Cerita Kami: October 2014

Monday, October 27, 2014

Burger Byte

assalamualaikum

hari ni nak cerita mengenai burge byte..siapa pernah try burger byte? tentu semua dah pernah rasa kan. ok kalau cik penulis nak bagi bintang, cik penulis nak bagi 8 dari 10..so siapa-siapa yang x pernh try buger byte di persilakan. 

dekat kedai ini terdapat pelbai jenis burger yang korang semua boleh pilih. so kami bertiga pilih burger yang dorang suggestkan. apa nama burger tu. cik penulis dah lupa lah. so korang boleh buka website burger byte http://www.burgerbyte.my/ . selamat mencuba










RESEPI - Roti Canai

Assalamualaikum

Entry kali ni, nak share resepi Roti Canai. Saya pon google resepi ni. Tapi tak ingat ambil dari blog mana (ampun). Saya paste resepi disini sebagai rujukan saya pada masa akan datang (Eh. ayat terskema)

Bahan-bahan (13 biji)
3 cawan tepung gandum
3/4 cawan air (saya guna air sejuk- untuk membuatkan tepung rangup. mmg rangup pon)
1 sudu besar marjerin
Garam secukup rasa ( saya letak 1 sudu )
1 sudu minyak masak (saya guna minyak mazola)
2 sudu besar susu pekat

Cara cara 
1. Air + Garam + susu pekat = Bahan A
2. Campurkan bahan A dengan tepung sedikit demi sedikit
3. Masukkan marjerin
4. Masukkan minyak masak.
5. Uli doh sehingga sebati/ lembut (tidak melekit dijari). Rehatkan doh 30 min. Tutup dgn kain basah.
6. Bentukkan adunan kepada bulatan kecil dan salutkan dengan marjerin.
7. Rendam doh dalam minyak (seelok2nya semalaman).- saya rendam 5 jam sebab nak buat minum petang.
8. Goreng.



doh yang siap disalut dgn marjerin dan direndam minyak



talam takda. penutup periuk pon boleh :)



aksi2 tebaran yang tidak menjadi



ni roti canai versi petak. segi empat senget benget namanya.



Hujan petang ni. Makan panas2 dengan kari daging dengan kentang. Sungguh Nyum nyum .

Resepi saya saya gunakan ni, memang tuk membuatkan roti canai rangup. Hasilnya memang rangup (macam keras sikit). tak lembut dan gebu. Mungkin untuk dapatkan roti canai yang lembut dan gebu, boleh cuba resepi lain.

Nway, I proud of my self. hahaha. (barubuatroticanaidahnakbangga) 

:)


Makan Makan @ Chilis Mid Valley

Assalamualaikum. 

Kali ni nak cerita pasal makan makan lagi. Lokasi yang kami pilih adalah Chilis Mid Valley. Kalau waktu dinner better pergi awal kalau taknak tunggu dekat luar beratur. Kami pon kena beratur = (
nasib baik tak lama. Kalau prgi dekat Bangsar Shopping Centre, kat situ tak seramai Mid. 

Jom layan apa menu yg kami order. Nama tak ingat, sebab setiap kali order,tunjuk2 je. hahaha











muka orang kenyang


.

cik nana ada. tapi dia malu, he he. Total harga makanan yang kami order ni dalam RM100++ je. 
We enjoy our food. :)

Royale Bintang Hotel - BBQ Dinner

Assalamualaikum. 

Kali ni kami dinner di Royale Bintang Hotel di Bukit Bintang. Cik Nana adalah orang yang bertanggungjawab tuk booking segalanya2. Kami dapat harga murah. Kalau tak sila seorang RM45 . Ni harga dekat groupon.






Restaurant ni betul2 tepi kolam. Pilihan makanan pon not bad. Bawah ni adalah sebahangian dari menu yang kami cuba. ada lagi, cuma tak ter snap gambar sebab sibuk nak makan. 


Dessert. Cute kan. Kitaorg ambil semua... SEMUA. sebab cute je. haha


char kuewtiaw pon ada

salad

sotong kangkung

satay


ni je pinggan BBQ yang sempat snap. yang lain dah masuk perut dulu.. hehe

ada lamb, ayam, sotong, ikan, hotdong.

and bahagian mee on aada. 
tidak dilupakan ice kacang 















 kenyang perut suka hati




Sunday, October 26, 2014

CHEESE TART

Bahan-bahannya

PASTRY

165 gm Marjerin / Butter
85 gm Gula Kastor
½ biji telur
250 gm Tepung Gandum
½ tsp Esen vanila

Cara Membuat

1)               Masukkan gula, mentega & esen vanila dan putar hingga kembang.
2)               Masukkan telur dan putar hingga kembang.
3)               Masukkan tepung gandum & gaulkan dengan tangan.
4)               Tekan doh dalam bekas Tart.
5)               Bakar doh tersebut selama 10 minit (170’c – 180’c).


CREAM CHEESE

450 gm Cream Cheese
95 gm Gula Kastor
2 ½ biji telur (Kuning Sahaja)
200 ml Whipping Cream
Esen Vanila
Esen Lemon

Cara membuat

1)               Masukkan cream cheese, gula kastor, vanilla & lemon esen dan putar hingga kembang.
2)               Masukkan kuning telur & whipping cream & kacau hingga sebati.
3)               Setelah sebati masukkan cream tersebut di dalam doh yg telah di bakar tadi.
4)               Bakar hingga kekuningan.
5)               Sedia utk di makan.

cheese tart (siap di makan)



Thursday, October 23, 2014

FRASER HILL



halo-halo. apa khabar warga blogger. ok hari ni cik nana nak cerita mengenai Fraser Hill. actually kita orang dah lama pergi Fraser Hill ni, tapi busy dengan kerja semua hari ni baru nak post. 

korang semua sedia maklum, fraser Hill ni tempat dia sejuk, atas bukit smua kan. ye betul tekaan korang. nak naik ke bukit Fraser nie dekat 1 jam kot. tersangat lah penat. jalan dia xyah cerita lah. ular pun lari kot. hehehe. ok lupa satu benda pulak. apa kita orang buat kat sini kan? ok kitaorg buat reunion budak-budak MGSKL batch 2005. and our master plan for this reunion is our Captain "Siti Aishah". untuk bajet kali ni x besar mana, sebab ramai yang pergi kan. so sorang kena bayar around rm200 include, transportation, penginapan, n makan. jimat kan. ok dekat Fraser Hill kami tinggal dekat SilverPark, tempat dia agak memuaskan, lengkap dengan dapur, peti ais semua,bilik tidur ada 3 bilik smua sekali dan 2 bilik air. kalau siapa-siapa yang berminat nak pergi ke Fraser Hill korang semua boleh lah pergi di Silverpark. 

our Captain







SILVERPARK


menu dipetang hari















untuk second day, aktiviti yang kami akan buat adalah air terjun dan bbq pada waktu malam.. kami bertolak ke air terjun dalam pukul 10 pagi. sementara menunggu masing-masing bersiap kami ambik keputusan untuk pusing sekitar Fraser Hill dengan kereta. mai cik penulis belanja gambar untuk korang-korang semua.








aktiviti memanah jugak di sediakan .. 



selesai misi mengelilingi Fraser Hill. sekarang masa untuk ke air terjun. untuk pergi air terjun nie kita org kena berjalan smapai ke bawah. sebab ada tanah runtuh. agak jauh jugak perjalanan nak ke air terjun, so kita orang punya driver terpaksa patah balik bawak kereta untuk turun ke bawah. nasib baik selamat. 















selesai bermandi manda, kami siap-siap untuk aktiviti yang lain pulak, memanah, naik kuda dan sebagainya. nampak cam menarik je. smapai-smpai je sana aktiviti yang 1st kena buat bergambar lah. harus sangat2.












untuk aktiviti malam kami buat bbq pulak. 




















settle aktiviti untuk hari kedua

last day kat fraser hill kita orang naik basikal pusing-pusing 1 town. kecik je. pusing-pusing tempat yang sama. naik basikal pagi-pagi adalah saya menyeronokan.sebab dapat  hirup udara segar. so kalau yang rasa nak ke Fraser Hill boleh cuba naik basikal.

aktiviti berbasikal. basikal korang boleh sewa di Silverpark

















warung yang terdapat di Fraser Hill

black & white (misteri 5 saudara) heehehe

aktiviti di pagi hari. berbasikal dan bernasi lemak(sihat & sihat)


we r here