Cerita Kami: Makan
Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Thursday, July 19, 2018

TUT EGYPTIAN EATERY - FAIZAH BIRTHDAY



FAIZAH BIRTHDAY 

HAPPY BIRTHDAY FAIZAH!!!!

29.6.2018 actually kita orang decide nak makan dekat Pak John Wangsa Maju, unfortunately kedai tu dah TUTUP. so sad. Kita orang decide untuk cari kedai yang harga affordable untuk kami-kami. hehehe

jeng jeng so kami nampak kedai ni  TUT EGYPTIAN EATERY

Belek bukan main belek so kami pilih SET A harga RM70 - 
(Drink dan kidsFood tak Termasuk) :) 

(Gambar tak ada loh) SORRY

TADA SET A



HERBAL HOT PLATE CHICKEN WITH BAKED RICE (ORIGINAL ∕ SPICY) RM 25.90


MACARONUGGETS RM 12.50


HAWAOSHI BAKED MEAT FOLDOVER (BEEF ∕ LAMB) 

BEEF +1 SIDE - RM 17.90
LAMB +1 SIDE - RM 18.80



BIRAM BAMYA SUCCULENT STEW
(BEEF ∕ LAMB ∕ CHICKEN ∕ VEGETARIAN)

BEEF + 1 SIDE - RM 23.90
LAMB + 1 SIDE - RM 29.50
CHICKEN + 1 SIDE -RM 22.90
VEGETARIAN+ 1 SIDE -RM14.90

GARLIC BREAD RM4.50

TUTS DYNASTY FRIES - RM 5.50

KARKADE FLORAL DRINK RM 7.50 (REFILL)



HAPPY BIRTHDAY MOMMY


nak naik TRAIN katanya. 

Friday, May 20, 2016

Nandos

Assalamualaikum.

Sekian lama tak berjumpa. 

Rindu sangat dengan si kecik Zakariyya ni. So masa Pjote nak hantar medical card dekat Faizah, kami ambil masa untuk jumpa dan chit chat..

For those yang nak ambil Insurance (Great Eastern Takaful) for your baby or for your self, please do not hesitate to contact Pjote personally. She will explain everything to you. (perhaps that she can update the policy / plan in this blog )

:)



Saya dah ada medical card. Auntie / Uncle bila lagi?


Auntie Nana x dapat join this time. So sad. This time Zack join mummy and friends lepaking. 


y la so cute!!




makan makan dan chit chat .


Lepas ni kita jumpa lagi ye. Lama sikit. X puas la jumpa kejap2 ni.


Thursday, March 31, 2016

Kari Daging Ibuku

KARI DAGING IBUKU

heheh amboi nama nak gempak je kan, ada ku kisahh


Bahan-bahan
1. Daging (dipotong Dadu)
2. Serbuk Kari
3. Serbuk Kari Daging
4. Serai 2 Batang
5. Bawang Merah (dikisah)
6. Halia
7. Bawang Putih
8. Daun Kari
9. Kerisik
10. Santan
11. Bunga Lawang
12. Kayu Manis
13. Kentang


Cara Menyediakan

1. Masukan Serbuk Kari,  Serbuk Kari Daging dan serai 2 batang di dalam satu Mangkuk.

 

 2. Masukan pulak Bunga Lawang dan Kayu Manis


3. Masukan Bawang Merah dan Bawang Putih yang telah dikisah tadi


4. Kemudian Boleh lah di masukan Kerisik di dalam mangkuk yang sama


5. Bahan seterusnya. Kisarkan Cili kering yang telah dipotong dengan halia. jangan lupa untuk       letakan sedikit air dan sedikit minyak seblum dikisar. 


dan inilah hasilnya
6. selepas dikisar kesemua bahan tadi campur kan bahan tdi dengan bahan yang ada didalam mangkuk seblum di tumis. jangan lupa untuk sertakan bersama daun kari.


7. kita panaskan periuk dengan sedikit minyak


8. tumiskan bahan-bahan tadi


9. selepas naik Bau boleh lah masukan santan dan air. dan jangan lupa bahan utama tadi yah. Daging dan kentang yang telah di potong empat. biarkan ianya masak.


10. Bolehlah dihidangkan Kari daging yang telah empuk dan masak tu untuk tetamu. untuk memastikan daging ni lembut. biarkan ianya masak selama 30-45 minit. 



SELAMAT MENCUBA!!!!!

Wednesday, September 2, 2015

Resepi Meggi Kari yang awesome


Skang ni tgh lapar. So teringat ingat meggi Kari yang aku masak smlm. Jom tgk bahan bahannya..

