Cerita Kami: May 2015

Thursday, May 28, 2015

Resepi : Kacang Pool



Assalamualaikum

Lama tak berkongsi resepi dalam blog ni. Disebabkan hari ini aku cuti, maka rajin lah sikit diri ini untuk memasak. Resepi hari ni adalah kacang pool. Aku tak ada idea pon macam mana rasanya kacang pool ni sebab seumur hidup aku, tak pernah rasa pon.. Selalu tengok gambar orang post dekat FB atau IG je. 

Dua hari lepas, sembang sembang dengan officemate, mak dia suruh orderkan kacang dlm tin untuk buat kacang pool. nak makan bersahur. senang katanya.. So, aku pon tanyalah macam mana nak buat? Officemate aku pon bagi tau lah resepi nye.. Senang rupanyaa.

Tup tup, officemate aku bawak 1 tin kacang yg beli dekat singapore (malaysia, x sure ada tak) bagi dekat aku.  So, aku pon try la buat. Jom tengok cara2nyaa. senang jee




Bahan banahn

1 tin kacang fool (blend dengan airnya sekali dan tambah air setengah cawan) blend kejap je
Daging cincang (aku guna separuh je)
serbuk kari daging 2 sudu
Bawang besar
Garam



CARA CARA MEMASAK

\
tumiskan bawang sehingga layu

masukkan daging. tunggu sampai air kering

masukkan serbuk kari, kacang pool yg di blend


Perasakan dengan garam. Masak sehingga mendidih dan pekat

BAHAN SAMPINGAN/ HIASAN

telur goreng

limau, cili hijau dan bawang yang didadu

.
.
.
.
.
.
 HASILNYA



boleh dimakan dengan apa jenis roti. Disebabkan rumah aku ada roti gardenia, maka apa yang ada sahajalah.. Bakar kan roti, makan dengan kacang pool yang dah siapp tu.. Jangan lupa perah limau uols, makan pulak dengan cili hijau yang rangup tu.. memang ,meletop. Hahaha..

Selamat Mencuba!!

Sunday, May 17, 2015

LANGKAWI- FAMILY TRIP



selamat pagiii Malaysia,
selamat pagi warga Blog!!

nak share sedikit mengenai trip family yang cik nana n family buat baru-baru ni. Tempat yang kami pilih ialah Langkawi,. masa beli tiket flight AA tgh buat promosi. so why not beli tiket n bercuti. 

Tiket pergi balik kami RM78 seorang
x include luggage, insurance n makanan. (korang boleh add on sendiri)

Trip bermula pada hari Khamis 14hb May 2015 - 16 May 2015 (Sabtu) tiket pergi adalah pukul 1.55 petang. dan kami keluar rumah sekitar pukul 9 pagi. 2 jam awal before fly. actually agak awal tp xpe lah. at least x terkejar-kejar. KLIA2 tersangat lah besar.. pukul 9 pagi kuar rumah menuju ke KL Sentral untuk menaiki bas. samapai di KLIA2 sekitar pukul 10.30 pagi. 

Sampai di KLIA2 kami sarapan dahulu dan baru lah check in. 


untuk penginapan di langkawi, transport semua, ak just gunakan perkhidmatan Insyirah. lagi sekali ye. sebab malas nak pikir nya pasal

hahaaha

total 6 person include, transportation, accommodation, island hoping insyirah cas kami RM690
so sorang hanya perlu bayar RM200 (Include makan sekali) total yang ada RM1200. lebihan di situ yahh.. hehehe so kami just perlu bawak duit shoping n aktiviti yang memerlukan duit je

KL SENTRAL 

before check in 

our flight.. plss be nice with uss oh flight.. hehehe Bismillah

alhamdulillah selamat sampai ke destinasi

6 of us. 

my dad, abang , n adik sorang lagi x dapat nak join this trip. so hanya kami berenam sahaja. kami stay di kedawang , view sawah padi. 


wift my cousin- Nizam (budak yg paling excited)

lepas samapai je di Airport, ambik kereta semua kami terus gerak ke Makam Mahsuri. sorang perlu bayar RM5 








selepas tu kami trus check in rumah.. lepas siap mandi, solat n rest semua. malam kami kuar semula. lokasi nya PANTAI CENANG. happening giler dekat sini,. mak suka jah.. hahaha. so lepak sana. tgk mna yang berkenan n sambar lah. lepas habis shopping moh kita makan. perut pun dah lapar ye iddak. lpas mkn bru lah boleh balik tdoo...

