Cerita Kami: Resepi
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Thursday, March 31, 2016

Kari Daging Ibuku

KARI DAGING IBUKU

heheh amboi nama nak gempak je kan, ada ku kisahh


Bahan-bahan
1. Daging (dipotong Dadu)
2. Serbuk Kari
3. Serbuk Kari Daging
4. Serai 2 Batang
5. Bawang Merah (dikisah)
6. Halia
7. Bawang Putih
8. Daun Kari
9. Kerisik
10. Santan
11. Bunga Lawang
12. Kayu Manis
13. Kentang


Cara Menyediakan

1. Masukan Serbuk Kari,  Serbuk Kari Daging dan serai 2 batang di dalam satu Mangkuk.

 

 2. Masukan pulak Bunga Lawang dan Kayu Manis


3. Masukan Bawang Merah dan Bawang Putih yang telah dikisah tadi


4. Kemudian Boleh lah di masukan Kerisik di dalam mangkuk yang sama


5. Bahan seterusnya. Kisarkan Cili kering yang telah dipotong dengan halia. jangan lupa untuk       letakan sedikit air dan sedikit minyak seblum dikisar. 


dan inilah hasilnya
6. selepas dikisar kesemua bahan tadi campur kan bahan tdi dengan bahan yang ada didalam mangkuk seblum di tumis. jangan lupa untuk sertakan bersama daun kari.


7. kita panaskan periuk dengan sedikit minyak


8. tumiskan bahan-bahan tadi


9. selepas naik Bau boleh lah masukan santan dan air. dan jangan lupa bahan utama tadi yah. Daging dan kentang yang telah di potong empat. biarkan ianya masak.


10. Bolehlah dihidangkan Kari daging yang telah empuk dan masak tu untuk tetamu. untuk memastikan daging ni lembut. biarkan ianya masak selama 30-45 minit. 



SELAMAT MENCUBA!!!!!

Saturday, September 5, 2015

Resepi LAKSA KEDAH step by step


Assalamualaikum.

Selamat Berhujung Minggu!

Minggu ni buat laksa. Dah lama sangat kitaorang tak buat laksa kat rumah.Ikan dah beli last 2 week. Disebabkan kekangan masa, tak sempat lah nak masak laksa ni. Tips dari pakcik aku yang handal memasak, kuah laksa kena masak awal. Contohnya kalau nak makan esoknya, malam sebelum tu dah boleh buat kuah. Supaya kuah pekat.



Resepi Laksa Kedah, step by step

Rebus Ikan Sardin/ kembong/ tamban (tapi tulang banyak). Aku guna ikan sardin 1 kg. (p/s: kalau laksa sepeket ikan setengah kilo shj)
Rebus bersama asam keping dan garam


Asingkan isi ikan dan tulang ikan


tulang ikan yang kita asing, jangan dibuang. Blend dengan air rebusan ikan tadi,



Tapis


tapis tulang ikan yang di blend tadi . konsep dia macam kocak penapis didalam air.


tapis berulang ulang sampai tulang jadi jernih dan pastikan tulang tak ada dalam kuah.


isi ikan di blend dengan air. Tak perlu tapis, sebab dah asingkan tulang kan tadi.


*bawang besar 2 / 3 biji 
* cili kisar 3 sudu
*belacan (agak agak)

* blender semua sekali


masukkan semua bahan kisar bersama ikan ikan yang sudah di kisar.

Masukkan asam keping (agakagak)

Agak agak kauh dah mendidih, masukkan daun kesum dan bunga kantan.



Kuah yang sudah dimasak , isi ikan akan mendap dibawah dah akan nampak  air yang jernih kat atas permukaan.

Basic bahan bahan hiasan

Telur Rebus
Cili Api
Timun
Bawang Merah
Daun Selom (kalau tak ada, boleh je letak daun apa2.. cthnya salad)

Laksa Beras. Homemade. (Beli)


Tarraa... Siap! Jom mamam

Wednesday, September 2, 2015

Resepi Meggi Kari yang awesome


Skang ni tgh lapar. So teringat ingat meggi Kari yang aku masak smlm. Jom tgk bahan bahannya..

Meggi 1 bungkus
1 sb cili blender
 Seulas Bawang putih
1 sb cili sos
Sos tiram sikit
Telur
Sawi
Udang/ayam/daging

Cara cara
Tumiskan bawang putih yang di hiris halus
Masukkan cili blender
Tumiskan smpi garing.
Masukkan perencah kari meggi  (aku guna separuh je). Masukkan daun kari, untuk effect lebih awesome.
Masukkan cili sos, tiram dan sedikit kicap.. Kacau
Masukkan air Dan udang.
Biarkan mendidih. Masukkan meggi dan sayur.
Akhir sekali, masukkan telur. Jgn usik, biarkan telur masak cantik.

