Cerita Kami: Jom bercuti ke Yogjakarta 2016 - Day 1

Thursday, August 4, 2016

Jom bercuti ke Yogjakarta 2016 - Day 1




Bismillahirrahmanirahim

#kakpiuhtravellog.


Setelah hampir setahun #kakpiuhtravellog tak beraksi, akhirny pada 28 July 2016, #kakpiuhtravellog di active kan! 

Trip kami kali ini ke JOGJAKARTA INDONESIA!. A bit sad sebab Faizah tak dapat join trip kali ni. Percutian Alia & Pjote selama 3 Hari 2 Malam (28-30 July 2016), 
Nana selama 5 Hari 4 malam (28 July - 1 August 2016).

Tiket ke Jogjakarta dah booking setahun yang lepas. Nak Tahu Berapa Tiket Kami Dapat Dan bajet Yang kami spend utk trip niiii?? Kena lah Tunggu. Trip Mampu Milik

Flight kami:
Khamis 28July2016
945am
Air Asia AK346


Seawal 3.30pg aku dah gerak nana dan pjote. Awal kan? Bukan sebab excited terlebih ke apa, tp lebih kepada bersedia. Tak nak kelam kabut. Nanti Stress.

Pjote & Nana datang fetch aku jam 5:04am. Terus pecut pergi KLIA 2. Sampai sana, uruskan urusan tiket & insurance Nana #kenapananaje #nanabanyakceritasedih. (sedihh!!) 

Lepas settle urusan Nana, kami solat subuh & solat sunat musafir dulu. Semoga Allah permudahkan perjalanan kami pergi dan pulang. Amin.

 Moh kita breakfast dulu. Kami lepak di Bibik Heritage sebelum masuk.



Good Morning. Kami dah bersedia untuk beraksi. Hehehe

Order nasi lemak, share 3 orang. Kasih sayang sangat tau. - 


Settle makan, check gate no berapa. Kami masuk awal sebab kat dalam tu jauh oooo nak jalan.




Rupa rupanya gate kami L2 tak le jauh mana nak menapak. Haha. Sementara tu kita selfie dulu


Selain kami ber 3, Insyi dan rakan rakan pon ada. Tapi sampai sana kami ikut tour masing masing






Pen jangan lupa bawak. Form wajib kena isi. Nanti sampai Indonesia, perlu serahkan balik borang ni.


Flight kami pagi tu penuh jugak. Ingat kosong, boleh la Nana join seat sekali dengan kami.


Sampai je tempat duduk, dah ada orang. Tak dapat la nana nak tukar tempat. hehehe.



walaupon dah breakfast tadi dekat KLIA 2, tp nasi lemak pak nasir tak boleh di biarkan begitu sahaja. Mesti order, Masa flight dah ready nak terbang, kitaorg pon ready nak sambung tidur. Tp bila terbau makanan, automatik tersedar. kikiki


Nasi Lemak Pak Naseer


Sheperd Pie

Bumi Jogjakarta. 

Sebelum ke sini ada buat research, tengok map rasa kecik je jogja ni.Tp agak besar. Dalam map mmg la kecik kakak.

**Untuk Info Dari Satu tempat ke satu tempat sangat lah jauh ok. ada yang ambik masa dalam 1 jam ada 2 jam.. so di minta bersabar ye.(bertahan lah wahai hati)


Alhamdulillah selamat mendarat walaupon beberapa kali bergegar .. kecut perut sikit la.  Kami tak dapat mendarat on time sebab ada Airforce training. 



Sampai airport kami, Fajar our tour for 3 day dah sampai. Kami terus pergi lunch tepi sawah..


Cantik


Menu (poning)


Jom makan


Salah order air!. Aku lupa sangat yang air teh di indonesia dia punya taste totally difference, Dia lebih kepada rasa bunga jasmine. 

Set Ayam Bakar

Ayam penyet.

Lunch kami pagi tgh hari itu di taja! Save Budget :)


Mekasih.

Lets Begun Our KakPiuhTravellog


Our First destination is
 HUTAN PINUS MANGUNAN.

Hutan Pinus ni sangat cantik. Ala ala dekat korea tu. So tak da la terkilan sangat tak dapat pergi Korea, Kikiki. 

Tidak di kena kan apa-apa bayaran untuk masuk Hutan ni. Hanya Bayar Parking je. Tapi Supir kami dah uruskn.






love is in the air








ok akk sorang je atas ni.. mana cik Alia n Cik Pijot... hahaha Mereka d bawah.. ini kejam



ok Level 1 je akk mampu. haha Level 2 orang nya naik x Turun-turun, stress akk tunggu.





Destination seterusnya 
WATU LAWANG

Xde bayaran masuk so Jimat di sini. Just bayar duit parking sahaja. Fajar sudah uruskan dong


perjalanan nak ke Watu Lawang mencabar!. Masuk hutan sikit. Manja manja je. Pergi OK sebab turun tangga. Tapi balik azab sikit sebab kena mendaki tangga. 






view dia terbaikkkk








Berbaloi sebab view cantik!

I is gayat sikit. Maka gambar tak banyak sangat kat sini. Haha..


Ni tangga yang harus di naiki masa nak balik. Pakcik dekat situ cakap dalam 130 anak tangga jugak la.

Lepas tangga tu, perlu jalan sikit untuk ke kereta.


Destinasi seterusnya
 GUMUK PASIR, PARANGTRITIS





Ini adalah tempat untuk sand bording. Sebelum kita meluncur kat pasir tu, nanti orang sana akan ajar kita macam mana nak imbang badan supaya tak jatuh. Masa kami sampai dah petang sangat



Tak ramai orang masa kami sampai. So, masa jatuh terolek tidak la teman malu sangat.







Makcik ni akak ajar cara cara untuk surfing.



Eh, ni bukan Zapin tau




Ni pulak bukan Joget Asli









RP 100,000 untuk 1 papan n korang boleh men sampai puas. Berbaloi ok. so Kami decide ambik 1 jela. sharing is caring uollls. hehehee


Tapi Sebelum nak main polish sikitt dengan minyak dulu ya.. Nti mak cik tu akan bagi kita siap2




Angin dia best. Kami main sampai maghrib. Lepas tu baru stop. Itu pon sebab dah gelap . Kalau takk... 


Malam tu Insyi ajak kami dinner sama sama.  2 tempat kami pergi. dua dua tutup. Maka kami cuba makan di Guged Yu Djum


Kedai makan ni menjual signature dish Jogjakarta.


Banyak menu dah habis. Maka kami order makanan seperti di atas. Bagi yang suka manis, boleh la cuba. Tapi aku kurang sikit. Malam ni, dinner kami, Insyi Belanja. Alhamdulillah, jimat lagi.

Selesai makan, terus pergi beli BATIK JAWA.

Fajar bawak kami ke Batik Tirto Noto. Harga batik jawa memang agak mahal sebab quality dia, Boleh je beli di Maliboro street tapi quality berbeza skit.




Rambang mata. 

Semua cantik. Semua nak beli. Tapi ni percutian budget. Kena kawal nafsu. Kikiki


Selesai shopping, senang hati. Oh ya, kami tak check in lagi tau. Time tu dah malam, Risau jugak kalau dia cancel booking. Nasib baik driver kami kenal dengan staff hotel, so dia just call inform them yg kami akan check in lambat. Lega sikit.

Kami book family room untuk 2 malam. Murah je. 


1st time check in hotel jam 10 malam. Fyi, hotel ni takda lif sebab 3 tingkat je, dan kami punya bilik tingkat 3!! huhuhu... Kenapa kami pilih Family Room? Kalau kat Msia, kami ambil bilik biasa je, 1 katil tu sumbat 4 orang pon pernah. Tapi sebab rate hotel murah, so tak rugi ambil family room.

 Rajin rajin survey bilik dia web web seperti trivago, agoda, booking.com etc

Kami pilih Hotel Mawar Asri
Family Room untuk 2 night
IDR 828,000 (RM242)
*seorang RM 82 sahaja untuk 2 malam

Jom tengok bilik


Hotel ni berbaloi la dengan harga yang kami bayar. 



Ok la, sebab untuk tidur je.




bilik air dia comey je


View dari bilik. Sampai hotel terus mandi, solat then Zzz tak sedar diri.

Esok kena bangun 3:30am waktu Indonesia.
Malam tu tidur mmg lena tak sedar langsunggg...

Next post Part 2.


3 comments:

  1. Replies
    1. Alamak, baru baca comment. Nak tahu tak? Dah 2018 ni.

      Delete
  2. Bingung mencari perkhidmatan tour travel di bandung yang murah dan dipercayai? Join segera ke Mdee tour & travel, agen perkhidmatan tour travel di bandung ter murah dengan kualiti service standard pelancongan. Sangat memahami dengan keadaan lalulintas di tempat tempat pelancongan di bandung, berpengalaman membawakan ratusan anggota pelancongan, kami berhubungan baik dengan seluruh agent hotel di bandung, kami juga mempunyai armada dengan keluaran terbaru.

    Sedikit maklumat mengenai bandung dan tempat pelancongan di bandung, Bandung disebut bandar yang paling menonjol jika di bandingkan dengan bandar - bandar lain di Indonesia. Hal ini di karenakan kekayaan akan alam nya yang sangat indah, indah dan menawan. Alasan kedua adalah orang - orang bandung nya yang terkenal dengan keramahan nya dan sopan santunya. Ada banyak tempat pelancongan dengan konsep alam yang sangat menakjubkan berada di kota yang kerap di sebut sebagai kota kembang ini.Apakah anda sudah menerokai keindahan alam kota ini? jika belum, berfikir semula jika ingin menghabiskan percutian anda di Negara lain dan mula mengenali kekayaan di bumi kota kembang ini.Berikut tempat pelancongan yang menjadi rujukan untuk menghabiskan masa cuti anda.

    Berikut kami sisipkan beberapa picture tujuan tempat pelancongan di Bandung :


    *Gunung tangkuban perahu
    *Floating market
    *Sari ater
    *Ciater spa
    *Out bound cikole jaya giri
    *De ranch atau kedua-ala coboy
    *Curug cimahi

    *Dusun bamboo
    *Kebun teh
    *Kebun strawberi yang menyatu dengan resto natural
    *Kawah putih
    *Ciwalini
    *Telaga situ patenggang
    *Trans studio bandung
    *Kampong gajah
    *Saung angklung udjo
    *Cihampelas
    *Cibaduyut
    *Braga
    *Gedung sate
    *Muzium asia Africa


    Dari semua tempat pelancongan di atas dapat anda kunjungi dengan menempuh paket pelancongan kepada kami Mdee Tour & Travel, dengan service bertaraf pelancongan serta armada keluaran terbaru, kami akan mengajak anda untuk menerokai semua tempat pelancongan di bandung tentunya dengan harga yang berpatutan.

    Rate per Kereta per Day :

    # Honda Mobilio /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat)
    # Coaster Isuzu Elf Short (11 seat)
    # Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat)
    # Toyota Hiace commuter (12 seat)

    *Masa sewa 12 jam/hari (8am to 10pm)
    *Include : fuel, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
    *Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta
    *Ada extra charge sebesar IDR 100.000 jika nak melawat ke Kawah Putih
    *Tak ada extra charge jika nak melawat ke kawasan Lembang & Tangkuban Perahu

    Company kami tak payah ada deposite cukup send per picture flight details and tempahan kereta cukup by WhatsApp.

    Berminaaaat ?


    Contact person :
    Call /Whatsapp: 087722700048

    ReplyDelete