Cerita Kami: March 2016

Thursday, March 31, 2016

Kari Daging Ibuku

KARI DAGING IBUKU

heheh amboi nama nak gempak je kan, ada ku kisahh


Bahan-bahan
1. Daging (dipotong Dadu)
2. Serbuk Kari
3. Serbuk Kari Daging
4. Serai 2 Batang
5. Bawang Merah (dikisah)
6. Halia
7. Bawang Putih
8. Daun Kari
9. Kerisik
10. Santan
11. Bunga Lawang
12. Kayu Manis
13. Kentang


Cara Menyediakan

1. Masukan Serbuk Kari,  Serbuk Kari Daging dan serai 2 batang di dalam satu Mangkuk.

 

 2. Masukan pulak Bunga Lawang dan Kayu Manis


3. Masukan Bawang Merah dan Bawang Putih yang telah dikisah tadi


4. Kemudian Boleh lah di masukan Kerisik di dalam mangkuk yang sama


5. Bahan seterusnya. Kisarkan Cili kering yang telah dipotong dengan halia. jangan lupa untuk       letakan sedikit air dan sedikit minyak seblum dikisar. 


dan inilah hasilnya
6. selepas dikisar kesemua bahan tadi campur kan bahan tdi dengan bahan yang ada didalam mangkuk seblum di tumis. jangan lupa untuk sertakan bersama daun kari.


7. kita panaskan periuk dengan sedikit minyak


8. tumiskan bahan-bahan tadi


9. selepas naik Bau boleh lah masukan santan dan air. dan jangan lupa bahan utama tadi yah. Daging dan kentang yang telah di potong empat. biarkan ianya masak.


10. Bolehlah dihidangkan Kari daging yang telah empuk dan masak tu untuk tetamu. untuk memastikan daging ni lembut. biarkan ianya masak selama 30-45 minit. 



SELAMAT MENCUBA!!!!!

Wednesday, March 30, 2016

Samsuria Beach Resort and Residence- Bercuti sambil beriadah


Cakk!!
rasanya macam lamanya cik nana x menuliskan
ok just nak share sikit experience cik nana masa pergi Pahang 
kira trip Bekerja sambil melancong lah


cehhwahhhh ayt kak nana (ketawa besar)

ok lets start my story mory k.

1st day aka hari sabtu tempat pukul 8 pagi semua dah kena ada dekat office. seperti biasa lah cik nana agak kelewatan  sedikit. nasib baik tak kena tinggal ok. ok dah cukup semua orang moh lah kita bergerak.

almost 100 hundred gak lah yang join this trip. 

tadaa.. haha kasut pun nak snap kn. lets begin our journey

untuk accommodation akk bagii 4 Bintang dr 5 Bintang ok..
sebab nya tempat dia tersangat lah selesa terasa macam tak nak balik.


untuk rate dia Korang boleh lah pergi  website Samsuria Beach Resort.

ada 4 Type bilik yang korang boleh pilih:-
1. One Bedroom Suit - RM258 and above
2. Two Bedrrom Suite - RM398 and above
3. Three Bedroom Suite - RM498 and above
4. Penthouse - RM1500 and above


hah korang pilih lah sendiri mana yang korang asa mampu milik,.(hahaha)
bagi akk bilik kecik tak pe janji akk selesa.

jom tengok Bilik Kami.

master Bedroom ada bath tab ok

tada ni lah dia... syok ohh. 

our ruang tamu. wat kenduri pun cukup ni. balkoni pun ada jugak

hows that.. bestkan

ok ni bilik i. i tido dengan kawan i. chinese. abaikan barang2 cik nana ye

another room. this room dia link dengan my room. so we all share 1 bath room. 

ni dapur dia. luas sangat

dapur lagi

hah ni pulak meja makan. 

ni lah roommate i. malam ni buat keja gila sikit. almaklum lah siang tadi sibuk ngan treasure hunt. 

sesi mandi manda..

before going back

hah ramai x.... hehee


so apa pendapat korang dengan resort ni, best x? hehe for me untuk yang berkeluarga sangat ok. breakfast pun ada. tapi yang problem nya, kedaii dia tersangat lah jauh untuk korang kuar beli barang. kalau jalan kaki mau berjam-jam ok. so before nak pergi sini so pastikan korang sediakan makanan yang banyak siap2. tapi rasa nya naik keta xde masalah kot.

ok bye. sampai ketemu lagi. kalau ada pertanyaan jangan segan2 untuk komen k. pasti d balas.


adios

assalamualaikum

Friday, March 11, 2016

Nan cheese RSMY


Asal nya plan nak melawat Alynn dan baby Shaqir. Tiba tiba plan bertukar ke Nan Cheese. 

Aku, Alynn dan Has masih lagi dalam process pantang. (pantang makan). So macam macam teringin. So, kami decide untuk lepak di RSMY Nan Cheese Medan Tuanku. 

Zaty gerak dari Bangi, ambil alynn, has dan aku kat rumah. Mekasih kakak Zaty!

Hari Ahad, rasanya tak da kot saman menyaman ni. Tapi idak la uols. Nasib baik aku perasan abang DBKL datang. cepat2 Has ngan Zaty cari parking lain. Sementara nak cari parking, Nan Cheese pon sampai. Kami sampai awal. Sebelum pukul 12 tgh hr dah sampai. Kedai pon tak ramai orang lg. 




