Cerita Kami

Saturday, August 15, 2015

Faizah Belated Birthday

Assalamualaikum

Happy Belated Faizah. We love you!

Maaf, tahun ni sekali lagi celebrate birthday awak lambat :(

Sempena birthday Faizah tahun ni, kami rancang last minute.  Sambut birthday dah datang beraya sekali. Kami inform faizah, nak datang beraya kat rumah dia, jgn susah susah sedia kan apa apa..

Petag hari tersebut, aku cuti. Pergi ambil Pjote dekat office dulu, lepak lepak solat jap, Kui 515 kami gerak. Terus menuju Kedai Belon di Bangsar dan Tous Les Jour Bangsar. ( My Fav Bakery so far !)
Kek kat sana semuaa nampak menarikk dan sedapp. 

Settle beli kek dan belon, pergi beli Pizza Hut then ambil Nana..

Kami sampai dalam pukul 8.

Tuan Rumah a.k.a Faizah, masak sedapp ooohh.. Kambing panggang.. Sedapnyya..


Small celebration for Faizah Birthday after dinner.


hehe last preparation before surprised.. yeah

with cake n ballon

small cake from us 
Cheese Cake from Tous Les Jours Bangsaar..
Comei jee. Sebesar tapak tangan. Sedap ya Ampun! (hihih)


menu yang puan faizah kita ni masak untuk kami. fulll kot perut ni. Alhamdulillah


nasi daging kambing... yummy

n last menu Daging Kambing. soryy x dapat nak capture terlalu excited.. 

Happy Belated Faizahh.. Wish you happy always with your beloved. Love You!

lubnan Coffee. 2nd time minum 
Lepas dinner, faizaah hidangkan kopi lubnan yang meletop ni..

sesi bergambar!!!!

dengan background putih, kami rasa mcm celebrate di restaurant je. Hehe






Bihun Sup versi Malas


Salam Syawal.

Esok merupakan syawal terakhir. Genap 30 hari kita menyambut Syawal. Emak aku cakap, kalau kat kampung, da sunyi dahh, orang KL je beraya sampai sebulan. Hehe. Tahun depan, tak tahu la sempat atau tidak bertemu semula dengan Ramdhan. 

Disebabkan minggu ni adalah minggu terakhir Syawal, maka berpusu pusu la undangan ke open House. Aku sempat la pergi sebuah rumah hari ni. So, kat rumah memang tak masak la kan sebab pergi open house tgh hr tu. Makanya, malam lapar sudaah la. Nak makan something simple, sup sup panas. Ada 2 menu berlegar di fikiran. 

1. Meggi Kari Meletoop
2. Bihun Sup Chinese Style.

Setelah usap usap perut, maka perut kata Bihun Sup Chinese Style. Hahaa.  Kebelakangan ni, perut tak sedap la.. Bukan sakit perut nak pergi bank.. Macam sakit ada luka dalaman.. Lately ni angkat barang berat. Takut jugak. Huhuh.. 

Eh, nak cita pasal resepi je, tetiba melalut pulak. Ok, Jom tengok resepi

Resepi Bihun Sup Alia's Style

Ikan Bilis - rebus (guna rebusan untuk sup)
Bawang putih
Bawang Merah
Minyak bijan sikit
Udang
Telur
Carrot
Kobis
Bihun

Cara2nya: 
1. Rebus ikan bilis (lama lg sedap)
2. Masukkan Carrot
3. Kuali yg lain, tumis bawang
4. Masukkan bawang dalm rebusan ikan bilis
5. perasakan
6. Masukkan kobis dan pecah telur..
7. Siap!

p/s: jgn lupa celur bihun dulu.. kalau malas, masukkan je dalam sup tu.. senang

Jom tengok hasil nya. Walaupon rupa tak seindah kabar, masuk dalam mangkuk, Licin laa..



dalam fridge cuma ada kobis n carrot je.Kalau ada sawi ,cantik sikit la kot.





cili kicap versi malas.

bawang putih
cili api

blend 2 bahan dia atas ngan air. disebab kan cili api tu sikit dan aku punya la malas nak potong dulu, maka blender tak kisar ngan halus. So, ni nama nya cili kicap asal boleh. Lpas blend (yg tak berapa nak blend), panaskan kuali ngan minyak sikit, masakkan cili lama sikit, then masukkan gula n kicap. Siap


Nak Makan, masukkan cili kicap dan taburkan bawang goreng. Pergh pergh! Meleleh peluh kata ko.

