Cerita Kami: Jom bercuti ke Yogjakarta 2016 - Day 3

Monday, August 15, 2016

Jom bercuti ke Yogjakarta 2016 - Day 3





DAY 3....  YEAH BABE

Bermakna percutian aku dan pjote sudah hampir ke penghujungnya. 3 hari tak cukuuup wooo.. banyak lagi nak explore. Nana akan stay lagi 2 hari, so Nana akan update balance percutian lg 2 hari. Stau tuneee.

Malam tadi selepas lepak makan makan di Sellie Cafe, kami pack pack barang , settlekan semua supaya esok pagi senang. 

pukul 8.00 pagi dah settlekan checkout smua n time untuk breakfast ye awak2. wajibulgunna tu. 
HAHAHA


Nana

Pjote

Alia


Sesi kegedikan bermula. setiap sudut adalah seni bagi kami. ko asa. hahahaa. jangan kecam akk ok.


Menu pagi kat hotel ni simple je. Tp bagi kami Ok lah. Mengenyangkan. Makanan berat ada mee goreng, nasi putih & ayam goreng dan sup. Ada lah buah tembikai sebagai pencuci mulut & roti.

Pada mulanya, kami bercadang ke Kalibiru sebagai lokasi pertama kami pada hari itu. Tapi ada beberapa faktor yang tak dapat di elakkan, maka kami round area dekat dekat je. 



DESTINASI PERTAMA Day 3

Sultan Palace/ Karaton.

Bayaran dikenakan sebanyak IDR 12,500

time ni x payah cakap lah. ramai betul orang mai.. sabar jela


bodyguard gitu. yang sebelah nana tu muka da kenapa macam syuk raja lawak




1st time hantar poskad n keterujaan tu berganda2 ok. so semua decide pilih sorang satu poskad and hantar ke alamat masing-masing. hahahahahhaha




Kami sempat beli poskad dan pos dekat Faizah! Walaupon, faizah tak dapat join trip kali ni, Faizah tetap di hati kami. Cheewah!. Senang je dekat sini sebab keluar je dari Karaton ni, ada post office. Dah boleh terus pos poskad beli tadi.

Sultan Palace ni masih dihuni. Ada certain certain tempat yang tidak dbenarkan masuk.

Dalam ni banyak kepada pameran seperti gambar gambar sultan dan barangan Istana.

yang akk keliru kat sini. orang malaysia yang akk naik flight sama-sama gagal d jumpai. d manakah mereka semua. hahahaha



**Oh ya. Bayaran IDR1000 di kenakan bagi sesiapa yang nak gunakan segala jenis camera, termasuk hp. So, sesiapa yg pakai tag hijau ☝ sahaja di benarkan ambil gambar.


DESTINASI KE 2 Day 3

Taman Sari

** Taman sari ni still lagi digunakan oleh sultan. digunakan untuk sultan bersiram dengan gundik-gundik nya. berapa gundik nya??? hah korang rasa.

Actually zaman sekarang sultan hanya ada 1 orang isteri je . kalau sultan-sultan sebelum ni ada lebih kurang 20 orang gundik. banyakkan.. 

 dekat sini ada 3 kolam dan Sultan akan melihat gundik gundik ni mandi dan akan melemparkan bunga, sapa yang dapat sambut bunga tu, maka dia dapat mandi dengan sultan di kolam yang lain.. Bagi gundik yang dah pernah mandi dengan sultan mereka akan memakai bunga di telinga.




Menurut tour guide yang bawa kami, boleh mandi di kolam ni pada hari rabu sebab baru tukar air bersih.


Bagus jugak bapak tour ni, siap tolong snapkan gambar kami.


Lepas habis tour dalam taman sari, kami di bawa ke galeri batik. Ingat untuk lihat lihat je. Tapi untuk jualan jugak. Aku sempat jugak beli lukisan batik yang agak besar dengan harga IDR100k. Harga sebenar dia letak IDR400k. Dia tak nak kasi kurang, tapi....Hahaa..kuasa pembeli. Menang! 




DESTINASI KE 3 Day 3

Malioboro Street

Kami tak spend lama pon dekat sini. Cuma temankan Nana check in hotel lain, untuk lagi 2 hari. Hotel ni terletak di tengah tengah Malioboro. Sangat senang untuk jalan sendiri pusing pusing.