Siap! Makan la Tanpa ragu ragu

P/s: aku x letak garam sebab serbuk kari dah cukup masin

Enjoy!



Saturday, August 15, 2015

Bihun Sup versi Malas


Salam Syawal.

Esok merupakan syawal terakhir. Genap 30 hari kita menyambut Syawal. Emak aku cakap, kalau kat kampung, da sunyi dahh, orang KL je beraya sampai sebulan. Hehe. Tahun depan, tak tahu la sempat atau tidak bertemu semula dengan Ramdhan. 

Disebabkan minggu ni adalah minggu terakhir Syawal, maka berpusu pusu la undangan ke open House. Aku sempat la pergi sebuah rumah hari ni. So, kat rumah memang tak masak la kan sebab pergi open house tgh hr tu. Makanya, malam lapar sudaah la. Nak makan something simple, sup sup panas. Ada 2 menu berlegar di fikiran. 

1. Meggi Kari Meletoop
2. Bihun Sup Chinese Style.

Setelah usap usap perut, maka perut kata Bihun Sup Chinese Style. Hahaa.  Kebelakangan ni, perut tak sedap la.. Bukan sakit perut nak pergi bank.. Macam sakit ada luka dalaman.. Lately ni angkat barang berat. Takut jugak. Huhuh.. 

Eh, nak cita pasal resepi je, tetiba melalut pulak. Ok, Jom tengok resepi

Resepi Bihun Sup Alia's Style

Ikan Bilis - rebus (guna rebusan untuk sup)
Bawang putih
Bawang Merah
Minyak bijan sikit
Udang
Telur
Carrot
Kobis
Bihun

Cara2nya: 
1. Rebus ikan bilis (lama lg sedap)
2. Masukkan Carrot
3. Kuali yg lain, tumis bawang
4. Masukkan bawang dalm rebusan ikan bilis
5. perasakan
6. Masukkan kobis dan pecah telur..
7. Siap!

p/s: jgn lupa celur bihun dulu.. kalau malas, masukkan je dalam sup tu.. senang

Jom tengok hasil nya. Walaupon rupa tak seindah kabar, masuk dalam mangkuk, Licin laa..



dalam fridge cuma ada kobis n carrot je.Kalau ada sawi ,cantik sikit la kot.





cili kicap versi malas.

bawang putih
cili api

blend 2 bahan dia atas ngan air. disebab kan cili api tu sikit dan aku punya la malas nak potong dulu, maka blender tak kisar ngan halus. So, ni nama nya cili kicap asal boleh. Lpas blend (yg tak berapa nak blend), panaskan kuali ngan minyak sikit, masakkan cili lama sikit, then masukkan gula n kicap. Siap


Nak Makan, masukkan cili kicap dan taburkan bawang goreng. Pergh pergh! Meleleh peluh kata ko.

Enjoy!

Thursday, May 28, 2015

Resepi : Kacang Pool



Assalamualaikum

Lama tak berkongsi resepi dalam blog ni. Disebabkan hari ini aku cuti, maka rajin lah sikit diri ini untuk memasak. Resepi hari ni adalah kacang pool. Aku tak ada idea pon macam mana rasanya kacang pool ni sebab seumur hidup aku, tak pernah rasa pon.. Selalu tengok gambar orang post dekat FB atau IG je. 

Dua hari lepas, sembang sembang dengan officemate, mak dia suruh orderkan kacang dlm tin untuk buat kacang pool. nak makan bersahur. senang katanya.. So, aku pon tanyalah macam mana nak buat? Officemate aku pon bagi tau lah resepi nye.. Senang rupanyaa.

Tup tup, officemate aku bawak 1 tin kacang yg beli dekat singapore (malaysia, x sure ada tak) bagi dekat aku.  So, aku pon try la buat. Jom tengok cara2nyaa. senang jee




Bahan banahn

1 tin kacang fool (blend dengan airnya sekali dan tambah air setengah cawan) blend kejap je
Daging cincang (aku guna separuh je)
serbuk kari daging 2 sudu
Bawang besar
Garam



CARA CARA MEMASAK

\
tumiskan bawang sehingga layu

masukkan daging. tunggu sampai air kering

masukkan serbuk kari, kacang pool yg di blend


Perasakan dengan garam. Masak sehingga mendidih dan pekat

BAHAN SAMPINGAN/ HIASAN

telur goreng

limau, cili hijau dan bawang yang didadu

.
.
.
.
.
.
 HASILNYA



boleh dimakan dengan apa jenis roti. Disebabkan rumah aku ada roti gardenia, maka apa yang ada sahajalah.. Bakar kan roti, makan dengan kacang pool yang dah siapp tu.. Jangan lupa perah limau uols, makan pulak dengan cili hijau yang rangup tu.. memang ,meletop. Hahaha..

