Cerita Kami: Percutian ke Lombok 2018 - abeltakeslombok Day 3

Tuesday, February 6, 2018

Percutian ke Lombok 2018 - abeltakeslombok Day 3


Assalamualaikum

Lombok Day 3

Hari ni agak santai, kami cuma ada aktiviti snorkling je pada waktu pagi. So, kami bangun pukul 5.30pg (still awal, sebab subuh awai sangat la kat sini ). Siap2, then kami turun breakfast pukul 7.30pg. Gigih kan. Awal gila p breakfast. Kami antara org pertama yang breakfast pagi tu. Disebabkan kami pergi Lombok Low Season, makanya tak ramai org sangat la. Bak kata staff hotel, ada 25 kamar je ada penghuni. Kali ni, boleh makan santai santai sebab banyak masa.

Jom makan!

konon konon ongputih kan

Heavy meal tak boleh ditinggalkan begitu sahaja.
Hotel kami duduk ni, (Ombak Sunset) breakfast selection dia ok jugak. Tapi tak boleh lawan Holiday Resort dekat Senggigi la. Breakfast dia lagi best, lagi banyak selection.

Lepas breakfast harus la pergi tangkap gambar dekat the famous swing in Gili Trawangan.
Waktu kami pergi, tak ramai orang pon! bukan tak ramai, mmg tak ada orang! Tak perlu nak berebut rebut dengan orang lain nak tangkap gambar, sebab I dengar cerita kalau High season, buaian ni menjadi rebutan. Nak tangkap gambar kena beratur bagai.

So, untuk kami, buaian ini kami yang punya!
Nasib baik pagi ni, cuaca cantik sangat. Air pon cun. Maka, apa lagi...

Jom jom posing 

Leeya.

Tengok air laut tu, cantik kan.

Bushra

Ekin

Alhamdulillah, cuaca pagi ni menyebelahi kami


Alia

Lepas dah pose sakan, kami ambil kereta kuda untuk ke Jetty.
Kali ni kami naik 1 je kereta kuda (Rp150K)

Sampai Jetty, terus cari Gili Bahari (snorkling port) yang Eka dah bg tahu awal awal. Dia dah sediakan duit untuk snorkling, kami just passed dekat org yang berkenaan.

Trip Snorking kami start kui 10.00pg. So, sementara tunggu kita selfie duluan deh!

ni dekat Jetty, sementara tunggu boat


sengeh jangan tak sengeh

dalam boat


Gambar masa snorkling tak ada langsung, sebab kami semua excited. hahha. Tipu.
Pening la uols. Mabuk laut.So, tak da selera nak tangkap gambar. (kesian)
Selepas beberapa checkpoint snorkling, tibalah masa untuk Lunch!(I like this part)

Kami lunch di Gili Air (sebutan : bukan air/water, tapi AIR/udara -eng)
Kami duduk je nak order makanan, terus orang datang jual barangan mutiara ni. Katanya Mutiara original Lombok. Harga pon boleh tahan.
Tapi peniaga kat sini tak la aggressive mana. Sopan je orgnya.


Good good! Murah sikit mas

Makanan sampai pon, jual beli tak settle lagi. Biasa - perempuan. Haha
Elok je nak bersantap, hujan turun renyai2. Mari lah kita ber hu hu.

Selesai makan, hujan renyai2 turun sepanjang perjalanan pulang ke Gili Trawangan. Kami tak sempat pon nak jamu mata dekat Jetty shopping sebab tak tahan nak shishi. Lol

Settle snorkelling dalam pukul 3, kami terus balik hotel & solat, freshen up , untuk sesi kegedikan ditepi pantai untuk sunset ! heeee :P

Masa nak turun dari hotel ke Pantai, masih hujan renyai-renyai. Mula2 tu sedih jugak. Tapi dah siap kan. Kita tunggu je sampai hujan stop. Alhamdulillah, tunggu kejap je, Hujan pon stop. Moh le kita ke pantai.


Ombak Sunset. Hotel kami menginap selama 2 malam.
Nak kesini kena naik kereta kuda ye, sebab jauh nun di sana. Paling hujung. Untuk nak privasi, hotel ni bagus untuk anda.

Lia & Romeo
Kalau ikut kan harga untuk bergambar dengan kuda ni dalam Rp100k, kalau tak silap.

Tapi Lia & Ekin boleh dapat Rp50k je. The power of negotiation. Hahaha. Mula2 cakap dekat abg kuda tu, nak tangkap gambar je dengan kuda. Tak nak jalan jalan. Lepas tu pandai pandai la korang. Macam aku cakap, kami pergi Low Season, orang tak ramai, so orang yang bawak kuda ni, layan je la. Mula mula, tangkap gambar je, lepas tu dia pulak yang jadi photographer! Siap bawak ke tengah laut lagi, tangkap gambar. Memang cantik gila. Tambah tambah time sunset.

Kalau nak bergambar berempat, mintak je tolong abam abam Lombok snap kan. Dorang sangat helpful and friendly. Siap dia yang direction kat mana cun. Best wei.. Layaan je. Lagi best bila kitaorg dah set timer camera untuk snap gambar sendiri, ada lagi orang offer untuk amekkan gambar. Tak payah timer timer bagai. Mekasih uolss. Rasa mcm princess. Gitew. Hahaha

Lepas sunset kami solat , tukar baju lagi, p Dinner pulak!
Rancangnya nak pergi dinner kat Exile, lepak lepak ngan mat minah salleh, tp kitaorg tatau nama tempat tu. Sedih! Lastly kereta kuda (mcm princess lagi) hantar kami dinner di Casa Vintage. Ok la, ada unggun api. Nak candle light kan.



Ni gambar lepas candle light dinner. Kitaorg suruh pekerja dekat situ amek gambar satu side je. Dia punya semangat, setiap ceruk kedai dia, suruh kami pose. Lol. Dan tak boleh blahnya kedai dah nak tutup pukul 11, org dapur(perempuan) dah bebel2 nak tutup kedai, tp abam abam kedai ni, excited suh kami amek gmbar lagi. Siap suh promote kedai dia. Lol
Jom tgk gambar kitaorg feeling belakang unggun api





Dah settle dinner, kereta kuda pon dah menanti (alaa.. princess lagi #perasan).

Kami balik dan siap siap kemas untuk checkout pagi esok! sob sob sob
The End Day 3

Day 4 to be continue

No comments:

Post a Comment