Cerita Kami

Saturday, September 5, 2015

BBQ TOWN Mid Valley- Pjote's Belated Birthday & Nana's Advance Birthday





Opss tajuk, Panjang nye

Semalam, kami celebrate belated Birthday Pjote dan Advance birthday Nana. Maaf, pjote dan Nana, disebabkan kesuntukan masa dan ke"busy" an semua orang, terpaksa celebrate birthday korang sekali, Hehe..

Kali ni, kami decide untuk celebrate di BBQ TOWN, Mid Valley. Lokasi adalah berdepan dengan F.O.S




Lepas solat maghrib, kami terus que untuk seat. Mmmg cun cun je. Lpas kami dapat tempat, ramai yang beratur tunggu meja. 




















kek comey untuk Pjote dan Nana. 

Semua gambar kami, Ber asap... Hihi






Di BBQ Town ni, kami pilih chicken soup dan Iced Lemon Tea. Free flow. Kalau habis, dorg akan refill kan untuk kita. Tak perlu bangun bangun. U just enjoy your food. Nampak tak box hitam tu? Waiter akan tanya kita nak daging apa? Kami ambil SEMUA lah! Daging Ayam, Kambing,Daging dan Udang. Daging yang di slice sangat nipis. so, process nak masak tu kejap je. And also, daging daging ni pon free flow. Dah habis, mintak je dorang apa yang kau nak.


ber asap asap kan.
Sukanya dapat makan. Kami suka makan.!!






BBQ town ni, bukan grille je. Steamboat pon ada. 




berapa kali tah kami request untuk tambah daging. Sedap tau. Walaupon tak marinate macam seoul garden, daging dia just nice. Kami siap wrap dengan salad, letak daging slice, letak sos, fefeeling deahan mingkuk manse. Sapa tengok The Return Superman mesti tau!. Hahaha

masak, jangan tak masak


Masa kitaorang makan, ramai lagi tgh Que kat luar untuk dapatkan meja. Kitaorang memang betul betul makan. Pukul 10 a.k.a kedai nak tutup, baru bangun dari meja. Lepas tu, nak jalan tak larat!. 



Happy Belated Birthday Pjote!


Happy Birthday in advance Nana!

So, total kami malam itu adalah

RM185.65 
termasuk 10% + 6% gst. 

Ok lah kan.

website :  bbq town

so why not korang kat luar sana try LAH!!!! 


Lepas makan, hantar Faizah balik.. Then balik rumah, tidur dalam kekenyangan. HIhihi..

Last potluck with Bv Team

My last potluck with Bv team.

Akhirnya, slps 5 tahun.. Tiba masanya untuk aku beralih angin. Alhamdulillah, aku dapat offer di sebuah company di Dang Wangi. Bukan gaji yang lebih dicari, cuma pengalaman baru dan nornal working hour. Bak kata one of my cousin, don't stay in a comfort zone forever. So, I take the challenge after 5 years. 31  August 2015, is my last working day. My last day working during public holiday, my last working in afternoon shift(hopefully)..

Ok, lets talk about potluck la. Kalau di ikutkan, aku x dapat join sebab Abah aku batu admit hospital sebab accident. Mengenangkan, yang ni adalah potluck terakhir dgn Bv Team, maka aku cuba untuk hadir. So, jom tengok menu kami..

Aku masak udang goreng.  Niat di hati nak buat kari udang, tp x sempat nak meng'kari' kan udang ni.

Kak Azrah bawak ayam masak merah kenduri. Kenapa aku sebut kenduri? Sebab rasa dia macam makan kat kenduri.. Sedappp.. Tertelan ailio, bila teringat.

Kak nita goreng papadom

Jannah, masak nasi minyak. Ni lagi sorang.. Hebat.

Kak pushpa masak sambal sardin

Syafiqah bawak karipap

Wan Aaron bwk bihun goreng

agar agar. Annnnita yang buat. Anni Dan anita. Hihi


Kek sponsor by our boss. Mei

Nugget penuh kasih sayang dari adik beradik.. Izzat and farahin..



kami start potluck pukul 9 pagi .


tqsm uols. Siap bagi saya hadiah lagi!





Sesi bukak hadiah. Nanti saya letak frame ni dekat meja saya ye.


Uih, suka nya. Dapat kain Saree dari Kak Pushpa, Dah ada baju raya haji. Yeay!




Thanks Uols atas hadiah hadiah ni. Susah susah je. Ngeh ngeh ngeh




Saya suka pen Ni. Ada nama :)


Will miss u both

Will miss you all





Bye Bye Uols. Semoga persahabatan kita tak "End" di sini sahaja., Keep in touch Ok!

Asiah's Wedding. Johor kami datang!

Assalamualaikum.

Seminggu sebelum merdeka, aku dan keluarga (kecuali mamat) bertolak ke Johor. Tujuan utamanya adalah nak pergi Kenduri! Tahniah Asiah!. Kami bertolak sesudah subuh, Pada asalnya hanya aku dan emak je pergi sebab adik aku mungkin terlibat dalam aktiviti kemerdekaan. Nasib tak baik tahun ni, sekolah dia decide untuk tidak join this year punya acara. Kecewa jugak adik aku.. Dia mmg dah berkobar kobar nak join dari form 1 lagi.

Takpe lah, marilah mengubat kekecewaan dengan pergi ke Johor!.

Sesudah subuh bertolak. Bapak aku drive all the way to Johor!. Aku offer nak drive pon, tidaak di pedulikan. Alhamdulillah.. cuaca cantik sangat. Tak panas. reduppp je. So, bapak aku bawak dengan santainya la.Sampai dekat mana tah, hujan sikit. Bila sampai Skudai, nak exit... terlajak pulak sampai kempas. Pusing balik..