Selamat Mencuba!!

Wednesday, January 21, 2015

Resepi : Soto Ayam

Assalamualaikum.

Dah lama tak update blog kan. Semua busy je lately ni.

Aku mula mengemari bihun soto ni, masa aku belajar di segamat Johor. Ada satu kedai soto yang sedap kat sana. Bila dah habis belajar, kadang kadang teringat bihun soto ni. Nak ke segamat, bukan nya dekat kan. So untuk menghilangkan kerinsuan terhadap soto, maka aku belajar cara cara nak buat soto. Ni adalah cara aku. Yang aku rasa sedap ikut tekak aku lah. hehhee

Jom aku kongsikan macam mana aku masak bihun soto.

Seekor Ayam dipotong empat. aaku hanya ambil 2 bahagian isi sahaja. Rebus sehingga empuk. Air rebusan jangan dibuang. Kita kan gunakan untuk buat kuah soto



Bahan blend. 

bawang merah
bawang putih
halia
lengkuas
buah keras


Bahan tumis (hiriskan)

bawang merah
bawang putih
kulit kayu manis
rempah 3 sekawan




cara cara nak membuat kuah soto


bahan bled campur kan dengan rempah soto (aku beli rempah timbang dekat pasar tani) so far, ni rempah yang sedap aku guna. aku pernah guna rempah soto di pasar raya, tapi tak umph.


mula mula.. tumiskan bahas hirisan tadi sehingga naik bau dan garing


masukkan rempah soto dan bahan bend tadi. Ingat.. rempah kena masak sampai garing. nanti tak sedap. makanan ada bau rempah yang kuat

ok.  ingat tak air rebusan ayam tadi? jangan buang.. kita masukkan rempah yang kita goreng tadi kedalam air rebusan ayam. rebus sehingga mendidih. season kan ikut tekak memasing. letak garam dan gula. aku tak pakai ajinomoto.. tak reti pon nak bezakan.

maka.. siaplah kuah soto!. Aku terlupa nk snap gabar bihun soto aku yang dah siap. terus ngap je. 




yang ni pulak adalah cara cara nak buat bergedil. aku tengok macam macam cara orang buat bergedil ni. 

cara aku adalah.

ketang- goreng. tumbuk sehingga hancur
hiris bawang nipis2
daging/ isi ayam
daun sup
garam
black paper

gaulkan semua sehingga sebati.cukup rasa. bentukkan bulat, petak, segitiga.. terpulang

telur, dipukul.

celupkan bergedil dalam telur. goreng. jangan asik terbalikkan kan. sebab nant terbuarai isi kentang tu dalam kuali. tungu dia dah ready baru terbalik kan.

siap.

Makan dengan bihun sup dah sambal cili yang berapi.. Meletop weh. Aku dok taip ni pon, dok telan ayaq liuq.

Love :
Cik Kuntum

Sunday, December 28, 2014

Resepi : Sandwich Telur

Assalamualaikum

Entry lepas, aku ada cakap nak pergi picnic dekat taman kan?  Pergi Picnic mestilah ada sandwich. Niat dihati nak buat sandwich tuna je. Suruh adik pergi beli tuna. Dia pergi lah beli, TAPI... dia beli kari tuna! Ermm.. Lepas tu fikir nak buat sandwich sardin je. Letak cili api, sedap tu. Lepas tu fikir balik, yang nak makan tu kanak kanak, takkan nak ikut tekak aku pulak, siap letak cili api kan. Maka, aku buat sandwich telur


Jom tengok cara cara nak buat sandwich sempoi ni.


Bahan Bahan yang diperlukan:

Telur . (aku buat 3 biji je.)
Timun
Tomato
Mayonis
Garam
Black paper



Mula mula, hancurkan telur yang telah direbus


dadukan timun dan tomato. Sesetengah orang suka slice nipis nipis. Aku dadukan supaya budak budak ni tak ada lah tarik keluar tomato dan timun kalau aku slice. Bila didadukan, dorg makan tanpa perasan pon ada timun dan tomato.


satukan telur, timun, tomato, mayonis, garam, black paper. Gaul sebati


Gaul Gaul. Rasalah ok ke tak. Nak tambah apa ke suka hati la.


Aku suka sapu mayonis dekat roti, sebab dia akan membuatkan roti korang lebih creamy (taktau nak describe macam mana). Apitkan roti dengan telur yang telah digaul dengan semua bahan. Tarra! Siap.