Cerita Kami: Asiah's Wedding. Johor kami datang!

Saturday, September 5, 2015

Asiah's Wedding. Johor kami datang!

Assalamualaikum.

Seminggu sebelum merdeka, aku dan keluarga (kecuali mamat) bertolak ke Johor. Tujuan utamanya adalah nak pergi Kenduri! Tahniah Asiah!. Kami bertolak sesudah subuh, Pada asalnya hanya aku dan emak je pergi sebab adik aku mungkin terlibat dalam aktiviti kemerdekaan. Nasib tak baik tahun ni, sekolah dia decide untuk tidak join this year punya acara. Kecewa jugak adik aku.. Dia mmg dah berkobar kobar nak join dari form 1 lagi.

Takpe lah, marilah mengubat kekecewaan dengan pergi ke Johor!.

Sesudah subuh bertolak. Bapak aku drive all the way to Johor!. Aku offer nak drive pon, tidaak di pedulikan. Alhamdulillah.. cuaca cantik sangat. Tak panas. reduppp je. So, bapak aku bawak dengan santainya la.Sampai dekat mana tah, hujan sikit. Bila sampai Skudai, nak exit... terlajak pulak sampai kempas. Pusing balik..




Minah ni multitasking kalau bab bab ni.. Dia boleh baca novel dlm kenderaan bergerak sambil play video music bigbang kat lappy.

Alhamdulillah, kami sampai dalam pukul 11 am. Niat di hati nak terus check in. Tapi, bilik penuhh..Hanya boleh check in pukul 2. Sementara nak check in, jom la kita pusing Plaza Angsana dulu.


Plaza Angsana. Aku selalu dengar pasal Plaza Angsana ni.. Akhirnya sampai jugak la kat sini.. Ingat nak tgk wayang dulu . Nak menghabiskan masa .. Konon la. Tapi, wayang tak ada! hehhe.. Round satu Angsana ni, terjumpa tempat bowling. Cantik.

Lepas pusing 1 angsana, bapak aku dah penat da.. Jam baru pukul 1230pm. Lambat lagi nak pukul 2.. Nak makan kenyang. Tadi singgah R&R untuk breakfast. 

Kitaorg dah blur, tak tau p mana dah.. Mak aku ajak lepak kat Pizza Hut je la.. Tak habis, nanti bungkus je la,makan kat Hotel.. So, lepak Pizza Hut. Memandangkan hari Jumaat, maka ramai la jugak orang. Sebab Johor, cuti Jumaat.  Nasib baik jugak, order kami lambat sampai.. So, lepak lama sikit la kat Pizza Hut tu. Bila order sampai, Sedap pulak la hai Pizza ni.. Maka, konon konon kenyang tadi, terus tak kenyang. Tetiba rasa macam tak cukup Haha.. Selesai makan, baru pukul 1.30pm.. Ermm.. try nasib lah kalau dah boleh check in.




Alhamdulillah, boleh check in dah. Hoyyeeeh! Nak katil je waktu tu. Jom tengok bilik


Aku pilih Family Room. 1 queen bed dan single.



Seminggu sebelum, aku book hotel ni. Hotel Oak Valley Boutique. 
Harga untuk bilik yang aku booking ni RM145 + RM50 deposit (tanpa breakfast). 



Lepas rehat, mandi, solat, tidur 1 round, kami siap siap untuk acara nikah Asiah & Acap. 

Tahniah Asiah & Acap dari kami seleuarga!


Esokknya, tiba lah hari bersanding Asiah. Bangun pagi, mak aku dah bancuh kopi dan makan roti yg kami bawak dr rumah. Semua orang macam dah kenyang je, Tak nak breakfast kat luar ke? 
So, kami pon pergi lah breakfast kat kedai terdekat.


Aku order mee goreng. Tengok pon dah sedap kan. Memang sodap pon. Hua hua

Aku ngan omak kat Lobby
My Parent, My Love

Lepas kenyang, balik Hotel.. minah ni sambung baca novel sementara ambil turn bilik air.


Kami checkout tepat tepat pukul 12pm. Terus pergi rumah kenduri.

Sampai, terus makan la. Apa lagi nak tunggu!


Ni Auni. Last Jumpa time Degree la. 

Ni lah pengantinnye. Makeup Asiah cantik.. 

With Auni dan Fadzliana. Dapat jumpa Fadz kejap je, sebab minah ni sesat pulok.


Settle je bergambar dengan pengantin.. kami pon menuju ke Johor Premium Outlet (JPO)! Yeay..
Selalu asyik dengar je pasal JPO. Akhirnya dapat jejak la jugak. Ngeh Ngeh Ngeh.


Nasib baik aku snap gambar ni. Sebab dekat ngan parking. Bila balik, cari kereta tak jumpa. Tunggu kat guard bangunan ni, dia tunjuk, tempat ni jauuh lagi kat depan sana,, Hahah.. Pusing JPO tak hingat. 



Tak beli apa sangat pon. Nak masuk pon tak berani. Kui3.  Jalan jalan, cuci mata. Tapi yang banyak borong baju, adik aku.

Settle JPO, kami singgah Pontian, rumah anak buah abah aku. Kami stay sana 1 malam. Malam tu, Kak Diah & Abg Din bawak kami pusing pusing pontian.



Lepak tepi pantai


Esokknya, kak diah plan nak bawak kami ronda kat Tanjung Piai pulak lepas breakfast. Tapi abah aku nak balik cepat. Nak rest katanya. So, lpas breakast, kami bertolak ke KL. Dalam 2.30, kami sampai dengan selamatnya. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment