Cerita Kami: August 2015

Saturday, August 15, 2015

Faizah Belated Birthday

Assalamualaikum

Happy Belated Faizah. We love you!

Maaf, tahun ni sekali lagi celebrate birthday awak lambat :(

Sempena birthday Faizah tahun ni, kami rancang last minute.  Sambut birthday dah datang beraya sekali. Kami inform faizah, nak datang beraya kat rumah dia, jgn susah susah sedia kan apa apa..

Petag hari tersebut, aku cuti. Pergi ambil Pjote dekat office dulu, lepak lepak solat jap, Kui 515 kami gerak. Terus menuju Kedai Belon di Bangsar dan Tous Les Jour Bangsar. ( My Fav Bakery so far !)
Kek kat sana semuaa nampak menarikk dan sedapp. 

Settle beli kek dan belon, pergi beli Pizza Hut then ambil Nana..

Kami sampai dalam pukul 8.

Tuan Rumah a.k.a Faizah, masak sedapp ooohh.. Kambing panggang.. Sedapnyya..


Small celebration for Faizah Birthday after dinner.


hehe last preparation before surprised.. yeah

with cake n ballon

small cake from us 
Cheese Cake from Tous Les Jours Bangsaar..
Comei jee. Sebesar tapak tangan. Sedap ya Ampun! (hihih)


menu yang puan faizah kita ni masak untuk kami. fulll kot perut ni. Alhamdulillah


nasi daging kambing... yummy

n last menu Daging Kambing. soryy x dapat nak capture terlalu excited.. 

Happy Belated Faizahh.. Wish you happy always with your beloved. Love You!

lubnan Coffee. 2nd time minum 
Lepas dinner, faizaah hidangkan kopi lubnan yang meletop ni..

sesi bergambar!!!!

dengan background putih, kami rasa mcm celebrate di restaurant je. Hehe






Bihun Sup versi Malas


Salam Syawal.

Esok merupakan syawal terakhir. Genap 30 hari kita menyambut Syawal. Emak aku cakap, kalau kat kampung, da sunyi dahh, orang KL je beraya sampai sebulan. Hehe. Tahun depan, tak tahu la sempat atau tidak bertemu semula dengan Ramdhan. 

Disebabkan minggu ni adalah minggu terakhir Syawal, maka berpusu pusu la undangan ke open House. Aku sempat la pergi sebuah rumah hari ni. So, kat rumah memang tak masak la kan sebab pergi open house tgh hr tu. Makanya, malam lapar sudaah la. Nak makan something simple, sup sup panas. Ada 2 menu berlegar di fikiran. 

1. Meggi Kari Meletoop
2. Bihun Sup Chinese Style.

Setelah usap usap perut, maka perut kata Bihun Sup Chinese Style. Hahaa.  Kebelakangan ni, perut tak sedap la.. Bukan sakit perut nak pergi bank.. Macam sakit ada luka dalaman.. Lately ni angkat barang berat. Takut jugak. Huhuh.. 

Eh, nak cita pasal resepi je, tetiba melalut pulak. Ok, Jom tengok resepi

Resepi Bihun Sup Alia's Style

Ikan Bilis - rebus (guna rebusan untuk sup)
Bawang putih
Bawang Merah
Minyak bijan sikit
Udang
Telur
Carrot
Kobis
Bihun

Cara2nya: 
1. Rebus ikan bilis (lama lg sedap)
2. Masukkan Carrot
3. Kuali yg lain, tumis bawang
4. Masukkan bawang dalm rebusan ikan bilis
5. perasakan
6. Masukkan kobis dan pecah telur..
7. Siap!

p/s: jgn lupa celur bihun dulu.. kalau malas, masukkan je dalam sup tu.. senang

Jom tengok hasil nya. Walaupon rupa tak seindah kabar, masuk dalam mangkuk, Licin laa..



dalam fridge cuma ada kobis n carrot je.Kalau ada sawi ,cantik sikit la kot.





cili kicap versi malas.

bawang putih
cili api

blend 2 bahan dia atas ngan air. disebab kan cili api tu sikit dan aku punya la malas nak potong dulu, maka blender tak kisar ngan halus. So, ni nama nya cili kicap asal boleh. Lpas blend (yg tak berapa nak blend), panaskan kuali ngan minyak sikit, masakkan cili lama sikit, then masukkan gula n kicap. Siap


Nak Makan, masukkan cili kicap dan taburkan bawang goreng. Pergh pergh! Meleleh peluh kata ko.

Enjoy!