Enjoy!

Wednesday, July 29, 2015

Raya ke-2 bersama kak piuh


Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidilfitri..



Raya kedua kami,, kami ke Melaka. umah buk Pijot. hehehee

Time ni kami berdua sahaja, kawan kami Faizah x berapa sihat. kami doakan awak sihat ye Faizah. nti kita g beraya sama-sama ye. dont notty2 jaga diri elok-elok. kami sayang awak. Muaaaaah!!!

Di sebabkan Nana dan Alia raya di KL sahaja, maka raya ke 2 kami nak la jugak beraya di kampung. Hahaha. Dan kampung Pjote la paling dekat dgn KL. So tahun ni, cik Nana merasalah beraya di Kampung. Cik Nana kena cari suami orang jauh la, kalau nak beraya jauh. Heeee.. Gurau.

Terima Kasih Pjote dan keluarga, sudi terima kami berdua ni. 

Kami gerak dari KL pukul 10 tak silap. Cun cun pukul 12 sampai . Sampai je, terus makan. Bagus sangat anak dara berdua ni. Hehe.. 

Lepas makan makan , solat dulu kat rumah Pjote, Tuan Rumah bawak kami melawat kawasan. Tuan Rumah bawak kami ke Pengkalan Balak. Laut wooo.. Ramai jugak kaum kaum lain bawak keluarga datang bercuti sempena raya ni. 

Lepas berangan rangan tepi pantai, niat di hati nak pergi pekan.. Sekali Jammed daa. 

Jom layan gmbar raya kami



3 dara pingitan.







Depan rumah pjote



Tengah tengah panas posing









Mintak maaf ye atas kesalahan saya selama ini







Ok.. Nana dah ready nak balik. Jom!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI


hari ini genap 14 hari kita beraya. seyes!!! macam x caya je. semalam poser hari ni raya. cepat betul masa berlalukan. tengok-tengok dah raya

btw geng kak piuh nak ambik kesempatan ni nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir batin. jemput datang rumah ye., hehheee.

sebulan kita berpuasa tentu ramai yang excited nak beraya kan? duk pikir nak baju raya kaler apa tahun ni? nak berapa pasang? nak beli itu ini, hias rumah semua.. Tu semua xkan terkecuali. semua nak nampak cantik kan pagi raya.. mintak maaf kuih sepotong saya mau makan kenyang kerna perut kosong!!! eh lagu raya pulak kita awok..

cerita saya di hari raya, this year beli baju dah siap je untuk satu family, n color dia,,, hijau, ala-ala army lak kita raya tahun ni.. tp gmbr xde lah awak. maafkan saya ye. baju yang tempah x siap so apakan daya beli n pkai. xyah pening-pening. rutin malam raya g jalan Tar cari apa yang patut. dah knapa ko Nana Tahar g Jalan Tar malam-malam ngan sesak nya.. why?? hehehe jawapan mudah, sebab saya suka tgk org jual beli barang, n lagi satu barang murah gila ok!!


lagi satu kisah sedih d petang raya. nak d pendekan cerita, patutnya petang raya semua duk sibuk nak siapkan masakan untuk raya kan. saya baru nak g beli brg untuk masak.. Sebabnyaaaa LIFT umah saya Rosakkkk.. yang paling kecian my mom lah. dah la kaki nya sakit x pasal nak turun tangga dari 22 sampai G. ko asa.. tolong lahh Ketua Kampung ambik tindakan bukan duk bergosip je .. marah ni.. sekian.. hahahaha


menu untuk raya ni kami masak

RENDANG AYAM
RENDANG DAGING
KETUPAT
KETUPAT PALAS
SAMBAL IKAN BILIS
SERUNDING

simple je kami masak. x sempatkan

Bila pagi raya g solat raya, maaf maafan n jom raya ye.. tengahari dah penuh rumah mak cik pak cik datang raya. petang pun ada kawan datang. alhamdulillah. ingt kan ramai yang balikk kampung thun ni tpi ramai yang raya dekat KL lah. auchhh ada geng lah..

Tu lah kisah saya aka Nana Tahar . kalau ada salah n silap saya minta maaf

AIDIL FITRII
HARI BAHAGIA
HARI YANG MULIAA
MOHON MAAF KEPADA SEMUA
SELAMAT SELAMAT HARI RAYA!!


Wednesday, June 24, 2015

KUIH KERIA by nana




Alhamdulillah dah 8 ramadhan kita berpuasa, cepatnya masa berlalu, harap segala amalan kita diterima oleh Allah s.w.t.

ni kalau dah puasa tentu duk pikir nak makan apa nak masak apa kan. kalau dah rajin sangat beli je kat bazar.. hehehe cam cik nana kita ni. hehehe

tapi semalam-semalam cik nana is veryyy rajinn uolsss cik nana tolong mak cik nana masak. hahaha
menu dia Kuih Keria.. hahaa pagi dah g NSK untuk beli barang dapur. so petang boleh la masak kan

jom tengok barang yang kita perlukan

BAHAN-BAHAN

1) Keledek



2) Tepung Beras


3) sedikit air garam


4) minyak masak

5) gula 




CARA MEMBUAT

Rebus keledek sehingga empuk dalam periuk



selepas empuk keledek kita tadi kita lenyekan dia sehingga menjadi halus

sebelum

selepas


selepas dilenyekan kita boleh lah bulatkan dia seperti donut. tadaa!!




kemudian kita gorengkan dia


selepas digorengkan kuih keria tu tadi. kita toskan minyak dia dan kita masak untuk air gula dia pula.. sory gambar saya xde. dan hasilnya beginiii...




Sunday, June 7, 2015

KEDAWANG HOMESTAY


today nk wat review sedikit mengenai homestay yang saya stay beberapa minggu yang lepas. lokasi dekat Kedawang, Langkawi. x terlalu jauh untuk ke Pantai Cenang. dalam 10 minit macam tu dah sampai dan untuk ke Pekan Kuah agak jauh sedikit dan mengambil masa dalam 20- 25 minit. 

view homestay ni adalah Sawah Padi, tapi time saya pergi ni padi x brapa nak naik lagi.. 

untuk pakej Homestay ni. saya ambik Pakej yang ada:-

Homestay 2 Bilik
Kereta Innova 3 Hari
Island Hoping utk 6 org

TOTAL= RM690

Berbaloi x? 


untuk star yang saya boleh bagi dekat sini 3.5 dari 5. hehe sebab kami stay untuk tidur je kan. overall ok lah. kalau nak lagi sedap n bagus korang semua boleh stay dekat area Pantai Cenang. n Harga pun quite ok. tapi saya nasihatkan jangan lah pergi time cuti Sekolah ok. mmg penuh chalet dekat area sana. sila booking awal.. 


untuk dapatkan Homestay yang murah korang boleh Call Cik Insyirah

P/S: siapa yang berminat nak dapatkan pakej murah dan berbaloi-baloi
boleh lah Hubungi cik Insyirah or Whatapps kat no : 017-536 7426 
or
boleh follow Insta cik Insyirah ni.
melancong_murah_baloi

terdapat homestay lain yang disediakan oleh cik Insyirah kita ni. untuk maklumat lanjut call je dia k..
jangan malu dan sengan k.