Lepas settle urusan Nana check in, kami lunch dulu sebelum ke airport. 

Hari terakhir bersama nasi padang.


Sepanjang 3 hri di Jogjakarta, favourite kami ialah Es jeruk dan Es Syrup. Teh botol pon tak order. Es jeruk ni sedap. Macam air limau mandarin yang hijau tu. Es Syrup pulak bukan air sirap tau. Tapi Air Oren. 



Selesai makan, sebelum ke Airport kami singgaj beli Bakpia. Ole ole wajib jika singgah ke Jogjakarta. Pasti sedap bak kata Fajar bila pjote tanya sedap ke?

Oh, dekat Jogjakarta pon ada cawangan Amanda. Sesiapaa nak brownies boleh la suruh driver uols bawak pergi Amanda sebelum ke Airport.

Dah sampai Airport 😭

Tak puas! Tak puas! Tak puas!

Nana hantar kami dan smbung lepak dengan Fajar.


Sementara tunggu flight. Urusan check in luggage mudah je. Aku & pjote kongsi,cuma ambil 20kg. Tawakal je cukup ke tak. Masa check in luggage, orang tu siap tanya, 2 beg je? Kitaorg just risau lebih muatan je. Bila letak beg ke 3, mcm terlebih berat, tapi nasib baik pekerja tu ok, just lepaskan je. Mekasih ya Mas !

Airport comey je, so tak berpenat lelah mcm di Klia 2. Hehe . Masa scanning beg, immigration suruh aku tunjuk perfume. Nak check . Terpaksa la geledah 1 beg nak keluarkan perfume je. Sebab Sekarang, pemekrisaan di Airport Indonesia dah ketat sikit. 


Flight kami on time. Dan waktu balik pon full house!

Flight ready tuk gerak je, aku & pjote pon ready to sleep. Tidur sampi seat pon tak adjust. Tegak je. Janji tdo. Hahaha..Kita org mcm biasa, terbau makanan baru terjaga.

Nasi lemak Pak Naseer as usual

Nasi Ayam.

Alhamdulillah, kami selamat mendarat pukul 8 lebih la. Alhamdulillah kerana Allah permudah kan urusan perjalanan kami.


Selamat sampaai rumah dalam 10 mlm.
Ni antara ole ole dari Jogjakarta.


 Brownies dari Amanda.




ehhh chop chop entry x habis lagii lah awak-awak

HAHAHAHAA
ok after hantar akak 2 orang tu balik. so fajar kata mana yang mau pergi. di tanya nya kita pulak. hahaa memamg xde jawapan lah untuk itu. akak sebenarnya nak g KALIBIRU tapi apakan daya x cukup masa dek.


SO FAJAR BAWAK I DEKAT SINIII....

Ni namanya Watu Lambung. sama macam Kalibiru tapi view dia ada jambatan gitu. so Akak call dia KALIHIJAU. hahahahaa ada ku kesah



Bahasa Jawa dah sekali dia pakai. akak is x pandai


Ok tiket Nak masuk Xada ok. tempat ni Macam kedai makan yang korang boleh tengok view dari atas. dan Kalau nak panjat poko tu je korang kena bayar sekitar RP2000 - RP5000 (sory kelupaan harganya) Maafin buk


ok main boyan dulu. hahaa how to spell it. i dunno lah. hahahaa . 




Before naik dorang akan pasangkan kita tali keselamatan tu. yela risau apa-apa jadikan.

So ready untuk beraksi. hahaa








Ni Nama nya Pisang ok. tp seyes sedap gak lah.. 



Jom Kita Pulang ke Hotel....


eh lupa lagi. Hotel yang akak book untuk hari ketiga n keempat ialah Hotel Amalia.
Actually this hotel agak baru so banyak kemudahan x lengkap. For me yang jenis x kisah so ok je, as long murah n selesa. 2 malam hanya perlu bayar sekitar RM90 ringgit sahaja. 


Settle Check in Malam tu mandi semua n jalan sekitar Maliboro. Gila best wey. Happening.



(image darr en Google Chrome) 


Kalau nak beli barang mintak Tawar ye ibu-ibuk bapak-bpak. 

No comments:

Post a Comment