Cerita Kami: Bercuti ke Hong Kong 2019 - Last Day

Sunday, November 17, 2019

Bercuti ke Hong Kong 2019 - Last Day

Assalamualaikum

Day 5


Breakfast kami hari terakhir di Hongkong. Akhirnya tercapai jugak impian masak Nasik lemak di perantauan. Haha. Kami habis kan segala barang makanan yang dibawa dr Malaysia. Nak ringan kan beg punya pasal.

Kami tak kemana last day. Just chillin dekat rumah before gerak ke Airport at 1pm. Our flight 6pm. Giler awal kan?

Mengikut perancangan awal, kami akan repeat makan Dimsum di Islamic Canteen lagi sekali. Tapi kami tak nak amek risk, if terjumpa protest di mana mana, naya je...Nauzubillah

Langkah selamat, kami terus gerak ke Airport lepas checkout Airbnb.


Airport transfer, dr Airbnb ke Airport.

Semua sedia maklumkan, sebelum ni ada protest di Airport HongKong. Sebagai langkah berjaga jaga, untuk memasuki airport sangat ketat. Tanpa document atau boarding Pass, korang tidak akan dibernarkan masuk pon. Dia akan check dulu, betul tak flight kita pada hari tersebut, baru dibenarkan masuk.

Perkara pertama yang kami buat setibanya di Airport adalah timbang beg. Walaupon beg kami tak beranak pinak, tapi muatannya berlebihan. Settle je timbang beg, terus kami cari caunter A13 untuk pulangkan octopus card. Airport Hongkong sangat besar weehhh!!. Untuk pulangkan balik octopus card tu, kena pergi balik ke Arrival . Gigih kami cari counter pemulangan Octopus card sebab nak refund. Sayang duit Dalam tu kalau tak return back Octopus Card tu. 


Kaunter Airasia hanya bukak 3 jam sebelum pelepasan. Mereput jugak la di Airport sementara nak boarding. Kedai makanan Halal hanya terdapat selepas Immigration.


Selepas Immigration - snap gambar dulu


untuk ke gate perlepasan, perlu menaiki train jugak.


Di HongKong Airport terdapat restaurant Halal, iaitu Old Town White Coffee yang terletak nun di hujung sana. Sesiapa yang bercadang untuk makan di sini sebelum berlepas, perlu dating awal ye. Airport yang sangat besar. Takut korang rushing je.



Akir Dan Superwing. 


Our last meal at HongKong. 

Habis je makan, kami terus ke gate perlepasan. Duit masih ada, so kami still shopping last min di Airport. Hajat untuk menghabiskan duit di Disney store dekat Airport pon tak kesampaian. Bayangkan.. Itupon kami sampai awal di Airport, tu pon x cukup masa. 

Alhamdulillah kami selamat mendarat di Klia seperti dijadualkan. 

P/s : Detail budget will share at next post
Pss : next trip kemana kita weh??? 


1 comment: