Cerita Kami: February 2018

Saturday, February 17, 2018

Percutian ke Lombok 2018 - abeltakeslombok - OUR BUDGET


Assalamualaikum

Sedikit perkongsian Budget kami sepanjang di Lombok

Untuk makluman awal, percutian kali ni bukan percutian budget. Lebih kepada kepuasan bercuti dan reward penat bekerja serta more to have fun. Lol.

Bila orang tanya berapa keseluruhan budet percutian ni, I tak boleh nak cakap lebih, sebab nanti ada je , "eh, mahalnya". "si bla bla tu pergi bawak RM10 je "-_-

Ok jom tengok budget kami per pax


BIL
EXPENSES
COST - RM
DETAIL
1
FLIGHT TICKET
438
Kami beli time promo ni. Harga termasuk meals in flight, baggage pergi 25k dan balik 30kg 
2
HOTEL
540
1 malam di HOLIDAY RESORT SENGGIGI, 1 malam di OMBAK SUNSET GILI TRAWANGAN
3
TOUR
325
 All include except Hotel dan Food                                                                                                pakej include transport, trip, private car, all ticket and entrance fees, local guide, village and waterfall, private speedboat return Gili Trawangan,  snorkeling 3 Gilis join by group, parking and airport transfer - sapa nak contact Eka, do drop your Email. Nak Senang, p je IG dia  ekasenggigi                   
4
T-SHIRT
38
Customade
5
TUDUNG
15

6
RAINCOAT
5.9
Daiso. Kalau tak beli pon tak apa. kami beli standby je sebab mmg  musim hujan
7
CIDOMO
80
 Total untuk 4 orang adalah 1,100,00.00. So, Sorang 275K. Seperti aku cerita awal awal post, kami terpaksa menggunakan kereta kuda  sepanjang di Gili sebab kami princess hotel kami terletak nun disana.
8
MAKAN
150
Bab makan lupa nak record, berapa total cost sebenarnya. Ni hanya anggaran I. Breakfast kat hotel je. Cuma dinner dan lunch je kami spend untuk food.                                                     
9
BAGGAGE
152.5
Opss terlupa pulak kami ada tambahan baggage pergi dan balik. Kami memang tak tahu nak agak berapa baggage yang patut dibeli. Bila nak check in baru tersedar yang kami terlebih muatan. Makanya terpaksa beli extra 15kg baggage dekat airport which is cost us RM115. Bila balik kami beli siap siap tambahan melalui online. Tapi lupa la berapa RM. ni anggaran je ye.RM150 kot, murah sikit sebab beli online.
TOTAL
RM 1744.4

Alaaaa, lupa nak , masukkan cost parking dekat Putrajaya Central dan ERL
Parking : RM24 - 4days x RM6
ERL      : RM18.80  - return from Putrajaya Central to KLIA 2. Sehala RM9.60

TOTAL SEBENAR : RM1,787.20


Ini lah anggaran kasar kami seorang sepanjang di Lombok. Duit shopping tak include dalam budget, sebab tu rahsia. Hahaha.. macamlah orang nak tahu sangat kan.

Bagi sesiapa yang hendak bercuti ke Lombok, Enjoy ya. Ni cuma budget kami. Uols boleh lah adjust mana mana yang patut bersesuaian dengan budget masing masing,

Salam kasih sayang dari LOMBOK
A.B.E.L


Percutian ke Lombok 2018 - abeltakeslombok Day 4


Good Morning!

Akhirnya tiba la ke penghujung percutian kami berempat.

Pagi ni kami dah Janji dengan Eka untuk tiba di Jetty pukul 9pg. Disebabkan hari kedua hari tu kami lambat, so kali ni kami nak awal sikit la. (sikit je)

Pukul 730pg kami dah checkout dr bilik. Sob sob T_T

Pekerja hotel tanya, nak kereta kudanya jam berapa ? Kitaorg dengan confident , 830pg ya!



Settle checkout, acara tangkap gambar pon bermula. Mangsanya adalah pekerja hotel. Hahaa.. Tapi tak pe, sebab dorg memang sporting!

Setiap ceruk/spot cantik dia pulak suruh kita pose kat situ. Kami apa lagi, menerima dengan hati terbuka la.

Ni berlatar belakangkan swimming pool

Lobi

Settle sesi bergambar, kami terus breakfast sebab dah janji dengan kereta kuda jam 830.

830pg :  kereta kudanya sudah siap ye
abel : ooo jap eh. (hahhaha - perempuan .... biasa)
sambung makan.........

pekerja : kereta kudanya sudah sedia ya
abel : OK!
pergi toilet pulak, Lol

Akhirnya 850pg kami pon bergerak ke Jetty. Padahal janji dengan Eka pukul 9pg dah tunggu kat Jetty.

sebelum sampai Jetty, Eka dah pesan siap siap boat mana yang akan ambil kami.
Nasib baik masa sampai Jetty, boat belum sampai. Makanya, posing lagi la.

Di Jetty sementara tunggu boat untuk ke Senggigi

Kami turun di Terminal Teluk Nara, Made akan jemput kat sana.
Kami terus dibawa ke Villa Hantu. Salah satu tempat yang korang akan pergi kalau datang Lombok.
Kat sini tak lama, untuk tangkap gmbr je






ni pon dekat Villan Hantu. Cantik kan dinding dia. I suruh Leeya pose ala ala Vivy. #gitew

Masa yang ditunggu tunngu adalah

Shopping!

Made bawak kami ke Sasaku. Tempat famous la untuk shopping shopping ni.

Kalau ikut kan, hari pertama sampai kami nak p Sasaku ni. Tapi di sebabkan flight delay sampai malam, hari terakhir baru dapat menyinggah. Nasib baik jugak shopping last day. Cuba kalau first day tu dah shopping, mana nak angkut semua p pulau, lepas tu, sampai pulau dah miskin. Duit habis kat sini je.

Dekat sini, macam macam di jual. Dari kain songket sampai lah ke key chain. Semua in one store. Sediakan duit je. Sempat la jugak rembat kain songket beberapa helai.

Tshirt pon banyak. Pelbagai design. Cuma agak mahal sebab kain dia, good quality


Hasil mencandat di Sasaku.
Nanti dekat airport baru kita pikior macam mana nak simpan dalam beg.



Lepas shopping baru terasa lapar! kah kah kah
Jom makan AYAM TALIWANG! Lombok signature dish.
Kalau datang Lombok, kena makan Ayam Taliwang ni. Baru la complete percutian Lombok korang. Sebelum makan ni, kami was was jugak sebab kebanyakan blog experience dorg dapat ayam complete dengan kepala dan kaki sekali. Hahaha.
Kami risau jugak nak tanya Made, takut dia kecik hati. Huhuhu. Tapi dia cakap, dia paham. Orang Malaysia tak suka. So, dia akan bawak pergi kedai yg tak serve kepala & kaki ayam. Hahhaa.. Lega!
Ayam Taliwang ni, di hidang sekor seorang, sebab ayam dia kecik je. Ayam yang dibakar. Sos ada 2 jenis. 1 pedas, 1 lagi rasa macam kuah percik. Lepas tu, mcm biasa la ada side dish mcm tempe.

Lepas makan, kenyang, sukahati. Alhamdulillah
Kami sambung shopping snack2 dari Lombok di Anjani Oleh Oleh Khas Lombok


Ok, kenal kan. Ceh!

Yang hujung kiri tu la Eka. I deal dengan Eka la pasal trip ni. Senang sangat deal dengan Eka ni. Semuanya OK je. Info saja katanya. Untuk book trip dengan Eka ni, dia request deposit. Tapi, Eka ni boleh dipercayai ya. Ramai orang Malaysia, amek tour dengan dia. Bagi je date, nanti dia akan arrangekan tentative korang sepanjang di Lombok. Cakap je nak p mana, boleh aja.

Yang hujung belah kanan, tu la Made (sebutan Madi). Sepanjang di Lombok, Made la bawak kami kesana kemari. Eka tak follow, dia arrangekan je.



Ni gambar gambar dekat Anjani Oleh oleh khas Lombok


Macam macam snack ada jual kat sini. Ada tester, don't worry. Rasa dulu, baru beli


Settle beli dan belah. Haha.

Jom kita ke Dusun Sasak Sade.
Perkampungan yang famous dengan hasil tenunan dan culik menculik anak dara orang. Lol



Kami di bawah Pohon Cinta , di mana tempat anak anak muda dating



sengeh je akak ni menenun.. Boleh dah tu. Haha
Opss, ni dah ada orang yang punya ye
Wanita di perkampungan ni, pakai kain sarung/ batik

Ni tour guide sepanjang kami di Perkampungan Sade
Ni surau. Kata tour guide, dulu sebelum ada surau ni, orang di perkampungan ni, solatnya wakil saja pada seseorang. Maksudnya, sorang je solat wakil kan semua. Boleh pulak macam tu kan. Haha
Sejak dah ada surau ni, ramai penduduk yang dah turun solat secara berjemaah



Ok, settle. Jom kita pergi Bukit Merese.

Bukit Merese ni, nak mendaki dia taklah sesusah/sepenat mana.

Kami tak naik sampai atas sebab kesuntukan masa. Kat sini pon tak lama sangat.

Enjoy every second

kebetulan pulak ada kerbau tgh makan, dapat lah backgroud cantik. Eh, kerbau kan, bukan lembu. lol




Sekian lah percutian A.B.E.L ke LOMBOK 2018. 
Kita jumpa lagi 5 tahun ye. 

Entry seterusnya, I akan share keseluruhan perbelanjaan kami sepanjang di Lombok


LOVE
Alia.


Tuesday, February 6, 2018

Percutian ke Lombok 2018 - abeltakeslombok Day 3


Assalamualaikum

Lombok Day 3

Hari ni agak santai, kami cuma ada aktiviti snorkling je pada waktu pagi. So, kami bangun pukul 5.30pg (still awal, sebab subuh awai sangat la kat sini ). Siap2, then kami turun breakfast pukul 7.30pg. Gigih kan. Awal gila p breakfast. Kami antara org pertama yang breakfast pagi tu. Disebabkan kami pergi Lombok Low Season, makanya tak ramai org sangat la. Bak kata staff hotel, ada 25 kamar je ada penghuni. Kali ni, boleh makan santai santai sebab banyak masa.

Jom makan!

konon konon ongputih kan

Heavy meal tak boleh ditinggalkan begitu sahaja.
Hotel kami duduk ni, (Ombak Sunset) breakfast selection dia ok jugak. Tapi tak boleh lawan Holiday Resort dekat Senggigi la. Breakfast dia lagi best, lagi banyak selection.

Lepas breakfast harus la pergi tangkap gambar dekat the famous swing in Gili Trawangan.
Waktu kami pergi, tak ramai orang pon! bukan tak ramai, mmg tak ada orang! Tak perlu nak berebut rebut dengan orang lain nak tangkap gambar, sebab I dengar cerita kalau High season, buaian ni menjadi rebutan. Nak tangkap gambar kena beratur bagai.

So, untuk kami, buaian ini kami yang punya!
Nasib baik pagi ni, cuaca cantik sangat. Air pon cun. Maka, apa lagi...

Jom jom posing 

Leeya.

Tengok air laut tu, cantik kan.

Bushra

Ekin

Alhamdulillah, cuaca pagi ni menyebelahi kami


Alia

Lepas dah pose sakan, kami ambil kereta kuda untuk ke Jetty.
Kali ni kami naik 1 je kereta kuda (Rp150K)

Sampai Jetty, terus cari Gili Bahari (snorkling port) yang Eka dah bg tahu awal awal. Dia dah sediakan duit untuk snorkling, kami just passed dekat org yang berkenaan.

Trip Snorking kami start kui 10.00pg. So, sementara tunggu kita selfie duluan deh!

ni dekat Jetty, sementara tunggu boat


sengeh jangan tak sengeh

dalam boat


Gambar masa snorkling tak ada langsung, sebab kami semua excited. hahha. Tipu.
Pening la uols. Mabuk laut.So, tak da selera nak tangkap gambar. (kesian)
Selepas beberapa checkpoint snorkling, tibalah masa untuk Lunch!(I like this part)

Kami lunch di Gili Air (sebutan : bukan air/water, tapi AIR/udara -eng)
Kami duduk je nak order makanan, terus orang datang jual barangan mutiara ni. Katanya Mutiara original Lombok. Harga pon boleh tahan.
Tapi peniaga kat sini tak la aggressive mana. Sopan je orgnya.


Good good! Murah sikit mas

Makanan sampai pon, jual beli tak settle lagi. Biasa - perempuan. Haha
Elok je nak bersantap, hujan turun renyai2. Mari lah kita ber hu hu.

Selesai makan, hujan renyai2 turun sepanjang perjalanan pulang ke Gili Trawangan. Kami tak sempat pon nak jamu mata dekat Jetty shopping sebab tak tahan nak shishi. Lol

Settle snorkelling dalam pukul 3, kami terus balik hotel & solat, freshen up , untuk sesi kegedikan ditepi pantai untuk sunset ! heeee :P

Masa nak turun dari hotel ke Pantai, masih hujan renyai-renyai. Mula2 tu sedih jugak. Tapi dah siap kan. Kita tunggu je sampai hujan stop. Alhamdulillah, tunggu kejap je, Hujan pon stop. Moh le kita ke pantai.


Ombak Sunset. Hotel kami menginap selama 2 malam.
Nak kesini kena naik kereta kuda ye, sebab jauh nun di sana. Paling hujung. Untuk nak privasi, hotel ni bagus untuk anda.

Lia & Romeo
Kalau ikut kan harga untuk bergambar dengan kuda ni dalam Rp100k, kalau tak silap.

Tapi Lia & Ekin boleh dapat Rp50k je. The power of negotiation. Hahaha. Mula2 cakap dekat abg kuda tu, nak tangkap gambar je dengan kuda. Tak nak jalan jalan. Lepas tu pandai pandai la korang. Macam aku cakap, kami pergi Low Season, orang tak ramai, so orang yang bawak kuda ni, layan je la. Mula mula, tangkap gambar je, lepas tu dia pulak yang jadi photographer! Siap bawak ke tengah laut lagi, tangkap gambar. Memang cantik gila. Tambah tambah time sunset.

Kalau nak bergambar berempat, mintak je tolong abam abam Lombok snap kan. Dorang sangat helpful and friendly. Siap dia yang direction kat mana cun. Best wei.. Layaan je. Lagi best bila kitaorg dah set timer camera untuk snap gambar sendiri, ada lagi orang offer untuk amekkan gambar. Tak payah timer timer bagai. Mekasih uolss. Rasa mcm princess. Gitew. Hahaha

Lepas sunset kami solat , tukar baju lagi, p Dinner pulak!
Rancangnya nak pergi dinner kat Exile, lepak lepak ngan mat minah salleh, tp kitaorg tatau nama tempat tu. Sedih! Lastly kereta kuda (mcm princess lagi) hantar kami dinner di Casa Vintage. Ok la, ada unggun api. Nak candle light kan.



Ni gambar lepas candle light dinner. Kitaorg suruh pekerja dekat situ amek gambar satu side je. Dia punya semangat, setiap ceruk kedai dia, suruh kami pose. Lol. Dan tak boleh blahnya kedai dah nak tutup pukul 11, org dapur(perempuan) dah bebel2 nak tutup kedai, tp abam abam kedai ni, excited suh kami amek gmbar lagi. Siap suh promote kedai dia. Lol
Jom tgk gambar kitaorg feeling belakang unggun api





Dah settle dinner, kereta kuda pon dah menanti (alaa.. princess lagi #perasan).

Kami balik dan siap siap kemas untuk checkout pagi esok! sob sob sob
The End Day 3

Day 4 to be continue