banyak kereta masuk dan jalan kecik dan berlecak. 


Ni la rupa kak zaza lepas turun dari Boh Plantation.

Kami choose Raju farm untuk ice cream strawberry!
Location dia senang je, dekat dengan kea farm. Nampak sign board besar, naik atas bukit sikit. je.

Walaupon dah kenyang dengan kek dan scones masa dekat ladang teh boh, kami still order ice cream and waffle. Bukan selalu kan .. :)



makan lagi.

....Nyum nyum...

Chocolate & Strawberry Ice cream. Sangat sedapppp ;) 


Waffle. 

still terasa kesegaran and kesedapan dia. (poyo disitu).

Disebabkan kami agak kekenyangan makan dessert je sepanjang hari, so no lunch. Kitaorg singgah kea farm beli jagung bakar, keledek, cendawan goreng untuk nguyah2 dalam hotel nanti.

Kami memang tak singgah banyak tempat sebab misi kami dah tercapai. Haha. Lagi pon most of the place lebih kurang je. Konsep bercuti kali ni, berehat dan santai santai. ;)

Then dalam pukul 3 dah balik hotel. Kat hotel apa lagi, cuaca sejuk, semua layann mata je la. 

Untuk dinner malam ke 2, kami memang plan nak pergi pasar malam. Kalau datang cameron, wajib datang pasar malam dia . Yang aku perasan, pasar malam kali ni, lokasi dia tak macam dulu. Kalau dulu dorg bukak kedai dekat jalan je. Tapi kali ni ada tempat khas untuk peniaga pasar mlm sahaja. So , tak mengganggu kereta lalu lalang. 



Dr hotel kami jalan kaki je ke pasar malam. semput jugak lah. haha. Just beli dinner je. Sebab nak soping dekat Kea Farm esok!! 

Untuk hari ke 2 ni, boleh dikatakan sepanjang hari hujan, gerimis. Alhamdulillah, perjalanan hari ke 2 lancarr.