..........................................


 DAY 2

ISLAND HOPING pulak kita. standby untuk mandi ye.. harga untuk island hoping ni insyirah bagi RM29 seorang. ok lah. sebab harga dah naik kan. semua harga naikk oh sekarang. Untung lahh Malaysia masihh aman. (hahaha) 


menunggu en boat mari

lokasi pertama yang akan kami pergi Tasik Dayang bunting. yang x naik duk bawah jela kan. apa boleh wat. dah nasib naik boat kongsi. so tunggu jela


tasik dayang bunting







lokasi ke-2 bagi makan Burung helang (sory gmbr xde)


helang x berapa nak clear. hahaha


Lokasi ke-3 Pulau Beras Basah







with my younger brother. dah besar dah dia ni


lepas habis island Hoping kami balik ke rumah untuk mandi dan siap-siap untuk kuar semula. lokasi seterusnya Cable car.

Before sampai di cable car kami singgah dahulu di Telaga Habour untuk snap pic. hehee x sah kalau x snap gambar



settle moh kita naik cable car

ada cerita di sebalik cable car ni. masa nak buat pembyaran di kaunter , nak ambik pakej skycab+ muzium 3D. n i may RM150 ok. n pakej yang kami nak ambik tu seorang RM47. so total patutnya dalam RM180 cmtulah. so aku bagi jela RM 150 dahulu. dapat je resit n tiket ak trus naik atas untuk naik cable car.dan tengok balik tiket tu. rupanya orang kaunter tu salah amabik pakej kitaorang. dan dia key in RM 100 Je amount yang kami bayar. ini tidak adil bagi kami. so i decide untuk complain dan turun ke kaunter semula untuk berjumpa cashier tersebut. n dia boleh cakap amount yang kami bagi mmg RM100 dan xde lebihan di situ. sbr jela. x puas hati so kami decide untuk check CCTV

Habis masa untuk hal yang x masuk akal je. so kami pergi bilik CCTV. kami check semua. yang problem nya CCTV dorang tersangat lah kabur. ko asa boleh nampak ke. bengang jugak kot..

lepas check CCTV kami ke bilik management pulak. dan berjumpa lah dengan manager dorang. cerita kejadian tu macam mana. dan point dia nampak sangat dia nak menangkan staff dia. n dia ckp x pernh terjadi kes macam ni. ini semua POYOOO!!. so sad bagi kami yang bukan rakyat negeri Langkawi lah. so manager tu suruh kami tulis report tu semua. sampai ke la ni xde apa-apa berita. ko ingat kami ni budak-budak nak tipu lah. mmg lah RM50 tapi kalau pengurusan korang sangat lah teruk siapa x bengang kan. so moral of this stories please check back ur amount before pay. n kalau boleh duk dekat bawah CCTV at least kalau kena tipu CCTV ada sebagai bukti kan.


 selamat mencuba. hahaha

so kami decide untuk naik cable car keesokan harinya. dah malas n xde mood nak naik. n kami terus shot ke Beras terbakar untuk shopping kain batik. hehehee

gambar x berapa nak ado. maaf ye kawan-kawan.

dah habis shoping kami singgah ke Ayer hangat untuk rendam kaki. yahooo. syok2. suka view dia. awesomme tu. dorang rendam kaki i apa lagiii. 









habis merendam kami ke Pantai Cenang untuk makan malam. Ikan bakar marii

SEDAPPP!!!


Licin kot..


