Cerita Kami: Bercuti ke Hong Kong Oct 2019 - Day 4

Sunday, November 10, 2019

Bercuti ke Hong Kong Oct 2019 - Day 4

Day 4

Pagi ni menu breakfast kami Meggi goreng je + Daging dendeng di bawa khas dr Malaysia 😁


Plan hari ke 4:
1. Ngong Ping 360° cable car
2. Halal Famous Egg Tart & Pineapple Bun
3. Ladies Market

Kalau tgk plan, hari ni nampak santai sikit, tp ketahuilah bahawa untuk ke satu satu tempat tu jauh jugak 



Jom kita ke Ngong Ping! 


Untuk ke Ngong Ping, perlu turun di Station MTR Tung Chung, exit B

Keluar je dari MTR Station uols akan nmpak City Gate outlet ni. Dia bersebelahan je dgn Ngong Ping cable car ni. Kalau la kami tahu betapa dekat nya ngong ping Dan City Gate ni, boleh la pergi last day before fly back to Malaysia. Dekat City Gate ni ada locker yang korang boleh simpan luggage. Tempat ni dekat jugak dengan Airport. 


Ngong Ping Cable Car

Macam biasa tiket kami beli siap siap melalui Klook. 

Pakej yang kami ambil :
Round shared standard cable car ride RM88

Boleh ambil private cable car cabin +  crystal (boleh tgk bawah). Ni mahal la sikit. 

Masa kami sampai, dah ramai beratur nak beli tiket. Nasib baik dah beli tiket dgn Klook, so can cut the Que. Hehe. 


Ramai kan orang. Tgh beratur untuk cable car. 


To be honest, cable car ni sangat smooth. Tak rasa gayat pon. Compare dgn Genting Highland, yang tu lagi scary. 

Untuk ke Ngong Ping Village, perlu naik cable car ni, estimate time Dalam 20 min. Sepanjang perjalanan, view mmg cantik la

Walaupon kami beli tiket untuk shared cabin, tp kami dapat 1 cabin untuk kami je. 😁





Big Buddha. 

Sapa rajin, boleh la panjat tangga ni untuk ke atas. Kami simpan tenaga untuk tempat seterusnya. Heheh


Po Lin Temple

Kami x spend masa lama dekat sini. Selepas melawat beberapa tempat kat sini, kami terus tapau lunch. 

Ebeneezer's Kebab & Pizza
Mula Mula ingat nak makan je dekat sini, tp kami kesuntukan masa, so tapau je la. Makan Dalam cable car😜





Bila tapau pizza dan masukkan dalam paperbag. Begini la Rupa pizzanya. Hahaha. Sedih betui

Tapau jugak 3 kebab. 1 kebab kongsi 2 orang. Kat sini portion dia agak Besar. So x perlu beli sorg satu. Lagi pon harga dia sangat wow untuk 1 kebab ye. 


Makan pizza dalam cable car, membuatkan pizza ni bertambah sedap. Hehehh

P/s :Walaupon kami makan dlm cable car, kami makesure bersih tau. Sampah pon simpan. 

OK, turun je dr Ngong Ping Village dgn perut kenyang, Jom kita p ngeteh pulak. Hahaha.. 

Misi seterusnya adalaah me cari Chrisly Cafe. Cafe ni menjual Halal Egg Tart dan roti roti yang lain

Tapi! 

Hanya Pastries sahaja yang Halal tau. Menu lain TIDAK HALAL. Dan pastries tu mmg dorang asing kan . 

Terpulang pada korang sama ada nak terus kan untuk makan atau tidak. Bagi kami, selagi ada tanda Halal, tidak perlu was was. 

Egg tart


Hot Tea Hongkong Style & Pineapple Bun

Mmg sedap Egg Tart dia. Sangat rangup dan lembut. No wonder, orang sanggup cari kedai ni sebab nak rasa Egg Tart dia. 


Halal Certificate. 
Dalam ni semua halal pastries je. 
Ni la Rupa Chrisly Cafe ni. 

OK. Macam mana nak dtg sini? 

MTR Shun Wan, pergi ke Shun Tak Centre Mall. Dalam Mall ni ada Macau square. Cafe tu ada dalam Macau Square. 

Shop no. 3018. Tingkat 3

Settle ngeteh, kami terus ke Ladies Market. Tempat yang sangat di tunggu tunggu untuk pergi selain dr Disneyland. 

Untuk ke Ladies Market ni, perlu turun di MTR Mong kok station

Ladies Market, where the ladies went crazy. 

Crazy sebab harga dia jauh lebih murah dari yang kami beli di Peak Tram. Huh! 

Disebabkan esok dah nak balik, boleh la habiskan saki baki duit kt sini. 


Umi & Shaqir

Kami tak lama pon kat sini sebab belum Solat lagi 😭. Jenuh jugak Google masjid area berdekatan, tapi x jumpa lah. Kot kot korang tahu kalau ada masjid area sini, pls suggest ye. 

Kami peruntukan 1 jam setengah je dekat sini. Mana cukup Wehh.. Lagi menyedihkan, sneaker market pon tak sempat pergi. 

Tapi takpa, kewajipan yang wajib harus ditunaikan dahulu. 

Untuk pulang ke penginapan kami, kalau menggunakan MTR, perlu tukar lines, so kena turun naik tukar train. Nak jimat kan masa, kami ambil Uber je la balik rumah. 

Cost dalam HKD70 untuk XL Uber. Dia hanya accept online payment je. Cash tak accept ye. Perjalanan dari Ladies Market ke penginapan kami tak sampai setengah jam je rupanya. Hehe. Bila naik train terasa lama sebab banyak Jalan. 

Sampai je rumah terus Solat Jamak Asar Zohor. Alhamdulillah sempat 😊

Ni sebahagian hasil tangkapan kami di Ladies Market. 


Toys ni mula mula dia jual 1 kotak HKD100 (RM50) 

Lepastu, kitaorg acah acah nak gerak, dia bg 2 kotak HKD150. Kalau banyak masa mmg kita orang acah lg la smpi dapat paling murah. Tp sebab kesuntukan masa, OK la 2 kotak. HKD150. Dr beli fridge magnet 2 pack HKD100 kt the peak semalam!!!!( Ni berapi betui rasanya kalau ingat balik) . Huh! 


Beg ni pulak 7 dapat HKD100. 
Mula mula dia bg 5 untuk HKD100. Kitaorg tak sempat tawar, dia dah offer dulu. 

Bagi kita orang murah kot. Sebab semalam beli beg jugak 3 untuk HKD 130 😀

Tapi kann.

Bila Jalan depan lagi, kedai tu bagi 10beg HKD100 🀣. Jadinya 1 beg jatuh 10HKD =Rm5 je. OK, tipah tertipu lagi.. 

So, di advisekan untuk korang ke Ladies Market hari pertama Dan hari terakhir untuk survey harga supaya tidak menyesal di kemudian hari. 

Lepas Solat kami plan nak repeat lg Ladies Market ni. Naik Uber je la senang pergi balik.. Tp nasib baik kami dapat kawal keinginan itu.. Sebabbb malam tu dgr bunyi bising bising kt luar mcm ada protest lagii. 


Untuk makan malam ke 4, menu kami adalaah Sardin & Telur Dadar. 
Nyum

DAY 4 Survived 
Alhamdulillah 








No comments:

Post a Comment