Cerita Kami: April 2018

Tuesday, April 3, 2018

ULEK BEACH RESORT- REVIEW


Selamat pagi warga blog. today saja nak review mengenai salah satu resort yang sis pernah stay dekat terengganu. ULEK BEACH RESORT. 

For sis Resort ni ok sangat!!!
dekat dengan pantai, makan pun senang nak cari. kalau dah pergi terengganu tak akan x makan kopok lekor kan. so time ni sis makan memang x ingat dunia lah. 

Ok dekat resort ni sis ambik room yang de 2 single bed. satu untuk sis satu untuk kawan sis. kita orang pergi terengganu atas urusan kerja. so alang-alang cuti sekali lah. x ke nikmat tu. 😃 Harga kalau korang nak tau lagi detail boleh pergi Website yang ada menyediakan bilik. or korang boleh je pergi sendiri dekat  Website Resort ni :- www.ulekbeachresort.com.my

Facilities 
- Wifi - 
- Hot Shower -
- Swimming Pool -
- BBQ Facilities -
- Bath Tub -
- Breakfast - 
- Room Services -
- Two Single Bed -

ok Jom tengok Sekitar Resort. 

gambar dari en Google (Cantik x?)
 
 view depan resort

Misi mencari bilik. last2 belakang jugak sis n kawan sis duduk.




 cantik kan view malam 

MU 08




ok ni pakej yang korang boleh ambik sepanjang korang duduk dekat resort ni. mana tau ada yang nak buat skuba ke snorkeling ke tengok turtle ke. ok apa. aktiviti dengan family.



 nah sis bagi brochure untuk korang tengok. hehehe .

next review korang TUNGGU ok. nanti sis update lagi. hahah bye


Monday, April 2, 2018

Cherating short vacay

Cherating??? Yezza.. ok post kali ni nak citer pasal cherating pulak.. kalo sebut pasal cherating..mesti ramai fikir pasal pantai kan..sebenarnye, aku pon tak plan nk g cherating ni..tapi sebab memang nk bawak mak aku bercuti, so aku decide cherating la..boleh santai2 gittew..

Aku gerak dari kl pukul 12..perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam.. so, sampai sana dalam pukul 4pm.. By the way, kitorang stay kat legend hotel..

Tadaaa..inilah bilik kami
         
View dari bilik

Dah check in, lepak2 jap, luruskan kaki sbb dah 4 jam drive dari kl kan..lepas ni nak keluar jalan2 lagi..

Pantai teluk Mak Nik

Lokasi pertama kami di Pantai mak nik..Pantai ni lebih kurang dalam 15 minit dari hotel kami. Kalau dah datang ke cherating ni, mesti singgah ke sini.. pantai ni sesuai utk beriadah petang2 dgn family..

Angin tepi laut

Taman permainan pun ade

Peace..

Seronok kat pantai mak nik ni..macam2 aktiviti ada..boleh main layang2, ada atv utk budak2..ada taman permainan..pendek kata semua ada kat sini..

Makan malam @ D'cherating

Di restoran ni banyak pilihan makanan. Ada seafood, nasi lemak dan goreng2..

Credit: google

Lauk pilihan

Untuk makan malam, kitorang makan siakap tiga rasa,sotong goreng tepung, kailan ikan masin, telur dadar, nasi putih 3,air tembikai 3. Total semua RM 64.. Bagi aku murah la sebab ikan siakap tu agak besar.. memang terlebih kenyang malam tu.. Oh ya, btw restoran D'cherating ni terletak betul2 opposite hotel the legend..dah kenyang terus balik hotel untuk berehat..esok nak mandi pool pulak..

Hari kedua

Hari ni dah janji dengan sumayyah nak mandi pool..pagi2 lagi dia dah bangun ajak turun swimming pool.. sebelum tu kitorang breakfast dulu, tp makan pon tak tenang sebab si kecik ni dah tak sabar nak mandi.


Swimming pool

Ambik mood jap..

Mak ngah pon terjebak main air

Lepas da puas mandi pool..kitorang pergi pantai pulak main pasir.. tapi kat pantai ni tak boleh mandi..masa tu air pasang..so,kitorang main kat tepi2 je la..pantai ni kat belakang swimming pool je..jalan sikit dah sampai..

Sumayyah dengan nenek

Hai

Santuari penyu

Kalau dah sampai Cherating ni jangan lupa singgah Santuari penyu.. Boleh la tengok penyu live depan mata..


Replika penyu pun ada

It's all about penyu

Masuk sini free je..tak kena bayaran pon..Banyak benda pasal penyu boleh belajar kat sini. Sumayyah pon seronok 1st time dapat tengok penyu live.. 

Keropok lekor dan satar

Datang sini wajib beli keropok lekor dan satar bawak balik kl.. boleh la buat ole ole untuk kawan-kawan.. aku beli kat kedai cap delima..kat sini boleh makan terus keropok dan satar..makan panas2 memang terbaik la..

Keropok fresh dari kedai

View depan kedai
Credit : google

Dah selesai shopping keropok, marilah kita pulang ke KL.. walaupun short vacay 2h1m tapi aku sangat happy sebab dapat spend time dgn mak n sumayyah.. InsyaAllah, kalau ada rezeki, next time boleh repeat lagi.. 

Bye Cherating.. See u again