Meggi 1 bungkus
1 sb cili blender
 Seulas Bawang putih
1 sb cili sos
Sos tiram sikit
Telur
Sawi
Udang/ayam/daging

Cara cara
Tumiskan bawang putih yang di hiris halus
Masukkan cili blender
Tumiskan smpi garing.
Masukkan perencah kari meggi  (aku guna separuh je). Masukkan daun kari, untuk effect lebih awesome.
Masukkan cili sos, tiram dan sedikit kicap.. Kacau
Masukkan air Dan udang.
Biarkan mendidih. Masukkan meggi dan sayur.
Akhir sekali, masukkan telur. Jgn usik, biarkan telur masak cantik.

Siap! Makan la Tanpa ragu ragu

P/s: aku x letak garam sebab serbuk kari dah cukup masin

Enjoy!



Saturday, August 15, 2015

Bihun Sup versi Malas


Salam Syawal.

Esok merupakan syawal terakhir. Genap 30 hari kita menyambut Syawal. Emak aku cakap, kalau kat kampung, da sunyi dahh, orang KL je beraya sampai sebulan. Hehe. Tahun depan, tak tahu la sempat atau tidak bertemu semula dengan Ramdhan. 

Disebabkan minggu ni adalah minggu terakhir Syawal, maka berpusu pusu la undangan ke open House. Aku sempat la pergi sebuah rumah hari ni. So, kat rumah memang tak masak la kan sebab pergi open house tgh hr tu. Makanya, malam lapar sudaah la. Nak makan something simple, sup sup panas. Ada 2 menu berlegar di fikiran. 

1. Meggi Kari Meletoop
2. Bihun Sup Chinese Style.

Setelah usap usap perut, maka perut kata Bihun Sup Chinese Style. Hahaa.  Kebelakangan ni, perut tak sedap la.. Bukan sakit perut nak pergi bank.. Macam sakit ada luka dalaman.. Lately ni angkat barang berat. Takut jugak. Huhuh.. 

Eh, nak cita pasal resepi je, tetiba melalut pulak. Ok, Jom tengok resepi

Resepi Bihun Sup Alia's Style

Ikan Bilis - rebus (guna rebusan untuk sup)
Bawang putih
Bawang Merah
Minyak bijan sikit
Udang
Telur
Carrot
Kobis
Bihun

Cara2nya: 
1. Rebus ikan bilis (lama lg sedap)
2. Masukkan Carrot
3. Kuali yg lain, tumis bawang
4. Masukkan bawang dalm rebusan ikan bilis
5. perasakan
6. Masukkan kobis dan pecah telur..
7. Siap!

p/s: jgn lupa celur bihun dulu.. kalau malas, masukkan je dalam sup tu.. senang

Jom tengok hasil nya. Walaupon rupa tak seindah kabar, masuk dalam mangkuk, Licin laa..



dalam fridge cuma ada kobis n carrot je.Kalau ada sawi ,cantik sikit la kot.





cili kicap versi malas.

bawang putih
cili api

blend 2 bahan dia atas ngan air. disebab kan cili api tu sikit dan aku punya la malas nak potong dulu, maka blender tak kisar ngan halus. So, ni nama nya cili kicap asal boleh. Lpas blend (yg tak berapa nak blend), panaskan kuali ngan minyak sikit, masakkan cili lama sikit, then masukkan gula n kicap. Siap


Nak Makan, masukkan cili kicap dan taburkan bawang goreng. Pergh pergh! Meleleh peluh kata ko.

Enjoy!

Wednesday, June 24, 2015

KUIH KERIA by nana




Alhamdulillah dah 8 ramadhan kita berpuasa, cepatnya masa berlalu, harap segala amalan kita diterima oleh Allah s.w.t.

ni kalau dah puasa tentu duk pikir nak makan apa nak masak apa kan. kalau dah rajin sangat beli je kat bazar.. hehehe cam cik nana kita ni. hehehe

tapi semalam-semalam cik nana is veryyy rajinn uolsss cik nana tolong mak cik nana masak. hahaha
menu dia Kuih Keria.. hahaa pagi dah g NSK untuk beli barang dapur. so petang boleh la masak kan

jom tengok barang yang kita perlukan

BAHAN-BAHAN

1) Keledek



2) Tepung Beras


3) sedikit air garam


4) minyak masak

5) gula 




CARA MEMBUAT

Rebus keledek sehingga empuk dalam periuk



selepas empuk keledek kita tadi kita lenyekan dia sehingga menjadi halus

sebelum

selepas


selepas dilenyekan kita boleh lah bulatkan dia seperti donut. tadaa!!




kemudian kita gorengkan dia


selepas digorengkan kuih keria tu tadi. kita toskan minyak dia dan kita masak untuk air gula dia pula.. sory gambar saya xde. dan hasilnya beginiii...