Minah ni multitasking kalau bab bab ni.. Dia boleh baca novel dlm kenderaan bergerak sambil play video music bigbang kat lappy.

Alhamdulillah, kami sampai dalam pukul 11 am. Niat di hati nak terus check in. Tapi, bilik penuhh..Hanya boleh check in pukul 2. Sementara nak check in, jom la kita pusing Plaza Angsana dulu.


Plaza Angsana. Aku selalu dengar pasal Plaza Angsana ni.. Akhirnya sampai jugak la kat sini.. Ingat nak tgk wayang dulu . Nak menghabiskan masa .. Konon la. Tapi, wayang tak ada! hehhe.. Round satu Angsana ni, terjumpa tempat bowling. Cantik.

Lepas pusing 1 angsana, bapak aku dah penat da.. Jam baru pukul 1230pm. Lambat lagi nak pukul 2.. Nak makan kenyang. Tadi singgah R&R untuk breakfast. 

Kitaorg dah blur, tak tau p mana dah.. Mak aku ajak lepak kat Pizza Hut je la.. Tak habis, nanti bungkus je la,makan kat Hotel.. So, lepak Pizza Hut. Memandangkan hari Jumaat, maka ramai la jugak orang. Sebab Johor, cuti Jumaat.  Nasib baik jugak, order kami lambat sampai.. So, lepak lama sikit la kat Pizza Hut tu. Bila order sampai, Sedap pulak la hai Pizza ni.. Maka, konon konon kenyang tadi, terus tak kenyang. Tetiba rasa macam tak cukup Haha.. Selesai makan, baru pukul 1.30pm.. Ermm.. try nasib lah kalau dah boleh check in.




Alhamdulillah, boleh check in dah. Hoyyeeeh! Nak katil je waktu tu. Jom tengok bilik


Aku pilih Family Room. 1 queen bed dan single.



Seminggu sebelum, aku book hotel ni. Hotel Oak Valley Boutique. 
Harga untuk bilik yang aku booking ni RM145 + RM50 deposit (tanpa breakfast). 



Lepas rehat, mandi, solat, tidur 1 round, kami siap siap untuk acara nikah Asiah & Acap. 

Tahniah Asiah & Acap dari kami seleuarga!


Esokknya, tiba lah hari bersanding Asiah. Bangun pagi, mak aku dah bancuh kopi dan makan roti yg kami bawak dr rumah. Semua orang macam dah kenyang je, Tak nak breakfast kat luar ke? 
So, kami pon pergi lah breakfast kat kedai terdekat.


Aku order mee goreng. Tengok pon dah sedap kan. Memang sodap pon. Hua hua

Aku ngan omak kat Lobby
My Parent, My Love

Lepas kenyang, balik Hotel.. minah ni sambung baca novel sementara ambil turn bilik air.


Kami checkout tepat tepat pukul 12pm. Terus pergi rumah kenduri.

Sampai, terus makan la. Apa lagi nak tunggu!


Ni Auni. Last Jumpa time Degree la. 

Ni lah pengantinnye. Makeup Asiah cantik.. 

With Auni dan Fadzliana. Dapat jumpa Fadz kejap je, sebab minah ni sesat pulok.


Settle je bergambar dengan pengantin.. kami pon menuju ke Johor Premium Outlet (JPO)! Yeay..
Selalu asyik dengar je pasal JPO. Akhirnya dapat jejak la jugak. Ngeh Ngeh Ngeh.


Nasib baik aku snap gambar ni. Sebab dekat ngan parking. Bila balik, cari kereta tak jumpa. Tunggu kat guard bangunan ni, dia tunjuk, tempat ni jauuh lagi kat depan sana,, Hahah.. Pusing JPO tak hingat. 



Tak beli apa sangat pon. Nak masuk pon tak berani. Kui3.  Jalan jalan, cuci mata. Tapi yang banyak borong baju, adik aku.

Settle JPO, kami singgah Pontian, rumah anak buah abah aku. Kami stay sana 1 malam. Malam tu, Kak Diah & Abg Din bawak kami pusing pusing pontian.



Lepak tepi pantai


Esokknya, kak diah plan nak bawak kami ronda kat Tanjung Piai pulak lepas breakfast. Tapi abah aku nak balik cepat. Nak rest katanya. So, lpas breakast, kami bertolak ke KL. Dalam 2.30, kami sampai dengan selamatnya. Alhamdulillah.

Wednesday, September 2, 2015

Resepi Meggi Kari yang awesome


Skang ni tgh lapar. So teringat ingat meggi Kari yang aku masak smlm. Jom tgk bahan bahannya..

Meggi 1 bungkus
1 sb cili blender
 Seulas Bawang putih
1 sb cili sos
Sos tiram sikit
Telur
Sawi
Udang/ayam/daging

Cara cara
Tumiskan bawang putih yang di hiris halus
Masukkan cili blender
Tumiskan smpi garing.
Masukkan perencah kari meggi  (aku guna separuh je). Masukkan daun kari, untuk effect lebih awesome.
Masukkan cili sos, tiram dan sedikit kicap.. Kacau
Masukkan air Dan udang.
Biarkan mendidih. Masukkan meggi dan sayur.
Akhir sekali, masukkan telur. Jgn usik, biarkan telur masak cantik.

Siap! Makan la Tanpa ragu ragu

P/s: aku x letak garam sebab serbuk kari dah cukup masin

Enjoy!