Cerita Kami: Bercuti ke Hongkong Oct 2019 - Day 1

Saturday, November 9, 2019

Bercuti ke Hongkong Oct 2019 - Day 1

Assalamualaikum semua. 

Setelah sekian lama menyepi dr blogging, kali ni nak share my recent trip to Hongkong. Rasa rugi pulak kalau x abadikan pengalaman ni ke Hongkong

Seperti yang semua tahu, Hongkong tgh kecoh dgn riot. Boleh dikatakan setiap hari ada riot. Selamat ke wei?? Itu ayat yang membelengu kami semua selama beberapa bulan 😭. Tiket dah beli dr bulan March kot. Macam mana ni.. 

OK, panjangnya intro. Make it short, on 22nd Oct 2019 (Tuesday), kami Berangkat ke Hongkong! 

Trip kali ni seramai 5 dewasa 2 kiddos. 


Seawal 4 pg kami dah terpacak di Klia 2. 

Kami check in luggage 60kg pergi. Banyaknya kan. Sebab kami plan nak masak kat Hongkong nanti. Barang makanan je yg penuh beg

 Bismillahirrahmanirahim. 

Semoga perjalanan kami selamat pergi Dan pulang. 

Lepas je immigration, terus cari surau tuk Solat subuh dulu. 


Flight kami pukul 7 pgi. 4jam perjalanan ke Hongkong 

Makanan wajib dlm flight. Nasi Lemak Pak Naser

Alhamdulillah dah sampai Airport Hongkong. Kematu jugak la duduk lama dlm flight. Sakit leher semua ada. 


 Untuk ke immigration, kena naik train yg disediakan

Urusan di immigration di permudahkan. 

Sangat mudah ye. Xda pon nak scan scan beg ke apa. Risau la jugak Kot2 bahan masakan kitaorg kena check. 


Lepas je settle immigration, kena terus call Airbnb yg kitaorg sewa, untuk inform yg kitaorg da smpi, so dia boleh prepare. Oh ya, telephone sini free tau. Masa ni kitaorg belum collect simcard lg. 


Octopus Card ni collect at Arrival Counter A13. Kami beli melalui Klook. 
Combo octopus card + simcard =RM90

Settle semua, terus cari driver. Kami ambil Airport transfer pergi dan balik. Senang sikit sebab dengan beg banyak, nak naik bas, nak mencari rumah lg kan. Untuk mengelakkan stress di awal waktu, kitaorg amek Airport transfer. Driver ni, tuan rumah yang kenalkan


Org yang paling banyak yang settle kan segala urusan. Terima Kasih zaty 😘


Kita org janji suruh pickup pukul 1, sebab  takut lama kat immigration . Tp kui 12 dah settle. So try je la call. Sekali dia mmg dah tunggu je kt Airport. Terbaikk 


Dalam Van. (berangan driver amek dgn velfire) 🤭. 


Oklah van pon. Untuk Airport transfer ni, kami di charge HKD350 (RM150). 

Untuk senang pengiraan matawang HKD ke RM, kami just divide 2 je.. Sen Sen tu xmo ambil kira sangat, nnti pening je
 Cthnya RM1 = HKD0.50


Ni Rupa simkad yg kita beli sekali ngan octopus card tu. Kami guna ni sepanjang 5 hr OK je. Xda sebarang masaalah. Senang sgt nak guna. 

Driver hantar kami sampai depan Bangunan rumah. Nasib baik Izzaty sangat alert. Rupanya driver hntr salah building! Kami dah siap turun beg bagai kot. Terpaksa masuk balik dlm van, pergi bangunan lain pulak. Cuba bygkan kalau kami naik bas? Hahhahaa.. Naik van pon salah building. Hehe

Sampai je kat building sepatutnya, staff owner rumah dah tunggu. Sebab td kat Airport dah call dia kan. So dia dah ready la. 

Kami sewa Airbnb sebab kebanyakan hotel kat HK kecil kan, kalau Besar tu, x cukup pulak budget kami. Di sebab kan makanan pon mahal kat sini, kami decide ambil Airbnb je.. Boleh masak. Dapat rumah, lebih selesa.


Sampai je penginapan kami, terus keluar kan bahan masakan. Hari pertama ni kami free and easy je. 

Solat semua done, destinasi pertama kami adalaah!!! 

Mini Market! 


Beli telur, mineral water & buah. Kalau ikut kan, telur pon nak bwk dr msia (rebus siap2). Hahaha. 

Hasil belian hr pertama. Sebenarnya kitaorg nak pecah kan duit jugak. Sebab masa tukar duit hr tu, dia bg duit Besar, takut jugak nak guna. 

 Telur made in Malaysia

Mini Market tu bawah rumah je. Sangat senang la kita org nak beli apa apa. 

Kami tinggal di Man Ying Building, Ferry Street. Kalau dr penginapan kami ke MTR Austin, x smpi 5 min pon. 

Masa kami sampai, tgh turun2 kan barang dr van, ada org tempatan tegur, dia siap tunjuk kan arah, mcm mana nak p MTR Station. Rasa terharu pulak 🤭

Settle kami freshen up, lunjur2 kaki di rumah, tibalah masanya untuk explore Hongkong! 

Kami ke Avenue of Star

Bruce Lee


Tapak tangan salah seorg yang terkenal di HongKong

Kami x stay sampai malam pon. Sekadar strolling petang je kat sini. 

Untuk hari pertama, kami x masak. Makan luar malam ni.

Kami try makan di Ma's  Restaurant. Untuk ke sini, perlu naik MTR ke Prince Edward. Kemudian, kena jln sikit. Korg boleh Google maps je. Insha Allah senang cari. 

Dah sampai hongkong kan, harus la order ini

Lamb Goulash. Aduh, tgh menaip pon, tertekan ailio tgk ni. Kami dah aim nak makan ni dr Malaysia lg. Hilang ngidam. Heehe


Dalam dia juicy wehh. Sedappp

Order Nasi goreng pelbagai rasa, tapi semua sama je colour. Haha. Sepiring nasi goreng ni harga dia HKD62 (RM31) 

Order 3 je. Portion dia agak besar

 Depan Ma's Restaurant. Salah satu restaurant Halal yang famous di Hongkong. 

Kalau ikut kan itinerary kami, sepatutnya ke Ladies Market untuk survey dan cuci mata dulu. Tp kami semua kehabisan bateri, walau pon baru je charge dgn makan td. Still penat, so decide untuk balik je. 

Alhamdulillah Day 1 kami survive. 
 Tasabar esok nak ke Disneyland!! 

 Day 2


No comments:

Post a Comment