Ni la Nan Cheese .. gebu betul Nan dia.



Kitaorang order Nan Cheese, Garlic Nan, Butter Nan, Keema, dan Chicken Tandoori,


kalau nak dhal kena order asing. Dhal dia akn charge harga lain. Kalau order roti Nan, memang akan sampai roti Nan je tanpa kuah.


Tertidor baby Shaqir . Auntie2 sibuk makan je


Auntie Has & Auntie Alia pakai baju sama la... ha ha ha

Welcome to our club baby Shakir, Lepas ni, kita keluar lg ye.


Sekian dari Chicken Tandoori

Milo Ais


Sekarang ni semua barang mahal!

Nak menyimpan pon tak sempat. Hujung bulan semput. Hari tu jemput mak aku dari meeting PIBG sekolah. Sementara menunggu tu, aku beli la Milo Ais.



Harga Milo Ais sekarang buat kakak tanjat je. Before this pernah jugak baca kat facebook, orang dok viral kata milo ais mahal.




Milo Ais ni RM3.00. Murah ke Mahal?

tu je nak tanya



Saturday, March 5, 2016

Teringin a.k.a Mengidam

Teruk betul aku punya keinginan untuk makan masa aku tgh pantang lepas keluar hospital hari tu. Mana tak nya, hampir sebulan aku x selera makan. Mc almost sebulan. Hari2 bukak Instagram tengok gambar masakan. Mana tak teringin kan.


Tengah pantang semua nak makan. 


Request kat mak, nak makan pulut kuning dengan rendang ayam. Ada balance sambal ikan bilis , makan sekali ngan pulut. Tgh taip ni, tiba tiba tertelan liur. Haha



Sate pon teringin.

Laksa. X puas makan. Nak suh mak buat lg, tp sebab kena pantang, bertabah la.. Time ni x pantang langsung. Lpas dah sakit sendi semua Baru nak pantang.


Kari daging & sayur. 

Yg ni pulak aku request mak masak nasik kenduri. Aku suka sangat nasik kenduri, tp nak tunggu kenduri akan datang lambat lg. Siap Tanya mak, " minggu ni ada kenduri tak?". Hahaha..teruk teruk.

Ayam masak merah

Mak cakap, masak je la. Bukan susah pon.. Terima Kasih Mak, layan anak mu ni.


Pajeri nenas.

Lauk kenduri. Puas makan. Masak sendiri. Boleh ulang ulang.


Scroll Instagram, tgk meggi Goreng. Teringin lagi... 

Wantan Mee.

Teringin masa duk hospital lagi. Teringin nak makan yg kat bangsar punya, tp x sempat nak pergi. So, try makan yg kat sogo. So so la. Aku prefer kat Bangsar punya.

                  Nasik Lemak daging.

Banana leaf rice.

Yg ni aku start makan masa kerja kat bangsar. Kena la dengan tekak aku. Kedai ni nama Nirvana Maju. Sapa nak try, boleh la. Ramai jugak artis makan kat sini. Yg pernah aku terserempk masa makan kt sini, Tasha shilla dgn Noh Hujan.


Nasik kenduriiii..

Ni yang d tunggu tunggu. Menang aku makan kaw kaw. 

Macam mana lah orang bersalin tahan masa berpantang 3 bulan? Tahniah tahniah.

Owh, ada lg 1 aku teringin. Nasik kandaq. X sempat nak snap picture sebab segan org ramai. Hehehe.

Happy Bornday to me

   n                                                       Assalamualaikum...

Yg last post , resepi Asam Pedas daging, aku ada cakap aku asik. demam je kan. Rupanya tu hint kepada sakit aku sekarang. I will update my story pasal sakit ni once I ready.

                                                              27 Feb 2016.

It's my 28 birthday yaw! Aku ingat nak belanja family makan malam tu, tp mak aku cakap, adik laki aku x dapat join, kerja. So, ok lah. Di pendekkan cerita, dalam group whatsaap sepupu sepapat dorg dok wish birthday. Then Along Tanya xda k birthday party ka? Terus depa plan nak mai buat potluck untuk birthday aku. Hehehe..

Kebetulan mak masak mee kuah. Bila tau depa nak mai, tambah menu, bihun dgn agar2.


Along sponsor kek. 1 lagi kek otomen untuk Arman.


Arman nya birthday esoknya. 


Kek pelangi. Sedap



Yang & Kak Liza sponsor pizza


Sate sponsor by Kak Julia


Laksa pon ada. Sponsor by Along. Kak Elly sponsor buah buahan. 

Thanks to my cousin datang & sponsor food. Walaupon x rancang, makanan dah macam buat open house kata kawan aku..





                                                                          Birthday girl & boy.

Birthday boy relax je, maklong dia je lebih. Cuma birthday boy x kasi potong kek otomen je.

Esoknya Abah belanja nasik kandaq.

Ayam yam yam yam



Mekasih Abah. Balik rumah, tangan still bau kari.. Power ooo... 

Makan nasik kandaq, balik Rumah tiduq tak sedaq.