Cerita Kami: December 2014

Sunday, December 28, 2014

Berkelah @ picnic di Lake Garden

Assalamualaikum.


Cuti sekolah masih tinggal 2 minggu. Untuk tidak mensia sia kan cuti tersebut, aku bawak budah budah main di taman sambil berpicnic. Picnic la sangat. Hari Isnin aku cuti, so boleh la kita pergi taman. yeay!

Kebetulan hari tersebut, adik aku kena ambil result PT3. Aku drop dia kat sekolah dan pergi Lake Garden dengan yang lain. Bila dah setel ambil keputusan, baru dia akan join our little picnic. Oh ya, aku ajak jiran aku join sekali. Ramai ramai baru meriah kan.


Menu manja manja je.

Roti telur, nasi goreng, hotdong, nugget dan pelbagai jenis air. Ada air masak, sarsi, rosselle dengan air teh. 



Kak Mah bawak hotdog dan nuget


Gigih betul aku buat sandwich telur ni. Lepas subuh terus buat. excited sebenornyer.


Nasi goreng. Asalnya nak goreng mee. Time pergi kedai, baru perasan duit tak cukup  T_T


Masa kami sampai, hujan renyai renyai. Nasib baik kami pergi hari isnin, maka tak ramai orang. Dapatlah kami duduk kat tempat tempat yang disediakan. Sementara nak tunggu hujan renyai, kita makan dulu. Dah makan baru ada energy nak main


paling excited. Bila kena tangkap dengan nenek, susah hati dia sebab tengok abang abang yang lain tengah main, tapi dia tak boleh main. hehe


Taman ni nampak kecil. tapi sebenarnya dekat belakang belakang tu ada lagi macam macam permainan. Memang budak budak ni main sakan la. Aku yang besar ni pon teringin nak main sekali . Hehe


Lepas ambil keputusan PT3 baru adik aku join.


Tak gayat langsung lalu atas titi gantung ni. Kalo aku dah cuak dah.


Amboi, yang sikecik tu pon pose sakan.


Lepas penat cuba semua permainan, kami teruskan dengan melawat Rusa pulak! Di Lake Garden ni ada Taman Rusa tau. 


sapa paling excited?


Lompat!



Group photo!



Ni la taman Rusa dan Kancil


Tiada sebarang bayaran dikenakan. Time masuk, korang baca la ye papan hijau tu.



Keadaan dalam taman ni bersih je. Kita rasa macam dekat Zoo pulak. Suasana pon mengundang je. Fefeling dekat kampung.



Dalam taman ni ada air tejun, sejuk je rasa. Suasana dalam ni tenang dan nyaman.


Rusa dan kancil di taman ni sihat sihat dan gemuk gemuk belaka. Berbeza kalau kita pergi Zoo kan, kita boleh nampak sekor dua je rusa atau kancil. Kat taman ni ada banyaakk.(dahnamapontamanrusadankancil)


Bila tengah hari dah panas sikit. Nenek pakaikan haziq turban. tapi kejap je la dia pakai


Macam kat kampung kan? dusun buah . ada durian... rindunyaaa nak balik kampung....


Ok, dah tengok rusa, jom kita naik train pulak



Niat dihati nak naik train, tapi tunggu punya tunggu tak muncul muncul. Bila tengok jam, time luch rupanya. Kalau nak naik, bayaran seorang hanya RM4 untuk 15stop. Tak ada rezeki nak naik train, jom lah balikkk


Haziq dah penat, ajak balik


Abang abang layan je budak kecik ni.




Bagusnya haziq ni, dia tak merengek atau nangis kalau penat atau mengantuk. Aku saja la tanya, "abang nak dukung tak?".. Tanak. Nak jalan katanyaa.


Ni adalah sebagaian pokok pokok yang ditanam di lake garden


cantikkan. bentang tikar tengah tengah tu tuk picnic best tuu... Ok .. Nexttttt picnic pleasee


Ok. Jom Balik.

Love:
Cik Kuntum



Resepi : Sandwich Telur

Assalamualaikum

Entry lepas, aku ada cakap nak pergi picnic dekat taman kan?  Pergi Picnic mestilah ada sandwich. Niat dihati nak buat sandwich tuna je. Suruh adik pergi beli tuna. Dia pergi lah beli, TAPI... dia beli kari tuna! Ermm.. Lepas tu fikir nak buat sandwich sardin je. Letak cili api, sedap tu. Lepas tu fikir balik, yang nak makan tu kanak kanak, takkan nak ikut tekak aku pulak, siap letak cili api kan. Maka, aku buat sandwich telur


Jom tengok cara cara nak buat sandwich sempoi ni.


Bahan Bahan yang diperlukan:

Telur . (aku buat 3 biji je.)
Timun
Tomato
Mayonis
Garam
Black paper



Mula mula, hancurkan telur yang telah direbus


dadukan timun dan tomato. Sesetengah orang suka slice nipis nipis. Aku dadukan supaya budak budak ni tak ada lah tarik keluar tomato dan timun kalau aku slice. Bila didadukan, dorg makan tanpa perasan pon ada timun dan tomato.


satukan telur, timun, tomato, mayonis, garam, black paper. Gaul sebati


Gaul Gaul. Rasalah ok ke tak. Nak tambah apa ke suka hati la.


