Cerita Kami: Berkelah @ picnic di Lake Garden

Sunday, December 28, 2014

Berkelah @ picnic di Lake Garden

Assalamualaikum.


Cuti sekolah masih tinggal 2 minggu. Untuk tidak mensia sia kan cuti tersebut, aku bawak budah budah main di taman sambil berpicnic. Picnic la sangat. Hari Isnin aku cuti, so boleh la kita pergi taman. yeay!

Kebetulan hari tersebut, adik aku kena ambil result PT3. Aku drop dia kat sekolah dan pergi Lake Garden dengan yang lain. Bila dah setel ambil keputusan, baru dia akan join our little picnic. Oh ya, aku ajak jiran aku join sekali. Ramai ramai baru meriah kan.


Menu manja manja je.

Roti telur, nasi goreng, hotdong, nugget dan pelbagai jenis air. Ada air masak, sarsi, rosselle dengan air teh. 



Kak Mah bawak hotdog dan nuget


Gigih betul aku buat sandwich telur ni. Lepas subuh terus buat. excited sebenornyer.


Nasi goreng. Asalnya nak goreng mee. Time pergi kedai, baru perasan duit tak cukup  T_T


Masa kami sampai, hujan renyai renyai. Nasib baik kami pergi hari isnin, maka tak ramai orang. Dapatlah kami duduk kat tempat tempat yang disediakan. Sementara nak tunggu hujan renyai, kita makan dulu. Dah makan baru ada energy nak main


paling excited. Bila kena tangkap dengan nenek, susah hati dia sebab tengok abang abang yang lain tengah main, tapi dia tak boleh main. hehe


Taman ni nampak kecil. tapi sebenarnya dekat belakang belakang tu ada lagi macam macam permainan. Memang budak budak ni main sakan la. Aku yang besar ni pon teringin nak main sekali . Hehe


Lepas ambil keputusan PT3 baru adik aku join.


Tak gayat langsung lalu atas titi gantung ni. Kalo aku dah cuak dah.


Amboi, yang sikecik tu pon pose sakan.


Lepas penat cuba semua permainan, kami teruskan dengan melawat Rusa pulak! Di Lake Garden ni ada Taman Rusa tau. 


sapa paling excited?


Lompat!



Group photo!



Ni la taman Rusa dan Kancil


Tiada sebarang bayaran dikenakan. Time masuk, korang baca la ye papan hijau tu.



Keadaan dalam taman ni bersih je. Kita rasa macam dekat Zoo pulak. Suasana pon mengundang je. Fefeling dekat kampung.



Dalam taman ni ada air tejun, sejuk je rasa. Suasana dalam ni tenang dan nyaman.


Rusa dan kancil di taman ni sihat sihat dan gemuk gemuk belaka. Berbeza kalau kita pergi Zoo kan, kita boleh nampak sekor dua je rusa atau kancil. Kat taman ni ada banyaakk.(dahnamapontamanrusadankancil)


Bila tengah hari dah panas sikit. Nenek pakaikan haziq turban. tapi kejap je la dia pakai


Macam kat kampung kan? dusun buah . ada durian... rindunyaaa nak balik kampung....


Ok, dah tengok rusa, jom kita naik train pulak



Niat dihati nak naik train, tapi tunggu punya tunggu tak muncul muncul. Bila tengok jam, time luch rupanya. Kalau nak naik, bayaran seorang hanya RM4 untuk 15stop. Tak ada rezeki nak naik train, jom lah balikkk


Haziq dah penat, ajak balik


Abang abang layan je budak kecik ni.




Bagusnya haziq ni, dia tak merengek atau nangis kalau penat atau mengantuk. Aku saja la tanya, "abang nak dukung tak?".. Tanak. Nak jalan katanyaa.


Ni adalah sebagaian pokok pokok yang ditanam di lake garden


cantikkan. bentang tikar tengah tengah tu tuk picnic best tuu... Ok .. Nexttttt picnic pleasee


Ok. Jom Balik.

Love:
Cik Kuntum



No comments:

Post a Comment