.................................
DAY 3

Cable Car. naik jelakan. kita dah bayar kan. so naik lah kami















lepas turun dari Cable car kami ke Muzium 3D- sorang RM30. mahal semua nya. hahaha tapi berbaloii kot. dalam Muzium ni semua jenis lukisan nampak real. gambar nati ak masukan ye. 

habis muzium kami shot ke HIG haji ismail group for shopping. Actually malam ke-2 tu kami dah shoping separuh pun. heheh takot terkejar-kejar kan. 

Flight kami Pukul 8.30 malam. so kami kena ada dekat Airport 2 hours before balik. 6.30 kami dah smpai airport,.

Bye LANGKAWI. next time nak dtg lagi. myb datang dengan kawa-kawan or honeymoon ke? hahahhaa
pun boleh 

ok jmp di next Entry



Saturday, May 16, 2015

STRESS

Assalamualaikum. 

Stress.

Tengok tajuk pon stress. Tak pernah aku se stress macam ni. Waktu belajar dulu pon, stress manja manja je. Sekarang stress siap keluar jerawat lagi. Whuaa, I don't like!  Sekarang ni, bila cuti pon tak aman, asik teringat kerja je. Nasib baik aku ada team yang sangat membantu. Tapi disebabkan kekurangan staff, membuat kan semua kerja yang disusun tergendala. Semua exec nak kena cover staff punya kerja. Kerja Exec pulak yang tertangguh. Ni semua bukan alasan. Tapi, ni lah yang kami hadapi. Exec tengah pulun siap kan kerja, kerja lain pulak datang non stop. Ni la dugaan bekerja. Dah nama pon bekerja kan. Terima lah seadaanya. Aku tak dapat bayangkan kalau aku kerja yang ada dateline. Mau muka ni penuh berjerawat sebab stress kan. 

Ni sekadar luahan perasaan, . Stress kan! So, kena luahkan. Dan medium luahan perasaan adalah dalam blog. Sapa yang baca tu, baca je lah sampai habis. Hahaha. Apapun, aku bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Aku akan cuba perbanyakkan zikir dan AlQuran. In sha Allah

Aku perlu kuat dari segi mental dan fizikal. Kalau orang lain boleh buat, I also can do what! Yes! I can do!.. Ya Allah, semoga kau berikan kekuatan kepadaku. Amin...

I think I need another vacation


And good food!
 Ah.. makin gemuk la. Asal stress makan. Tak stress pon makan macam stress!. Hahaha





Thursday, May 7, 2015

AISHAH'S WEDDING



SOMEONE IS GETTING MARRIED.. OOOMG!!!

congrats my ex captain siti Aishah.. macam x percaya je ooohh..

Beli gula di pekan baru
Berbalut kertas merah kuning
Sila-sila pengantin baru
Dua sejoli jalan berganding

Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya tinggi tidaklah rendah
Dahulu seorang sekarang berdua
Ikatan janji tertunai sudah

nak di jadikan cerita 2 bulan awal si kecik ' Aishah' kita ni dah bg tau.. korang boleh x jadi bridesmaid aku?? hahahaa terkejuzzz mak nok.. x pernah nak jadi itu semua. first timeee. dup dap2 je. mcm kita lak yang kahwinkan..

so kami pun setuju lah nak jadi bridesmaid dia. n temaa diaaaa... PINKKK!!  suka sangat ak dengan warna tu kan. so tudung dia akn sponsor. korang just beli baju je. ok Aishah kami menurut perintah..

hari yang ditunggu dan datang.. bangun pagi untuk siap-siap ke rumah Aishah. sebab majlis Nikah akan di buat pada pukul 10 pagi. 

nah mak jemah belanja gambar!!

Aishah n pasangan



sah sudah jadi isteri orang


selepas selesai majlis akad nikah, makan semua so pengantin decide jom g Taman Botani Putrajaya.. auuummm class ko jah. i like..

tada pink n yelllow in the house uooollllss. 













majlis persandingan diadakan pada hari Isnin 4 May 2015






 GENG MAK JEMAH WILL MISS YOU AISHAH. NO ONE CAN REPLACE YOUR PLACE!!