Aku suka sapu mayonis dekat roti, sebab dia akan membuatkan roti korang lebih creamy (taktau nak describe macam mana). Apitkan roti dengan telur yang telah digaul dengan semua bahan. Tarra! Siap.

Tuesday, December 23, 2014

Cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum

website ni korang dekat luar boleh pergi dan tgk tempat-tempat menarik kat Malaysia ni, Malaysia pun ada banyak tempat yang best yang korg boleh pergi. Cuti-cuti Malaysia.. 




Sunday, December 21, 2014

Broga Hill, Sate, Waterfall, Karaoke - 1 night only...


toink-toinkk mulakan hari isnin anda dengan senyuman.. hehee
ok lets start our story. siapa pernh pergi Broga Hill?? (sila angkat tgn laju)

Broga Hill atau nama saintifik dia Bukit broga yang terletak di semenyih dan agak terkenal bg pengemar hicking ni. termasuklah ak sendiri..hehee apa ingat girl-girls x boleh hicking2. (jgn pandang ku sebelah mata) kalau aktiviti outdoor ni serahkan pada ku. (over pulak)

ok nak dipanjatkan story dia, kami bukan je g Broga Hill je hari tu. dari Karaoke Ioi Mall - Bukit Broga - Waterfall - satay. hah ambik ko. 4 tempat dalm 1 hari. kecian kat driver kami. sory akk pjote. hehee

pagi sebelum ke Broga kami sempat untuk berkaraoke di Ioi Mall sekitar pukul 12am- 3am.. apa nk jadi lah ngan kami nie ye.. maaf gambar di karaoke xde. maka nya akk peah belanja uolss gambar kat Broga je k. hehe x moh nages-nages.

ok selesai je sesi berkaraoke kami ke Semenyih. sebelum naik tentu lah kne siap-siap dulu. org semangat nak berhicking-hicking kan. ok settle tukar baju, n solat semua kami menuju ke Broga Hill. the first thing kami buat dlu, cri parking n panaskan badan dlu tulang-tulang yang dah lama x beraksi ni. ok siap semua teruskan misi mendaki.. ok lupa pulak kak peah parking korang kena bayar. 1 kereta dalam rm 2 ke rm3 macam tu. satu lagi pesanan penaja, seelok-eloknya korang bawak lah lampu suluh. xkan nak mendaki dalam gelap-gelap pulak kan.

Disebabkan Broga Hill ni popular sekarang so makin ramai lah pendaki-pendaki yang ada. agak sesak dengan ribuan manusia di Broga Hill. Untuk sampai ke puncak Broga Hill mengambil masa sekitar 45 Minit. so korang pastikan stamina korang semua kuat ok.. 

Semasa kami mendaki dekat Broga Hill terdapat 4 platform yang korang boleh berhenti dan bergambar. so jangan lah lepaskan peluang yang ada ni. (selfie1kali)  

Bagi mereka kat luar sana yang baru pertama kali nak memanjat Broha Hill pastikan korang memakai kasut serta baju yang bersesuaian. xkan nak mendaki pkai baju nak pergi dinner pulak kan. hehee, selamat mencuba !!

What to prepare before hiking Broga Hill?

Check weather forecast. If the whole week's weather forecast saying there will be thunderstorm, reschedule your plan as it is dangerous to hike under the rain. The ground will become very slippery or landslide might occur too. Go visit Broga Hill especially when sunny day is promised.
The right sport shoes that gives you good grip on the land or mud (especially during/after rain). Don't ever wear your expensive branded shoes here if you don't want any mud/stain get on your new shoes haha. However, make sure your shoes is durable for the hike as I saw some people left their broken shoes soles on the way =.="
Bright torch light. Make sure you have one good torch light that can illuminate your way as the place could be very dark especially when the moon wasn't in the sky. Or else, you can actually see the track on a fullmoon night.
A bottle of water and perhaps with some snacks. Bring your own plain water (500ml/1 Litre) depends on your body requirement. You will definitely feel thirsty when you reach the peak of Broga Hill. You can bring along energy/chocolate bar as you will feel hungry after the 20-40 minutes hike.
PS: Do not litter at this place, always keep your empty bottle and packaging in your bag and find the dustbin when you are down hill.
- A spare T-Shirt/pants as you don't want to get back to your car with your sweat/mud stain on it. It is better to wear your sport wear. Something that's good with sweat perspiration. And yes, try not to wear white shirt/pant as it is hard to remove once the mud get into it.
Have a good sleep. You will need to have a good rest as it provide enough stamina for this hike to Broga Hill. Or else, you might feel dizzy or even feel like vomit on the half way and eventually give up =(
Towel and rain coat (Optional). If you sweat a lot, make sure to bring a towel as well. If the weather forecast telling you there might be a rain, bring the rain coat to protect your camera gears.

(copy paste dr rakan blog yg lain)




sekitar Pukul 7 pagi


kak piuh yeah-- maaf gmbr saya xde. peace






 



sesi Mandi Manda Bermula..
 
cik Faizah what r u doing??

Cik Pjote mkan roti ye

 
satay kami makan lepas pulang dr waterfall